Tuesday, September 10, 2019

Rumah Selangorku Semakan dan Cabutan Unit Part 2

Assalamualaikum w.b.t


Hari ahad 10.08.2019 ada terima email yang menyatakan  jemputan untuk semakan dokumen dan cabutan unit de cemara di Setia alam welcome center (apposite SCM)

                                      

So kami gerak pukul 9 pagi. Dekat je 10 minit meru ke setia alam.. hihi



Kami sampai dah ramai. Tu pun dapat angka giliran ke-110. 




Bawa ali lagi (kesian abi kena take care while ummi siapkan semua dokmen) just realised rupanya dekat tingkat 1 ada indoor playground untuk anak-anak.  Lepasni senang lagi kerja abi 😅

Sebelum kami hadir ke sana ada beberapa dokumen yang perlu disediakan antaranya:-


Checklist
  1. Salinan ic suami isteri
  2. Salinan gaji suami isteri
  3. Salinan sijil nikah
  4. Ccris report (Ramci/BNM) 
  5. Salinan kwsp 

Kaunter Checklist
 Masa dekat kaunter checklist staf setia suggest lSNP under 1 nama je sebab sayang kalau aku guna both name husband and wife sebab harga rumah RM100k je boleh apply 100% loan approved. Aku takut loan 90% ja approved so 10% memang nak guna kwsp husband. Den kan baru kerja memang tak la nak cukup kwsp.. huhu Staff cakap try je apply satu nama then nanti kalau bank loan dapat 90% boleh tukar nama SNP. If guna 1 nama je, jadi husband boleh apply rumah lain in future. 

Jadi aku tawakal je la. Moga dipermudahkan. 


Kaunter CCRIS
 Week before aku dah datang sini sebab nak print CCRIS report. Bayar RM10 untuk 1 nama. Nanti dia akan hantar melalui email report kita. Kalau malas nak pergi sini, boleh ja apply through https://www.mycreditinfo.com.my/ RM19.50

Settle je checklist staff bawa ke bahagian dalam untuk proses seterusnya. 


Tunggu giliran 
 Ada 4 bahagian kaunter proses kena dilalui

 1) Kaunter pihak LPHS 


A. Dokumen-dokumen diperlukan oleh pihak LPHS:
1) SALINAN MYKAD (SUAMI & ISTERI)
2)  PENYATA KWSP  (SUAMI & ISTERI)
3)  SIJIL NIKAH / SURAT PENGESAHAN BUJANG DARI MAJIKAN (BERSAMA KEPALA SURAT)
4) SLIP GAJI (1 BULAN TERKINI SUAMI & ISTERI)
5) PENYATA CCRIS (SUAMI & ISTERI)
6) SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL-BELI (JIKA PUNYAI RUMAH DI LUAR NEGERI SELANGOR)

Kalau pernah buat pengeluaran KWSP kena standby siap2 surat tu sebab nanti dia suruh attachkan. 

2) Kaunter cabut undian

Jeng jeng jeng
Sebab ummi masih muda maka ummi terpilih la dapat tingkat 13. Member dapat tingkat 15. 

Hihi rezeki ummi la dapat unit mengadap belakang. 

Alhamdulillah.. 
nervous masa ni. 
 3) Kaunter pihak pemaju, Setia Bhd

B. Dokumen diperlukan oleh pihak pemaju (JIKA DILULUSKAN OLEH PIHAK LPHS):
1) SALINAN MYKAD – 4 KEPING
2) SURAT KELAYAKAN PINJAMAN (BAGI KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA)
3) PENYATA KWSP

Masa ni dia akan printkan SNP untuk kita. 
So ummi cross nama abi. Just letak nama ummi. 
Kena sign juga

4) Kaunter pihak bank 


C. Dokumen diperlukan oleh pihak bank (JIKA DILULUSKAN OLEH PIHAK LPHS):
1)  SALINAN MYKAD – 1 KEPING
2)  SLIP GAJI (3 BULAN TERKINI)
3)  PENYATA KWSP

Staff akan bagi listing contact panel bank untuk kita apply
1) Maybank
2) CIMB
3) BSN
4) Hong Leong 
5) Bank Rakyat

Kalau ada contact lain boleh je terus contact as long guna panel bank. 

Jadi sebelum 23.09.2019 kena maklumkan kepada staff Setia untuk bagitau loan approved atau tidak. Kalau nak cancel permohonan ni pun kena maklumkan dekat staff tersebut. 

Lepas ni akan ada perjumpaan dengan peguam untuk sign agreement. Kena bawa cash RM800 untuk legal fee. 


eh ni la jiran kite tu.. hihi


Ni contoh rumah kami. Ada 2 blok (A & B)
 ada 15 & 14 tingkat. 

Ni Unit ummi pilih tu.. 
Dari pukul 9 pagi sampai pukul 1 petang baru settle semua. 
Alhamdulillah dipermudahkan

Nanti saya update untuk cerita loan pula. 

Semoga dipemudahkan ..

No comments:

Post a Comment