Tuesday, April 12, 2016

Trip to Langkawi Island 2016

Assalamualaikum. 
Yuhuu kami baru ja balik dari bercuti di Langkawi.
Percutian yang sangat owesome selama 3 hari 2 malam seramai 14 orang. 

Sebelum itu kitorang dah siap bahagi segala perbelanjaan yang diperlukan. 
Total harga untuk homestay dan 2 buah avanza= RM800 (*still consider murah daripada stay di hotel) 
Homestay : Terletak di Ulu melaka. Strategik sebab dekat tengah antara Pantai Cenang dan Pekan Kuah serta hanya ambil masa dalam 10 minit je sampai ke airport.
Tiket feri dari kuala perlis ke langkawi : RM36 pergi balik untuk seorang (Sila jangan beli on the spot kerana kemungkinan akan penuh itu pasti jadi better booking online siap2) 
Parking kereta berbumbung dan ada kawalan keselamatan : RM10 per day (Tanya orang di kaunter, elakkan daripada ulat tiket untuk keselamatan kenderaan anda)

Day 1
Kami bergerak daripada USM ke Kuala Perlis sebelum jam 7.30 pagi dan tiba di Kuala Perlis jam 9.45 pagi. Nasib baik plan naik feri jam 10.45 pagi. Sempat la sarapan pagi di Laksa House. 

Aktiviti wajib berkumpul di padang kawad USM
 Feri tiba di Langkawi lebih kurang jam 11.30 pagi.
Arrived
 Teruskan aktivi untuk island hoping di jeti bersebelahan dengan Pekan Rabu. Island hoping kami deal dengan Pak ku yang mana ambil contact daripada owner homestay dan dapatlah harga RM30 untuk seorang compare harga biasa RM35 seorang. Pergi 3 pulau tapi Egle feeding island xde pun burung helang :(
haa kami berpecah 2 bot
 Kami ambil masa yang agak lama di beras basah sebab nak naik sofa. Serius patut dicubaaaaa! 4 orang harga RM100. Dengan laju dan lama sampai tangan sakit2 sebab tak ada skill yang betul memang best woo.
Pulau pertama beras basah
 Seterusnya ke Tasik Dayang Bunting. Bayaran untuk RM3 seorang.
Peringatan :  ada banyak monyet. pastikan jangan jinjit Handbeg, botol air, makanan dan HP.
Sebelum sampai di tasik kena la mendaki 63 anak tangga. haa excersise sikit. hehe

Memandangkan kami orang terakhir sampai jadi bolehla berlama-lama dekat sini.
Wajib pakai life jacket sebab kedalaman air tasik lebih kurang 90 kaki.
Ada yang naik itik kayuh RM10 seorang
dan ada yang berkayak RM5 seorang
yang lain jadi dayang. hihi
Kami naik itik.. kuekk kueekkk



Gambar keluarga kecil di USM
Sampai di jeti balik lebih kurang jam 6.30 petang. terus check in ke homestay dan siap-siap untuk makan malam. 
Makan malam di restoran Kak Yah di pekan Kuah
Day 2

Kami Keluar homestay seawal 7.30 pagi. haha 
harini target untuk ke cable car shopping dan lepak di pantai chenang

Sangat sedap. Gerai sebelah Masjid Ulu Melaka
 Kami tiba di Cable car around 8.40 pagi. memang paling awal sebab kaunter buka pukul  pagi.
Sediakan mykad dan duit RM30. kalau nak jalan di sky bridge tambah RM5

Senarai package

haa Gunung Mat Cincang


Baju kena sama. dan bergambar masih wajib. haha
 Kami turun dari cable car around 10.45 am
Dan sebelum perjalanan pulang tu singgah bergambar di Habour Park Langkawi.
Gambar memang cecantikkk tau
hyee


 Tengahari kami singgah makan di restoran depan homestay. terkenal juga sebab lauk makan tengahari dia memang pelbagai dan sedap. *Gambar tak ada sebab lapaq oii

Lepas selesai solat tu terus ke Pekan Kuah untuk membeli coklat.


Kompleks Haji Ismail Group

Hadiah untuk bonda di rumah 

Beli-beli sampai rambang mata.

 Total lost di HIG lebih kurang RM200

Lepas tu kami terus ke Pantai Chenang untuk aktiviti santai
Ada yang naik banana boat, ada yang jalan2 je.
Lepastu ada sukaneka sikit. tiup belon lepastu lari sambil kepit :P
haha sangatla meriah tauu..


 Malam kami makan di area chenang. Kiranya makan besar.
Total RM202 tapi kawan boleh deal sampai dapat RM180 je.
Patut bawa ain ni p makan mana-mana. hahaha

Day 3
Hari ni tiada aktiviti sangat sebab flight aku dengan mizah jam 1 petang dan feri juga naik pukul 1 petang.
bersarapan pagi di area chenang sebab nak ke airport dekat. dan mereka terus berjalan ke Dataran Helang. wuuuu kami naik belon je :D


Belon airasia 
Tiba di KLIA 2 jam 2 petang dan sampai di rumah 3.30 petang. 
yang tiba di Penang lebih kurang jam 6.45 petang. 

Alhamdulillah semua selamat. 
Terima kasih korang. 
Lepasni habis belajar di USM belum tentu dapat gathering sesama kan. 
Moga ada lagi event reunion selepas 10 tahun dengan semua lagi. hahaha

Bye jumpa lagi :)