Thursday, December 15, 2022

3D2N KE HATYAI THAILAND 2022 (PART 3)

Day-3 (part last pengalaman sedih 🥹) 6.30 pagi g 7e borong roti CP, jajan & beli air kopi & air coklat. habis THB1000 🤣 . 8.00 pagi naik tuktuk sarapan pagi. kedai ni tak Tau nama sebab driver yg bawa. order roti canai, murtabak(sedap) Dan air. overall biasa2 je & rasa mahal sebab habis THB840 dekat sini. . 9.00 pagi sampai di Kim yong market, beli yg sayur2 kering, longan keeping dengan keropok kulit ikan salmon 😋. masa nak balik ada lalu gerai kaitod meena. kitorang menunggu beratur dalam 15 minit sebab gerai baru buka. korang kalau datang sini wajiblah beli nasi khomok dgn pulut ayam dia. terbaik sedap 😋 kalau dia jual bawang goreng tu belilah siap2.. memang 5* rasa dia. kami tapau buat makan di KTM padang besar. . pukul 11 check out hotel. ada Kes cincin mak hilang dekat hotel jadinya 3 beradik sis tu nak g balik bilik check kalau Masih ada. sudahnya masa lif dekat tingkat 22 tiba2 lampu lift terpadam sekejap & lift jatuh slow sampai tingkat 10. huh mendebarkan. masa 1st call xdengar, Kali ke-2 baru Tau lift stuck, button emergency x function & cepat2 bagitau receptionist, tau2 mereka 3 beradik keluar dengan air mata 😭 memang menderu jantung laju wei. yang dengar pun nervous. memang blacklist hotel ni untuk kami lepas ni. syukur bukan anak2 yg kena. . dah reda kami turn hotel & tunggu van sampai. masuk imi siam & naik teksi Siam yg pakwan carikan. dekat imi Malaysia x turun kereta masa jumpa pegawai tapi turun untuk scan beg. . pukul 3 sampai di KTM padang besar. solat & makan siap2. pukul 4.30 turun & masuk ETS. perjalanan delay 30 minit berhenti masa dekat area Tanjung malim. firas macam biasa kehulu kehilir g cafe. setiap kali berhenti stesen nnti staff akan restock makanan. kitorang healing minum air Milo cikina bancuh sendiri. layan.. Selamat sampai ke rumah😀 . apepun pengalaman yang best. dengar2 ada yg nak ajak makan2 lagi 🤣🤣🤣 . okay terima kasih sudi baca 😎 #hatyai2022 #thailand #familytrip #jjcm

3D2N KE HATYAI THAILAND 2022 (PART 1)

Trip ala-ala backpackers with Le familia (14pax). ke hatyai, Thailand . (3 days 2 night) 1)Ets - Sungai buloh- padang besar( return) beli 3 bulan awal jadi dapatlah seat pandang depan 👍 parking di KTM sg buloh- RM16.10/24hours by tng https://online.ktmb.com.my/ 2)simkad- better beli dekat ktm padang besar sebab harga RM25. beli dekat hatyai 250 bath(RM31) **kata org dekat imi Thailand 200bath 3) teksi/grab - sebab sekarang tak ada train Dari padang besar- hatyai jadi naik la teksi. - ktm-imi Malaysia - RM40(2 kereta) -imi malaysia-imi Thailand - RM40(1 van) -imi thailand- hatyai - THB 1500(return) -imi thailand- ktm - THB900(3 kereta) -tuktuk deal dengan PAKWAN tuktuk(fb) -THB10,000 (2 tuktuk) 4) hotel lee garden plaza - 2 malam (RM394.52) deposit THB2000( 1 bilik THB500) 5) tips tukar duit- tukar sikit dekat Malaysia, balance tukar dekat hatyai. untung sikit. *kena duit note RM100 @ RM50 sahaja 6) insurans trip care 360 - silver - RM49.14/ family . . . Day 1: ETS- 11.15 pm-4.18am tapi kami kena sidai naik train pukul 12.30am xsilap jadi sampai padang besar pukul 5.30am mcm tu. dalam train susah ye nak tidur sebab terang. jd lepas ni kena bawa penutup mata 😎 . sampai KTM, beli simkad siap2 & solat subuh. sedih betul dengan toilet & surau di ktm padang besar. rasa daif betul. dengan masalah air. wajiblah pihak ktm selenggara fasiliti di KTM padang besar dengan sebaiknya lepas ni. walhal ramai je pengguna ets & KTM. . pukul 6.30 mencari grab tapi langsung x ada. Tanya abg yg niaga van terus ke hatyai (RM30/pax) katanya teksi ada jam pukul 7. lambat lah. so kena tunggu group yg ramai2 settle baru la ada abg yg buat grab ready utk hantar kami ke imi Malaysia. . sampai Imigresen Malaysia. kena beratur hampir 30 minit sebab passport anak2 Sy xboleh baca online. kena tunggu pegawai settlekan. . siap dah cop, cari van yg boleh hantar ke imigresen Thailand. walaupun 1 km tapi idokle teman nak jalan kaki bawa anak2 & org tua jalan. jauh 🤣 bayor jela RM40(RM5/pax- kire dewasa) . sampai di imigresen Thailand. tengok semua org pegang white card. tapi kami xde sapa nak bagi. jadi tunggu driver Thailand sampai baru dia bagi. kena selit rm2 katanya dkt passport tapi ada yg x selit okay je xminta pun. 😵‍💫 macam confius kalau org yg datang sendiri mana diorang collect white card tu. **yang naik flight ke hatyai tak perlu white card. . hampir lebih 30 minit selesai teruskan perjalanan ke hatyai lebih 40 minit. cuaca hujan ye sepanjang 3 hari kami di sana. relax je penduduk pakai baju plastik naik moto 😆 xde yg berhenti bawah jejantas mcm kite dkt sini 😅 . sampai di area town, tukar naik tuktuk pula. kitorang request nak ke cabura dimsum. kebetulan sampai tu tak perlu kami beratur. order macam2. somtam seafood & bubur dia terbaik . anak2 makan nasi goreng seafood sedap juga tapi portion utk sorang je tak boleh share. ada banyak jenis dimsum tapi bagi aku personally dimsum dekat zaina dimsum sedap lagi sebab berkuah. dimcum cabura sedikit kering. dekat sini habis dalam THB1043. murah, sebelah cabura ada 7e. jadi shopping haul sikit 🤣 . pukul 10.30am kami sampai di hotel. dah request awal dengan hotel untuk check in awal. mula2 dapat 1 bilik (total 4 bilik) jadi relax2 semua dkt 1 bilik. tak sampai 10 minit receptionist call 2 bilik dah ready. jadi kami rehat2 di bilik sementara tunggu yg lelaki ikut solat jumaat. . pukul 3 macam dah bosan jadi kami pusing2 jalan kaki di area lee garden. hujan renyai. then singgah shopping haul 1.0 me 7e. hihi tapau pancake Pisang. makan dekat hotel. di hatyai ni bersepah orang jual2 makanan tapi xde tempat nak duduk makan 😅 jadi makan dekat hotel sajelah. . malam kami ke ASEAN night market. sekali lagi makan malam pula. macam2 beli. suito, udang, nasi goreng, nasi khomok, kerabu maggi. air kelapa (4 biji beli sebab Manis teruk airnya sedap) sementara tunggu makngah sampai Dari airport hatyai, banyak shopping baju, survenior dekat sini. harga kalau pandai tawar dapatlah diskaun. paling ramai jumpa orang Malaysia dekat Sini. hehe jersi pun member borong sebab murah 😆 . balik bilik sambung makan udang galah 😆 besor2 seafood dia dekat sini.. . okay jumpa day 2 nanti. #familytrip #hatyai2022 #thailand #jjcm

3D2N KE HATYAI THAILAND 2022 (PART 2)

Day 2- day trip ke songkla . 8am kami keluar untuk day trip ke songkla city. sarapan di dimsum zaina. macam2 ada. makan roti canai, beli nasi khomok & pulut daging, dimsum, nasi kerabu, sotong goreng tepung dll. kalau roti canai di sini Manis ye rasanya. cicah pula dengan Kari, susu & gula.dimsum semua harga THB20 sepinggan. sedap rasanya. sotong besar tapi kurang fresh. . kami bergerak ke Chang puak camp. tengok gajah, bagi makan gajah(1 bakul Pisang THB100), main game tembak. nenek main jatuhkan tin guna bola. menang pulak dapat anal patung. berebutla cucu2 nanti. . ke samila beach . angin kuat. tak ada orang mandi. naik kuda.yg lain duduk2 tepi pantai. . meneruskan perjalanan ke masjid songkla( masjid orang kahwin senyap2 dekat siam 🤫) sementara tu tuktuk bawa cross naik sungai naik feri. 1 tuktuk THB20. sekejap je dalam 10 minit . buat raso-raso orang Kate 😆 . sampai di masjid, solat siap2 sebelum ke floating market. . khlong hae floating market. disebabkan hujan none stop, air sungai tinggi, jadi peniaga sampan meniaga di gerai.banyak sangat makanan jadi rambang mata. beli udang goreng tepung (THB150). mantap rasa dia! beli pulut mangga, kerabu maggi, ketam goreng tepung, telur belangkas panggang. macam2 xtau nak beli apa. disebabkan hujan jadi leceh sikit la dengan meja makan pun basah. kami dpt meja. kerusi yilek. rebutan makan. best 😆 . balik hotel rehat2 & siap2 untuk dinner. . kami dinner dekat dhatyai cafe & restaurant sebab makngah cakap nak dinner yg proper 😆 orderla ikan siakap kukus( terbaik sedap),Tomyam seafood putih& merah (biasa2 je), kailan tumis(sedap), somtam(sedap) & telur goreng. . selesai makan pakwan bawa ke kedai jual buah & barang2 kering. buah2 fresh tapi tak beli sebab kenyang 🤣. beli bawang goreng(THB130) sedap wei. wajiblah beli sebab makanan di hatyai banyak tabur bawang goreng. 😋 lain2 ada yg beli keropok nangka. udang kering. jajan2 . sampai hotel sambung jalan2 dekat luar. selagi duit tak habis 😆 g 7e nak beli roti. habis 🥲.. esok2 pagi2 kite shopping ye. night #hatyai2022 #thailand #familytrip #jjcm

Sunday, November 28, 2021

Kenduri Sukarelawan Kubur Meru

Sempena dinner tahunan sukarelawan kubur
Rumah kami jadi tuan rumah. Rezeki ada tanah luas tepi tu. Husband & kawan2 gigihla mesin rumput & trim rumput bagi pendek. 

Pasang juga khemah hari jumaat pagi dah naik. Mujur belum keluar rumah lagi sebab nak beli botless rack dengan date dengan mak ke ikea. 

Walaupun tuan rumah tak banyak kerja nak merewang tapi banyak benda nak kemas rumah. 
Mana yang sakit mata tu kita kasi clear. Masih lagi belajar mengemas rumah bagi cantik dan kemas. Mak mertua pun dah tolong basuhkan cadar & lapik bantal. Walaupun tetamu tak da pun masuk bilik2, kecuali tumpang solat bagi yang perempuan. Yang lelaki solat di surau darul akhyar sebelah rumah je. 

Hari sabtu tengahari tak tahu nak masak apa, ada daging jadi try la masak kari daging takda santan. Alhamdulillah menjadi. Seronok la husband kita. Wee tapi tetap tak boleh lawan kari mak mertua. Itu lagi marvelous weiii. 
sambil makan sambil layan karaoke. 

Malam sabtu.... Upacara yang ditungu tunggu. 
Anggaran tetamu 200 orang. 
Lauk semua catering yang diuruskan oleh haji mat : nasi putih, lemak nenas, keli kencur, ayam goreng berempah, ulam2, telur masin & sambal belacan
Ada kambing bakar, sosej 
Air : teh tarik, air sirap, air oren & air tebu manis 
Dessert: buah2 tembikai, dgn jambu batu 
ummi beli creampuff dekat cikgu esah dengan buah mata kucing 
Ada juga orang bawa macam2
(Tuan rumah makan kena cover 🤣)

Upacara tahlil
Makan2
Penyampaian hadiah buat sukarelawan kubur

Ramai juga yang join jadi sukarelawan kubur
Kebanyakan diorang ni potong rumput hari weekend. Ada juga buat kerja2 lain, potong pokok2 besar, gali kubur. macam2 aktiviti diorang ni. Jadilah drpd xbuat apa dekat rumah. 

Alhamdulillah settle majlis.
Maaf kalau ada yang terkurang ya. Tahun depan boleh buat lagi dekat sini. Hihi

Kitorang laki bini kan dah biasa dengan ramai2 orang ni. Suka tau sebab kaknong cakap tetamu ni datang bawa rezeki, balik diorang bawa semua yang -ve benda2 yang ada macam haiwan2 yang berbisa. 


Sunday, September 20, 2020

Percutian ke Cameron highland musim PKP 2020


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah berkat kerjasama semua rakyat Malaysia jumlah kes aktif Covid19 semakin berkurangan hari demi hari. Kite belum menang dan masih perlu berjaga-jaga. Kita Jaga Kita. 

Selepas diberi kelonggaran untuk merentas negeri. Maka ramailah rakyat Malaysia yang pergi bercuti sambil meningkatkan ekonomi negara gitu. 

Kami pun tak terkecuali. 
Thank you cikelis & pakcikzie sudi ajak kami bermalam di homestay diorang booked di Cameron Jaya. (area belakang balai polis tanah rata)
Best juga tempat area sini. Kelengkapan semua ada..
Nak shopping barang dapur, nak makan steamboat, nak beli gift semua ada dekat area sini. 


So seperti yang dijanjikan abi nak gerak pukul 5 pagi dengan syarat ummi yang kena drive sampai rnr tapah. 

last-last gerak pukul 6.20 pagi. 
Bertemankan co-driver yang dah excited dengan baju jeans dia tu.
Layan youtube sampai sedar-sedar tidur.
Bolehlah nak janji tak mengamuk masa ummi drive. 

excited dia nak pergi jalan. 
Perjalanan dari meru ke tapah lebih kurang 1jam20minit
abi kata ummi bawa laju. haha
ummi maintain 120/kmh okay la tu..kihkihkih
masa rehat sebentar tukar driver. 
abi drive santai-santai je
kereta pun tak banyak
lata iskandar.. lalu saje
Kami sampai di tanah rata jam 10.30 pagi.
jalan belum start jem tapi dah banyak kereta
memang nak breakfast scone dekat taman sedia

sekali masuk masyaAllah ramainya orang..

instead breakfast dkt YZ strawberry Farm.
Aku ajak laki den breakfast dekat KHM

macam biasa ramai orang. kena beratur dalam 15-20 minit.

So order set Scone RM17.90 dengan spagetti RM10

For me biasa je
Set Scone feat Tea strawberry
husband cakap kureng bau wangi scone. Dekat YZ tetap pilihan hati dia. Next time okay. 

Singgah ke YZ strawberry farm beli aiskrim strawberry untuk orang kirim..
harga sebatang panjang RM1.50.

sempatla kenalkan ali dengan buah strawberry
memangkan musim PKP, Jem memang memenatkan
takduga abi kena micro sleep
sampai terlanggar bumper kereta depan
marah jugak kakak H tu
tapi kite settle baik2
nak lari kemana kan

Balik ke area homestay untuk lunch and rest
lunch di Nasi Kukus

boleh tahan sedap ayam berempah dia
kuah kari je cair tak best
kembar ali dan abang firas
sementara tunggu nak checkin
bawa kids

malam buat steambot
buat rencah sendiri
guna pes tomyam adabi je mudah2


Ada kek special untuk ciktin & aiman
Happy birthday to you all. 


Jagung rebus susu
Yum Yum
Breakfast simple je. 
yang penting kenyang

Snap berdua dulu


with mak ku sayang

macam biasa
budak ni kincing je 2 kali

Sampai rumah ummi dekat tapah terus abi & ali geng makan durian
kemain ye korang!


Sebelum balik... check in ke kandang kambing dulu. 
wihuu

seronokla ali.. yeayyy

Selamat bertunang kak eiqa (20.09.2020)

 Alhamdulillah di jemput ke majlis pertunangan my kakak angkat masa kat samni. 

Lama dah tak keep in touch dengan kak ieka ni. 

Tau la cerita itupun dekat instagram. 

Sebab tu kite suka orang share story dkt ig. 

Walaupun tak tegur tapi tahu aktiviti dia. Hihi


Apepun tahniah kak. 

Semoga majlis perkahwinan nanti berjalan dengan lancar hendaknya. 

Selfie sekali. ummi dah mok



kemain dia takpadan dengan batuk makan tembikai je

Sedapnya lauk kenduri..yumm

tahniah lagi sekali kak... apepun wada doakan sentiasa yang terbaik untuk akak. 

ciwek2 dapat askrim.. kemain! geram je ummi
.