Wednesday, September 27, 2017

#HWanniversary at Penang 2D1N PART 2

AHAD
pagi-pagi ajak my sister cari sarapan memandangkan yang lain masih diulit mimpi.
cari roti canai road transfer.
meriah ramai orang tau.
tapi rate kat sini eden bagi biasa je.
haha
entah maybe pernah makan roti canai yang lagi lembut.
harga die kalau roti canai biasa singgit tapi kalau ada ayam sampai RM7 .

hamboi makcik 

roti goyang inul eh

roti canai dia. liat2 gitu, biasa je

baby-baby yang follow 

ada je tukang masuk dalam gambar ni. 
kami lunch ke Hameediyah Restaurant.
Ingatkan nak ke Deen Dekat Jelutong tapi macam jauh je.
so decide dekat town je la.
sedap juga. harga pun okay la kot.
Total makan RM120 untuk 8 orang.

nasi beriyani die sedap. yang penting tempat bersih
after lunch teruskan perjalanan ke bukit bendera
gaduh dengan orang kaunter sebab mak tertinggal ic.
nak juga pulak tu.
so salah sendiri lupa nak ingatkan kena bawa ic.

kemain angah berani dia. 
disebabkan dah lama tak naik bukit bendera.
dah cantik macam2 ada.

abaikan orang belakang tu. hahaha 

Add caption


sesi wajib makan kat sini adalah abc die.
memang kena dengan cuaca yang super panas.


sweet sour, manggo, lai chi kang

susah betul nak ambik gambar helok. >.<


thanks you joined kami

kemain yang depan tu. 
turun daripada bukit bendera siap2 dekat masjid negeri
singgah beli jeruk pakli.
memang borong banyak.

apapun holiday kali ni relax2 je.
happy-happy
moga ada rezeki mana tahu babymoon pula ke.
doakan semuanya selamat ye :)


Tuesday, September 26, 2017

#HWanniversary at Penang 2D1N

Alhamdulillah dah genap setahun dah perkahwinan kami 17/9/2017
masih baby lagi baru nak belajar bertatih dalam mengharungi alam rumah tangga. 

so planning kami kira nak honeymoon la. 
tapi honeymoon reramai. 
ingatkan nak roadtrip perak je tapi husband ajak ke penang nak makan dekat penang, ceh 
bini on je. 

jumaat malam gerak meru-tapah
tidur rumah my sister pastinya sebab dah lama nak jalan tapah. 

cikanis bawa iman tengok baby kambing. haha
Sabtu 16/9/2017
gerak ke penang pukul 11 pagi
dah lewat juga tapi kitorang saja nak santai2
jalan pun clear je sebab penang xramai yang datang.
ada banjir dekat area ayer hitam.

pukul 1.15 sampai penang terus ke hameed pata special mee.
as usual mee sotong dekat sini paling terbaik




besar RM7 kecik RM5 dengan makan abc + coconut shake. 
tempat makan mee sotong. 
lepas makan tengahari terus ke Ar-raudah suites & hotel terletak dekat dengan street art.
kami booked suite apartment.
booked dekat agoda RM288 dan deposit RM50

macam berek polis pun ada 
okay layan la suite kami ni. hihihi




katil single. haha sejuk la tidur sini



rehat-rehat pukul 4 petang kami keluar jalan2 tengok apa yang ada. 
rupanya dekat dengan nasi kandar beratur & street art. 

terus ajak laki kami sewa basikal 
kalau single RM7/2hour & double RM15/2hour 

rasa tak sanggup pula nak suruh laki kami bawa kami. haha
memang kayuh sendiri la jawabnya sampai peluh2















ni kedai sewa beskal
di sebabkan macam famous je iceball ni.
so kite pun try la ambik perisa sarsi
tapi hmm takminat kot nasib la sebiji RM3 je.
susah nak makan. >.<





dekat street art tu ada orang lukis2. sangat kreatif.


muzium batik




muzium camera

before balik tu ada taman muzik.
mula2 lalu memang xde apa2 bila balik lalu ada student2 art dekat sini

ada la dalam sejam kitorang layan
memang merdu

taman ni depan bangunan Georgetown heritage




selfie semestinya
 pukul 8 malam semua dah sampai.
member husband & kakak yg shot dari cameron.
bawa diorang ke gurney drive untuk melayan makanan popular.
pasemboq
memang penuh malam tu dengan manusia.


pasemboq dia kite bagi A+

sotong kangkong. yum yum
sebelum balik round penang. lepak dekat padang kota lama sampai ngantuk
esok sambung na

banyak tempat nak jalan lagi.hihi



Sunday, September 10, 2017

Raya Korban 2017

Assalamualaikum. 
selamat hari raya aidil adha semua. 

dapat la raya berdua. hihi
rasanya raya ni makan 24 jam. 
aktiviti tahun pertama raya ni rewang korban dengan penduduk taman berkat. 

rewang dulu

Wefie laki bini. tak de baju raya. hihi

menu juadah di rumah mak eden

Husband si tukang jatuhkan lembu. hihi


sesi tunggu organ dalaman

timbang 3 kilo & 1 kilo daging 

sesi melapah daging

yummy daging masak kurma & sup daging. sedap

jeruk kan mangga

masak sup di malam hari sampai 2 kali tauuu
Menu hari sabtu.
Nasi tomato , ayam masak merah, udang sambal dengan petai

Guna noxxa je. 12 minit HP siap

tudia. sedap
Malam sabtu ada majlis doa selamat anak buah ucu nak masuk uitm for her degree.
Good luck tika.


laksa singapore + roti jala.

Selamat hari raya semua. 
:)