Sunday, November 12, 2017

Pregnancy Journey : 1st Scan Baby


Hi Assalamualaikum semua, 
last week tetiba rasa nak buat scan baby. 
sebabnya rasa tak selesa di bahagian bawah perut. 
rasa sakit-sakit. huhu

balik otw ke rumah call Klinik Adibah untuk tanya bila boleh scan. 
then sampai rumah ambik husband terus ke klinik.

disebabkan pernah ada pengalaman before this nak scan tapi doktor tak bagi scan sebab masa tu baru 6 weeks belum nampak apa, then this time kitorang pergi lepas 10 weeks. 

syukur Alhamdulillah baby dah start gerakkan badan, tangan & kaki dia. 
Alah mak dia yang over rasa nak nangis. 
doktor cakap disebabkan ni 1st pregnant, normally akan rasa baby gerak masa 20 weeks nanti. 
alahai tak sabar kite. 

nah kite belanja scan baby. doktor cakap perkembangan baby sama dengan week kandungan. 
Alhamdulillah semoga baby baik-baik je. 

tengah main bola ke tengah menari tu? ewah
berkenaan dengan Alahan, Alhamdulillah alahan aku sangat kurang. 
rasa loya ke mabuk ada cuma kadang-kadang
makan still maintain cuma tak boleh nak makan banyak. 
nurse KK pun suruh maintain consume Folid acid dan minum susu (lazz + kurma)
lain-lain kalau ada buah makan la. 
untuk aku yang jenis kadang-kadang je membuang memang kena makan pisang selalu. jadi ia sangat membantu. 
lain-lain tu jangan stress ( aku kalau stress jadi pening kepala yakmat) so try to avoid . 
banyakkan rehat. nak jalan lama pun malas. haha 

okay itu sahaja setakat ni. 
nanti kite cerita lain. 

doakan si kecil ni membesar dengan sihat & sempurna. 
ameen :)





Pregnancy Journey : 1st Checkup buka buku pink

Assalamualaikum.

My 1st trimester will end this wednesday !
Alhamdulillah semoga perjalanan ini sentiasa dipermudahkanNya.

so masa dah 10 weeks decided untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan.
Since klinik kesihatan Meru ada buat renovation, kena pegi Klinik Desa Jalan Kopi.
syarat kena daftar berdasarkan alamat rumah + no rumah tak silap.

so husband and me apply cuti hari rabu untuk settlekan semua.
gigih pukul 7.30 dah terpacak di KK
tanya nurse dekat kaunter boleh tak buka buku harini?
then die cakap tak boleh sebab tak buat blood test. kena datang hari khamis katanya
so cuti hari rabu sia2. huhu T_T

hari khamis cakap dengan bos masuk lambat sebab tak settle lagi kes semalam.

dokumen kena bawa
1) IC original
2) sijil nikah Original
3) bil air/elektrik untuk pastikan alamat rumah betul

lama juga la nurse temuramah
dari pukul 8-9.30 baru settle

lepas KK kena pergi check gigi. terus shot ke Klinik Gigi belakang KK meru
pukul 10.15 dah settle.

terus sampai office pukul 11.30.
agak memenatkan sebab rushing.

moral dia sebelum nak buat buku kena confirmkan dengan KK bila hari yang boleh buat semua sekali dalam hari yang sama.

:)