Sunday, March 18, 2018

SCHOOL HOLIDAY MARCH 2018 AT MARC SERVICE RESIDENCE KLCC

Selamat hari isnin semua!
mulakan kerja seperti biasa. 
jalan tak jem sebab budak sekolah cuti! yey 30 minit sampai opis.. hihi

jadi cuti sekolah memilih untuk stay di hotel mandi-mandi bawa anak-anak kecil termasuk ibu bapa mereka. hihi
pemilihan penginapan oleh abang rizal. 
den setuju je sebab bila lagi kan kite nak lanje family. hihi
setuju sebab penginapan dekat sangat dengan klcc. 
kiranya percutian ke KLCC gitu. 
Family yang join kali ni ramai juga. cikwada, cikanum,cikelis,ciknoa,cikami, cikbaya, mak dan cikpatin. 
macam biasa bayaran kongsi-kongsi.
bawa makanan pun kongsi-kongsi
semua kongsi .. hihi 


landmark MARC KLCC. 3 minit je jalan ke KLCC.. hihi


rumah yang besar cukup untuk kami semua. 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Review : 
Facilities : dapur gas (tak boleh pakai), kad access parking (tak boleh guna), channel tv kureng varities. huhu tapi kami dapat atasi masalah ini dengan bawa periuk noxxa serba boleh. hihi dan semua kekenyangan. Alhamdulillah. 
Berharap owner dapat memperbaiki segala kekurangan dalam rumah tu. sebab customer bayar untuk services kan. hihi
kite bagi 3 bintang. hihi



semua memang dah ready nak mandi-mandi pool.
layan view klcc gitu
planning nak sambut birthday march babies. 
ramai birthday bulan 3 termasuk my husband. 
so sekaki la semua. hihi

nasib baik oven boleh guna. ayam tiga ekor. cikwada prepare bahan perap dia je. yang lain cikelis bawa. maceh 

thanks husband penyelamat tolong macamana nak guna oven. (kite tahu guna oven dekat rumah mak je) hihi

as per request! bubur nasi by ciknoa. gigih tau merealisasikan keinginan cikwada! maceh :)
 banyak je lauk yang dibawa tapi lupa nak snap gambar! sorry. huhu

kite ada cake klcc.. sedap katanya hahaha
 cikbaya beli deko-deko.
beli balloon. so kite hias dinding bagi cantik.


after celebration. 
jalan-jalan masuk suria klcc, pegi park klcc tengok air color-color then jalan kaki ke urban street dining . 
jauh juga la makyong menapak. ada la dalam 4 kilometer. 
semput mak oiii.. 

memasing gigih tau. haha
 sebelum balik pagi tu sarapan nasi lemak.
walaupun cikwada telah dikritik bawa bahan sikit. hahaha
tapi masih boleh masak dan habis.. hihi

snap sebelum pulang.
terima kasih semua !
yeay segalanya berjalan lancar.
kite tunggu next month punya pool!

yeayyy.. 

Monday, March 12, 2018

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Assalamualaikum. 
dah lama tak share resepi. 
kalini nak share resepi ayam panggang. 
sebab kakak den request. 
layankan ja. 

Bahan- bahan 
1) Ayam - 1 ekor * potong rama2 atau belah dua
2) sementara tunggu bahan perap siap, keringkan ayam + salut dengan garam dan kunyit

Bahan perap 
1) Bawang putih , bawang merah & halia *blender + air putih untuk jadikan sos ayam
2) 1 senduk besar sos barbeque jenama apa2 like kimball (lagi banyak lagi sedap)
3) 2 sudu besar sos tiram 
4) 4 sudu besar lada hitam *blend kering
5) 2 sudu kicap cair + pekat untuk naikkan warna
6) 1 kiub ayam knorr 
7) garam 
8) gula @ madu
9) serbuk perasa
10) mixed herbs
11) sos cili dan sos tomato

Hiasan tambahan 
1) bawang holand @ bawang merah 
2) kentang *sila rebus dulu 
3) lobak * rebus juga 
4) cili benggala pelbagai warna (nak naikkan seri ayam bakar) hehe gituu

Cara-cara untuk masak bahan perap.. 
1) panaskan minyak @ butter dalam pan @ kuali
2) masukkan bahan blender dan masak sehingga garing dan naik bau
3) masukkan lada hitam & mixed herbs
4) masukkan segala sos dan kicap 
5) masukkan kiub ayam 
6) masukkan yang lain2
7) rasa bahan perap mengikut kehendak diri.. bahan akan pekat dan likat
8) dan siap sejukkan sekejap dalam 10 minit then salut pada ayam .. 
9) perap sekurang2nya 1 jam or terpulang kepada kita. lagi lama lagi aumm 

panaskan oven mengikut oven masing-masing selama 10 minit.. 
saya guna 180' untuk 1 jam (30 minit dan terbalikkan ayam 30 minit)
nak dapatkan kulit ayam yang cantik dan licin, sebelum masuk dalam oven, sapu butter @ minyak zaitun pada kulit ayam. 

untuk sos gravy dekat ayam tu dah banyak dan cukup.. 
kalau x cukup buat sos gravy lada hitam 

bahan2
1) panaskan butter
2) masukkan 3 sudu tepung gandum dan kacau sampai berubah warna 
3) masukkan susu & air 
4) masukkan kiub ayam 
5) masukkan kicap untuk warna gelap
6) masukkan sos bbq dan lada hitam
7) kacau sampai larut
8) blend sos 




nampak tak


western vs eastern >.<'' 



Wednesday, March 7, 2018

BIRTHDAY CELEBRATION AT ME'NATE SHAH ALAM

Assalamualaikum .
Alhamdulillah umur makin meningkat tahun ni. 
huhu
seperti biasa 27.2.2018 macam nak makan benda yang teringin. 

1. Sushi ! haha ada kerja kena settle dekat pejabat pos. 
So alang-alang sushi king dah area tesco. so kite take away. 

wihuu! egg mayo. 
2. Dinner husband bawa ke ma'nate Steak Hub.
First time merasai kelazatan original of steak. selalu makan yang biasa je.
Me'nate ni terletak di Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor . 



Masa sampai pelayan akan pilihkan meja + ambil details (nama + no. phone) untuk rekod. 
Dah duduk then tak tahu nak buat apa tanya pelayan macamana nak order. 

He explained kena pergi counter bahagian pilih nak steak apa then they will take order. 
So husband and me pilih black angus sebab suggestion daripada pelayan situ. Kite pun mana ada experience kan. Boleh la untuk pertama kalinya. Range harga depends dekat kite. ada je sampai beratus ringgit. kitorang ambik yang berpuluh je. hihi 

mine. Black angus with black paper sauce (medium cook) 

husband. Black angus with herbs (medium well cook)
Untuk rasa. sedap cuma sebab dia tak masak well (garing) so tekak orang jawa ni kureng la. husband tak mampu untuk menghabiskan. nasib birthday girl habiskan juga. haha
gravy dia okay sedap.

Air free flow ada ice lemon tea and peach . hot water ada choc, mocha and etc.

Jimat tak payah order air.. hihi

Suasana pun meriah meriah je ada juga yang celebrate birthday sama dengan kite. so suami tumpang nyanyi untuk kite la kan. hihihi


cuba sembunyikan pipi pao .. hehe

nasib i nampak kurus tau. suka >.<

Anyway thank you husband for the treats.
Semoga Allah permudahkan urusan kita.
Ditambahkan rezeki dan kasih sayang untuk kita.

Love you !

#27weeks