Monday, June 10, 2019

SELAMAT HARI RAYA 2019

Assalamualaikum !

Selamat hari raya maaf zahir batin semua kenalan & sahabat kami. 

raya pertama di rumah mertua
raya kedua - ketiga di rumah mak 
raya keempat - kelima di rumah mertua kakak di perak 

fuhh seronok alhamdulillah 
kite tepek gambor je la ye.. hihi

excited le tu boleh berdiri

my handsome boysss

gambar raya pertama. tak cuku korum 
ootd di rumah cik leh

pusing kampung 

comot

gambar terbaik raya pertama. haha
okey nanti jumpa lagi.
mana nak jemput kami insyaAllah kami datang :)

PAC SPRM



Hai assalamualaikum..
Bertemu kembali kite untuk mengikuti kisah seterusnya menghadiri PAC under SPRM. aku xde mengharapla sbb aku tau xlepas masa lari.. haha tapi rezeki tak kemana. dipanggil utk ke PAC di SPRM HQhari ye tibe.. gerak awal lepas subuh sbb tau sgt jln setia alam tu jem.. 40 minit sampai dkt parking my farm.. dlm 350m kena jln kaki ke bangunan sprm.. ingatkan aku paling awal dah.. ade lagi yg awal.. hehe
tak de tips pun sebab ni 1st time sis join yang menarik untuk pengalaman diri sendiri 🙃💪🏽


lama tak formal


Lepas 2 minggu Ujian fizikal, dapat result sama ada berjaya atau dukacita.


besar bangunan sprm ni

sementara tunggu kaunter pendaftaran di buka. beli karipap dulu dkt cafe.. jumpa team mate masa ujian fizikal haritu..
bile kaunter dah buka.. check dulu nama nanti ade dia tulis no kumpulan. beratur utk pas profil peribadi + salinan ic.. pas nombor badan akan diberikan sbgi identiti diri sepanjang pac.

dalam 1 group ada 10 org yg akn bersama kite sepanjang pac.. kami berkumpul dkt auditorium seramai dalam 300 org.. hari khamis ni ada lg interview 300 lebih .. ramai tu walaupun kekosongan hanya dibuka 33 org dan simpanan 20 org..

diberi taklimat oleh tuan amri mengenai tentatif & peraturan spnjg pac.. tidak dibenarkan guna hp spnjg pac kecuali rehat. kami tak berpindah bilik sebaliknya panel yg akan berpindah bilik utk buat penilaian. so ktrg kena dgn 4 org panel.. 1 aktiviti 2 panel.
masa masuk bilik terus mulakan
aktiviti 1 : dalam 30 minit.. "membina jambatan" drpd bahan yg disediakan.. jadi masing2 kena mainkan peranan utk bagi idea dan buat. nanti akhirnya akan di uji pleh panel ketahanan jambatan tersebut.

aktiviti 2 : Event management. Discuss & present how you manage 700k for your event. (fully in english)

settle aktiviti minta 30 minit rest untuk pam.. demi anakkk

Aktiviti 3: Debat dlm bahasa melayu. Kerajaan vs pembangkang Tajuk : Pendidikan Rasuah wajar dimasukkan dalam pendidikan sekolah. Bincangkan setiap seorang diberi masa 4 minit. Sila gunakan bahasa melayu sepenuhnya. ni debat 1 to 1 jd xsmpt nk gaduh 🤣🤣


Aktiviti 4: 1 poster (Kucing dkt pokok, ayah hulur duit, anak perempuan sebelah) "dad, i can talk to the cat, so better u give the 50bucks to me" discuss the respon & solution. 30 minutes discuss & 4 minutes given to talk for everyone.



Aktiviti 5: Force ranking Kena ranking each member dari no. 1 hingga 10.. diri sendiri tak perlu ranking.✔️
maka berakhirla sesi PAC. bagi aku ni 1st time SPRM buat aktiviti die sgt membantu nk tgok kite sejauh mana. boleh ckp ke tak, boleh bekerjasama ke tak. utk aku, kerja berkumpulan kena segregate korang punye keje dgn cpt. mcm aktiviti 2, mula2 rasa semua xnk bersatu..
habis je aku bg pendapat lpsni kite kena bahagi tugas sbb masa bincang terhad. yeah lpstu terus senang.. ape yg kena ckp? ckp jela dgn yakin.. try involve dlm discussion sbb ade markah.. apepun buat yg terbaik utk diri :)







okey itu saje.. sekian.. nanti ceq update dkt blog utk rujukan.. btw tajuk kitorang sesi 1 dgn sesi 2 berbeza.. nanti share kemudian. doakan ada rezeki utk cari pengalaman utk interview .. 🤩💪🏽


 Keputusan Peperiksaan:Tahniah! Anda LULUS dalam PROFESSION ASSESSMENT CENTRE (PAC) PEGAWAI SIASATAN GRED P41.

Anda akan dipanggil menghadiri temu duga pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kelak.

HAPPY BIRTHDAY ALI ISKANDAR

Assalamualaikum..
24.5.2019
Happy birthday ali iskandar 1 tahun!
sekejap je dah setahun anak ummi abi ni


balik dari rumah ibu

abi belikan ali kek indulgence secret recipe
ummi masakkan bihun sup + begedil



muka excited dia nak potong kek
 hari rabu ali ada appoinment kena jumpa misi
kena cucuk vaksin
nasib baik ali behave je

selfieeee
semoga ali iskandar jadi anak yang dengar kata semua orang, menghormati orang lain & sentiasa sihat.. ameen

love you