Thursday, April 20, 2017

PART 1 KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH 4 HARI 3 MALAM


Assalamualaikum semua..
Kita bersiaran untuk trip percutian ke Negeri Di bawah bayu pula. 
kira trip honeymoon juga la sebab dah beli tiket flight setahun sebelum nikah (ingatkan nikah bulan 3, 2017) so beli la tiket bulan 4. 
Total tiket RM 160/pax RM392.04 (return included luggage 35kg )

Flight AK5136 KUL-BKI 10.20am-12.55pm 
So kami menggunakan khidmat kawan baik ceq, zulaikha untuk hantar kitorang ke KLIA 2, 
Keluar pukul 6 pagi sebab takut jammed dekat NKVE. 
Sampai KLIA 2 around 7.30. Awal betul. haha

Lepas check in luggage terus beli sarapan roti. 
Sampai KK terus call Owner Kereta sewa, RM270 (RM 80/day) Azlan 011-3505 5053
Kitorang ambik kereta sewa saga BLM. cari yang paling murah je. huhu
Minyak Kereta total isi RM70 untuk 4days.

Sampai terus lapar. Pusing2 cari makan. Jumpa Food court area tempat van, area sutera harbour tak silap. total makan RM13
Nasi putih lauk tempe dengan ayam goreng. boleh tahan sedap. 

husband order kueytiaw goreng. kesian rasa die manis. huhu
Kami meneruskan perjalanan yang berliku ke kundasang untuk check in di Ayana Holiday Resort. (Agoda ) RM105/night , deposit RM50
Jalan dia okay la not bad, tak berliku sangat compared Cameron highland tapi masa kami naik tu hujan, jadi kabus sangat tebal menyebabkan suami memandu lebih berhati-hati.

Nak cari Resort ni senang je sebab area tepi jalan je. Belah kanan, Gunung Kinabalu belah kiri jadi tak dapatla nak berlatar belakangkan view gunung. tapi still lagi cantik.
I think tak recommend untuk ibu mengandung or orang-orang tua sebab nak ke bilik kena turun tangga.
wifi resort. WAJIB sebab line umobile langsung tak ada.huhu

tempat  yang boleh dikunjungi berdekatan dengan resort. 

Katil queen. Nasib selimut dia tebal. sejuk even tak ada aircond

Sempat lagi encik suami posing. 

view dari bilik. few hijauuu.. i loike



view malam. hujan
Malam lapar so cari la makan. kitorang keluar jam 7.30 malam. gelap dia macam dah pukul 10. of course jalan sunyi dan berkabus. so lebih berhati-hati. 

Jumpa pekan kundasang, ada pasar malam, beli kepak ayam. (RM5)
lepastu ada kedai makan hidayah. orang sabah dah tak ramai, ramai pelancong dari semenanjung je jalan-jalan cari makan. Makan malam ni RM10. 
ambik sup daging yang banyak dan murah. Rasa beras sabah yang sedikit keras tp makan dengan sup panas2 lega .


Sampai resort terus rehat-rehat sebab tak ada aktiviti nak buat. dan esok pagi nak bangun awal keluar jalan pusing kundasang dan ranau. wihuuuu



Thursday, April 6, 2017

SUSHI ZANMAI SETIA CITY MALL


Assalamualaikum semua.
kembali bersiaran jalan-jalan cari makan sambil menyambut hari jadi siti zulaikha.
haa gitu
macam biasa pemilihan tempat berdasarkan permintaan mahu ke mana

Sushi Zanmai, Setia City Mall
Kalau nak senang parking di P3
Area Manhattan 


happy birthday adik manis. semoga terus sukses Siti Zulaikha Tabroni ! 

Terpikat tak? adui sedapnya.. 
                 1. Menu pilihan kami.
CHUKA CHIMNI AND BLACK CAVIAR



SPICY FRY EBI, UNAGI AND EBI TEMPURA

FIERY OYSTER ROLL 

EBIKKO, CHUKKA LIDAKO AND SALMON SALAD

FRIED SALMON SKIN

PARI-PARI KANI SALAD

2. Group photo.
Muka balik kerja masing-masing



masuk pukul 8 malam balik pukul 9.30 malam, suasana yang sangat tenang , layanan waiter pun best. .

Overall recommended sebab lain sikit kalau tak memanjang Sushi King. hihi