Sunday, December 6, 2015

Cara menyimpan duit bagi pelajar

Assalamualaikum.
Hee gatal tangan nak menaip memalam ni.

Actually as student paling susah nak simpan duit lagi2 yang fully guna duit daripada biasiswa atau pinjaman tanpa dapat duit belanja daripada family. (ye tak semua orang mampu) bertambah lagi keadaan kegawatan ekonomi sekarang macam mana.

Cara aku paling senang aku nak buat ialah aku wajibkan diri untuk simpan duit syiling dalam tabung(tak ada tabung spesifik,jadi simpan dalam bekas recycle) hihi asal boleh.

Even baki RM0.90 pun aku simpan juga. Kalau makcik cafe tu tanya ada duit syiling tak? Aku pun cakap tak ada. Memang selalu balik bilik je tak ada kerja lain nak buat kira duit. Aimaklumlah budak akaun memang macam ni. Ahaha

Haa gini la rupanya untuk semester baru ni


 Ada duit kertas tu lebih2 kalau rasa nak simpan duit kertas. Duit syiling semester sebelum ni pun ada lagi sayang kita nak tukar duit kertas. Pesanan ringkas: kalau nak tukar duit syiling sila tukar dekat kedai runcit dan pastikan korang dah label siap2 supaya senang orang kedai nak kira balik. Kenapa tak dekat mesin bank? Sebab selalu duit syiling yang rosak ke sumbing ke dia takkan detect. So rugi la korang (akaun student) hahaha

Mana tahu duit yang korang simpan ni boleh tolong korang bila sesak2 ke lagi2 hujung2 semester. Takkan makan maggi je kan. Sekurang2nya dapatla makan nasi dengan teluq. Syukur dah sangat kan :)

Semoga dapat amalkan cara ni sampai bila2 sebab kita tak tahu masa depan kita macamana.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hihi

Selamat malam semua.
Doakan sentiasa ditambahkan rezeki yang banyak. InsyaAllah
:)

Friday, December 4, 2015

How we met

Assalamualaikum .. hikss

Disebabkan perancangan  +-365 hari lagi (Over tau nak cerita sekarang)
hahaha
bagi can k :P

Cerita biasa-biasa je. tak de lah jumpa lepastu terlanggar dan terjatuh cinta.
haha mestilah bukan

Sebabkan ramai tanya macamana dan kenapa dengan Hannis(kengkawan panggil waksam tapi disebabkan dia kenalkan diri sebagai Hannis so sampai sekarang tetap Hannis kite :P)

Masa aku intern dekat EY kot dalam bulan 3 tahun 2015 (masih dalam tahun ni)
Ira faten Izzaty aka my bestfriend since sekolah tanya la ada orang nak berkenan (i was ewww pelis lah kite tak nak sebab tak pernah orang approach kita dan tetibe ada yang approach -,-)
Puas dipujuk boleh ke tak bagi my num dekat hannis ni, my answer masa tu, hmm kawan jela.

11 March 2015 at 5 pm (memory aku kuat tau)
Hannis whatsapp aku padahal masa tu aku dah tau unknown number tu sapa tapi sebelum dia whatsapp tu dia add friend dekat FB. haha kemain lagi

Mula2 whatsapp tu aku curious sangat asal dia ni nak sangat kawan dengan aku, padahal aku ni nothing kot (eceh -,-) *ni mesti ira dengan ijol(abang ira) berkomplot gula2 kan si hannis ni.

Apa yang buat aku terkesan untuk aku pilih dia sebab effort dia, dia sungguh nak jumpa my parent sebab dia rasa nak ada tanggungjawab. Sebab dia rasa dah tiba masa dia untuk ada 1 happy family. Even umur kitorang jarak 5 tahun, even dia ni sekelas dengan kakak aku (baya) dan even mak dia dengan mak aku sekelas juga masa darjah 1. (hahahahaha OMG) tapi aku tak pernah pun kenal dia.

Dan aku cakap je aku ada kawan masa tu. yes i admit sebab kalau menipu pun tak ada guna. I told him everything dan dia lelaki yang tak cepat melatah compare dengan aku ibarat langit dengan bumi.

Before aku bagi dia jumpa parent aku tu, aku discuss dengan akak aku (kak elis) sebab masa intern kan stay dengan kakak aku. nasihat dia yang aku sentap " Pilihlah lelaki yang approach dan suka kita lebih daripada kita suka" (kesalahan yang aku buat sebelum2 ni) dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kitorang.

Dia jumpa family aku, dan aku jumpa family dia.
dan
Family jumpa family *Love*

now everything look okay. Even selalu cikwada buat drama sinetron, maka si dia akan buat tak tahu je. (acah malas nak layan kita la tu)
perancangan dan persiapan masih berlangsung.
simpanan duit masih perlu diteruskan even aku masih lagi student.
habis degree insyaAllah bulan 6 dan aku akan terus je kerja apa2 yang boleh aku buat untuk persiapan di masa hadapan nanti.

Doakan yang terbaik
InsyaAllah ada rezeki untuk semua .*hug*


*p/s:  Ira will be marry next week (12/12/2015) with Fathan dan diorang kawan since Form 5 kot! i'm super happy with them. Semoga kekal selamanya. Dipermudahkan urusan bersama bermula berdua hingga endless :) Love you ira ^^

Friday, September 11, 2015

Percutian ke Gold Coast Morib Selangor 2015

Assalamualaikum.

Percutian pertama bersama bestie forever (zu, nudt dengan ali). Memula planning kitorang macam nak ke cameron highlands tapi disebabkan faktor cuaca tidak menentu dekat Malaysia ni so kitorang decide untuk bercuti dalam selangor je.

Even memula rasa macam nak tergelak ke hape tapi kitorang just let go je, banyak baca blogger lain kata tak best la ape la tapi kitorang dah janji dengan diri kitorang yang kitorang akan jadikan tempat tu best! hahaha

Alia dengan nadja settlekan booking hotel dengan transport everything. Hotel kitorang booking dengan Groupon je. harga pun RM176 je untuk semalam. By the way, kitorang pergi 2D1N ( 3 & 4 September 2015) and hari weekdays sebab masing-masing dah nak balik U untuk semester baru.

Bermula perjalanan pukul 11.30 pagi, nadja pick up sorang-sorang then terus perjalanan ke Morib about 1 and half hour. hmm cuma nak inform lepasni nak p morib lalu je highway SKVE sebab balik tu kitorang lalu SKVE ke shah alam only 20 minutes . hahaha (nangis jimat kekonon nak elak tol)

Everything okay and best. harga RM176 tu termasuk 2 tiket untuk themepark dan breakfast untuk 2 orang, so kitorang add on RM40 untuk dua orang normally harga RM37 tapi make sure korang call tanya harga tiket dia.

Jacuzzi untuk dua orang tapi empat orang pun muat lagi. syokk urut badan 

balkoni besaq tapi memandangkan bilik kitorang pandang jalan so tak de lah kitorang nak keluar sini. hihi 

Katil single tapi bila rapatkan muat untuk 4 orang. memang besar. berbaloi!

Nice view

Hello! Love you.

Saat budak2 masih dibuai mimpi, kitorang la orang pertama masuk. HAHA 
 Malam tu kitorang makan seafood dekat restoran Juvita. Actually aku pernah makan kat sini dulu zaman matrik selangor (2011/2012) tapi sebab sekarang dah 2015 memang la dah tak ingatkan.
harga superb murah . total kitorang RM110. yang pasti air epal asam boi sedap mak aii.
Ikan siakap=RM40
Udang masak butter=RM6
Sotong goreng tepung=RM20
Tom yam ayam
Kailan goreng ikan masin
Air epal asam boi=RM15

Yang balance tak berapa ingat. maaf kertas resit hilang. -,-

Tadaaa.. banyak betul. siap suruh waiter bungkuskan bawa balik hotel sambung makan.
Breakfast . Banyak pilihan tapi ambil yang ni je. taknak berat-berat makan karang tenggelam terjun kolam. haha

Lepas mandi themepark dapatlah sejam lebih, siap packing barang kitorang check out around 11.30 am. Balik tu singgah balai polis buat report sebab nadja tertinggal purse dekat pantai morib. So korang hati-hati. Dan disebabkan kitorang masih dalam mood holiday, so kitorang semua macam craving Kulcats. Hmm serious aku memang teringin. Tak rugi sebenarnya makan sini sebab portion dia sangat besar dan air Lemongrass Kulcats tu memang sedap oiiii. (terliur Kejap). 



Okay lastly, pengalaman p gold coast morib ni best lelagi kalau bawa anak-anak. kitorang ada anak tekak je. bawa juga la tu kan.

so lepasni ke manakah holiday kita? hihi

Thanks for your reading

Jumpa lagi

Cikwada
@holiday
11 September 2015


Sunday, April 26, 2015

#2

26 April 2015

Terima kasih awak.
untuk pertama kali ada orang lelaki mai rumah jumpa mak abah (bunyi serius sikit)

perancangan seminggu je H terus decided nak jumpa mak abah.
haa ketaq lutut kita lahai tak tau nak suka ke gembira ke macamana.

Alhamdulillah semalam harinya
cikwada paling excited lepas subuh terus kemas rumah masak----
hehe
selalu komen makanan sendiri tak best dan akhirnya you did well syuhada !
H kata sambal belacan kita sedap. alahai

well done awak !
dalam group whatsapp memang kena la dengan family.
Alhamdulillah semua suka dan bagi nasihat yang baik2.










terima kasih awak
status : twenty months to go !



p/s: janji saya, saya akan memilih lelaki yang pertama jumpa mak abah dulu. Moga ada hikmah Dia. terima kasih yang mendoakan. semoga terus doakan kami.

*next --------- ke sri mahsuri pula la kita.


cik wada
27.4.201 @ Shah alam
#WH


Wednesday, April 15, 2015

#1

11 Mac 2015

Tetiba ada whatsapp masuk.
"Assalamualaikum, awak nur syuhada kan"

Dan bermula dari situ walaupun saat ini baru sebulan. Allah tunjukkan betapa kuasanya Dia.

Doakan yang terbaik. Mana yang saya telah lukakan hati awak tu org minta maaf.

Terima kasih sahabat sebab yakin dengan dia.
Kak elis ~ Terima kasih sebab jadi telinga dan pemberi nasihat yang terbaik.
Dan semua family kita. Family dia.

Unexpected but itu kuasa DIA.

#H

2250
Cik wada
Shah Alam

Tuesday, January 27, 2015

Program Penyatuan 5 Al-Hanafi

Assalamualaikum w.b.t

Hamboi tajuk kemain kau. Hihi
Sebenarnya nama pendeknye reunion.

Alhamdulillah seronok je rasanya bila dapat jumpa dan berkumpul dengan rakan sekelas masa tingkatan di SAM Nurul Iman. Walaupun hanya 15 orang yang hadir daripada 24 orang tapi seronoknya. Kemain kau ye syuhada gembira. Hehe
Mana taknya ukhuwah kami Alhamdulillah kuat sebab kitorang memang sekampung then ada yang kawan dari sekolah rendah. Thats why rapat.

Tentatif jam 2.30 petang tapi biasalah nak ambik kawan nak cari parking memang menguji kesabaran depa. Cik wada relax je sebab parking kat SCCC . hikhikhik
Jam 3.40 baru semua ada dekat kfc setia city mall. Tempat dekat so ni je kitorang senang nak kumpul.

Gelak punya gelak. Makan sambil selfie. Hmm perempuan okay. Hahaha

After solat asar tu kitorang buat bulatan kecil dekat tengah padang scm. Haha malu pun ada tapi seronok tengok orang lain main belon. Hikss

Bercerita kenangan manis dengan kenangan pahit dan setiap sorang kena bercerita. Hahaha sumpah masa saber cerita semua sakit perut gelak. Memang kenangan part dia cerita. Haha

Last pukul 7 bersurai.

Dan terima kasih korang. Nampak kita gelak2 tapi ade peringatan bersama. Ibarat berkumpul di taman taman syurga. Bulatan kecil seperti usrah. Sharing is caring kan.
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.
Terima kasih dan harap maaf kalau ada yang terasa hati. Moga Allah redha kehidupan kita ��

Love
Cikwada
9:58 @ 28/1/2015

Sunday, January 18, 2015

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Hihi *skema ayat kita ni. Hihi

Yeah Alhamdulillah finally tamat sudah semester 5 (2014/2015)
Semoga dapat result lip lap lip lap bercahaya. Hihi

Hari khamis malam tu cepat terus gerak balik klang.
Habis exam ambil segala beg lepastu kawan2 ajak main bowling  haa layan
Siap sebelum naik bas tak tahu nak buat apa terus survey tengok tiker wayang.
2 jam 40 minit tengok filem hobbit.

Sampai klang pukul 6 pagi.
Tetiba kak biela tanya kau kenapa tanya kat rumah ada orang ke tak. Ceh rupanya dia pun balik. Hehehe punyalah busy sampai lupa nak tanya.

Sampai rumah tanya mak nak masak apa?
Hee mesti suruh cikwada masak la tu.

Kebetulan abah masuk hospital lagi, jarum  untuk hemodialisis dia tercabut dekat leher. ��

Dan doktor bagi pilihan untuk kami untuk buat CAPD.

Nanti cikwada tulis pasal CAPD ye. InsyaAllah.

Apa-apa pun semoga semua selamat dan Allah bagi petunjuk yang terbaik kepada kami. Ni cikwada cuti 2 minggu sebelum masuk praktikal. Takpa offer diri nak jaga. Tapi ganti2 dengan kakak sebab kami cuti sama tapi dia lama sikitla belum praktikal lagi. Esok abah nak x-ray pergelangan tangan yang patah. Walaupun tahu yang tulang untuk orang tua tak akan bersambung balik tapi harap Allah bagi yang terbaik.

Doakan kita ya. Doakan abah kita cepat sihat balik. InsyaAllah Ameen ��

*dapat berita ada pakcik sedara meninggal. Ziarah sekejap tadi arwah sebab memang kebetulan turn teman abah malam ni.Armarhum Hj Ismail. Al-Fatihah.

-Love-
Cikwada
18012015 @ 19:14
HBTAR Klang

Monday, January 5, 2015

Petua rambut gugur

Assalamualaikum,

hai semua. hehe
sihat semua ya?
cikwada sihat alhamdulillah sebab baru habis 50% paper exam.  Dan berita sedih abah masuk wad balik. hmm besar dugaan Allah bagi. Moga Abah tabah ya.
Doakan abah kita :)

so nak share la petua ni.
actually kawan cikwada bagi petua ni untuk muka tapi disebabkan kulit cikwada memang sangat2 sensitif so stop guna dekat muka dan try guna dekat kulit kepala.

sebelum ni memang tengok rambut gugur macam sakit ja. banyak !
then cuba petua orang kampung dengan berbekalkan kurang daripada RM15.
Alhamdulillah hasilnya membantu sangat. tak stress dah tengok rambut tak ada gugur.
sebelum ni kadang sampai tak berani nak sikat rambut sebab banyak sangat gugur dan guna tangan pun ada gugur.

kita share ya kat semua.

Bahan:
1. 1 sudu teh serbuk kayu manis (cikwada beli dekat giant RM2.90)
2. 1 sudu teh madu (pastikan yang tulen beli dalam botol kaca yang kecil RM10)
3. 1 sudu teh minyak Zaitun (optional)
4. Sedikit air kosong atau air paip

Cara:
Campurkan bahan 1,2 dan 3 dengan nisbah 1:1:1
bahan 4 hanya dimasukkan dengan beberapa titis sahaja untuk mengelakkan ramuan ni terlalu cair.
Kacau semua bahan tersebut

Cara memakai:
letakkan ramuan di kulit kepala sebelum mandi atau basuh kepala
sekurang-kurangnya pakai dalam masa 15 minit sebab nak bagi ramuan meresap dekat kulit kepala.
tapi macam cikwada suka pakai lama. terpulang lah ya kalau ada masa lebih boleh sahaja.
basuh kepala. guna shampoo bagi mengelak ade ramuan yang masih terlekat di kulit kepala.

mudah

gunakan ramuan ini sekerap kali.
3 kali seminggu.


semoga anda berjaya !
good luck



Love
Cikwada
6/1/2015 @ 1543

Friday, January 2, 2015

Tambah sikit

Assalamualaikum.

haa sebelum magrib

Alhamdulillah selesai 1 paper. another 5 papers.
moga Allah redha

cuba letakkan semuanya pada Allah

Aku juga insan lemah. kekadang malaih kemain

tapi nak lulus nak above 3 pointer
hehe ! insyaAllah

Salam maulidurrasul nabi junjungan kami Nabi Muhammad .
selamat tahun baru 2015.
new version of life,


doakan kite :)

love
Cikwada
7:18 @ 2/1/2015