Tuesday, October 16, 2018

MAJLIS AQIQAH UNTUK ALI ISKANDAR

Assalamualaikum.. 

selesai majlis aqiqah untuk anak kitorang..
Alhamdulillah 
walaupun banyak juga rintangan die tapi majlis selesai dengan jayanya..

Terima kasih semua yang sudi membantu!

So ummi ali letak gambar je senang la..malas nak cerita panjang 😂😂

buat kad jemputan online je 🙊
seminggu sebelum kenduri kami prepare goodies. 
bajet je goodies 
beg kertas + yassin + air kotak + jajan + bunga telur. 

so askar2 tolong ali bungkuskan goodies untuk 200pax
semua habis masa hari kejadian. hihi

rajinnya makcik bawang.. hihi

then abi ali settlekan bahagian kambing aqiqah 2 ekor.. seekor RM800 = RM1600
mula2 fikir nak buat bbq tp bile fikir guest kitorang ramai so tukar plan dua2 ekor masak palembang.
dan hasilnya memang sedap. 

mmbeeekkk😋😋
khemah macam biasa order dengan sepupu rumah sebelah. 
request yg biasa je tak letak pun langsir2.. hihi 
yang penting orang kenyang makan dan selesa.
Alhamdulillah cuaca pun baik je. risau pulak takut hujan..

2 khemah settle
team rewang banyak bantu lagi2 masterchef iaitu mak la..

so menu yang disediakan. 
1) Kambing masak palembang
2) ayam goreng berempah
3) tempe goreng berempah
4) keluban pucuk ubi
5) sambal taun kulit
6) kerabu mangga
7) ulam2 + sambal belacan
8) nangka masak lemak 
9) kuih muih 
10) aiskrim malaysia
11) air sirap sejukkk

bertungkus lumus siapkan makanan dari pagi sampai ke pagi 💪💪

ni haa siapkan barang untuk gunting rambut ali.. kekeke

ni kuih lemper. lama nak siapkan dia tp sekejap je habis. haha

OOTD ali.. kameja batik tu beli dekat bali. 
 ootd kitorang semua dari bali.
Belikan kameja abi dengan ali .. ummi dpt kain batik lepas then minta nenek jahitkan..
baju beli dkt GM je.. hihi
bolehla tema ala-ala white dengan blue. ali lain sebab ali special 💓💓
Team marhaban ada 3 kumpulan.
Team surau sebaya
Team jaya setia
Team nurul ummi 

gabungan team marhaban mak dan mak mertua memang rumah full house tau.
majlis dimulakan dengan bacaan tahlil- marhaban dan alunan nasyid.

siap ada alunan bunyi2 muzik nasyid lagi. kerlas tau untuk ali ni.. 

full house dalam dengan bahagian luar. 
                                   
haa yang ni kemain nak join jugak main..

muka ali tu baru bangun tidur.. lepastu pelik orang gunting rambut die. hihi


tenkiu nenek ali masakkan sedap2..
hari kemuncak yang ummi tunggu2 ..

botakkan ali..😹😹
mula2 cikbaya, cikbila dengan cikcha gunting2 rambut ali bagi senang nak cukur
then cikman dengan abi cukurkan die
kemain muka tu ada senyum..

tengok tu muka die.. geram ummiiiii😛

tadaaaa.. budak botak 😉😉
itu jela nak taip dah..
hihi belum ada mood menaip dan bercerita.

Terima kasih semua!
jumpa nanti kite post pegi cuti dkt bali 😇😇


Monday, August 13, 2018

PENGALAMAN BERSALIN


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi atas anugerah anak lelaki kami.

Anugerah yang kami suami isteri tunggu-tunggu
Semoga hadiah ini menjadi amanah untuk kami berdua jaga sebaiknya.

Meh la ummi nak cerita tanda-tanda sebelum si kecil ni lahir.

23.05.2018 - Rabu

Bulan puasa ni kononla kan nak puasa penuh sebenarnya.. selalu masa otw ke office, baby dalam perut akan gerak2.. tapi sampai ke ofis rasa baby kurang gerak. 

Terus Whatsapp my sister tanya nak kena buat apa bagi baby gerak? 
Dia cakap p buka pose. huhu
demi baby ku gagahi jua minum air kosong + ada biskut sebungkus kecik dalam beg. huhu nasibla
tapi after makan still kurang tapi still maintain monitor berapa kerap mengeras dia.

24.05.2018 - Khamis

Lepas sahur baring-baring relax tapi perut still lagi rasa tak sedap,
Cakap dengan husband nanti kite pergi hospital ye checkup.
Dan whatsapp group company tak datang office dan semua macam terkejut sebab semalam okay je masa kat office. Haha depa tak tau hati debar semalam. 

Sebelum gerak ke hospital shah alam pukul 12.30 tengahari, niat dihati ingin berbuka puasa dengan air zam zam seteguk dan niat itu diteruskan.

Sampai di PAC daftar nama tunggu dekat dalam.
Ada la dalam 3 orang nurse sebab waktu lunch kan,
Patient pun tak ramai, ada dalam 3 orang.

Nurse panggil untuk IV dan suruh baring untuk check CTG.

Nurse pasang CTG then bacaan mula2 130 so okay la.
Bila check CTG ni akan tidak selesa sebab macam pakai tali pinggang then kena baring terlentang. Memang tak selesa sangat.
Aku pun gerak la mengiring ke kiri.

Tetiba…

Bacaan CTG drop 130 97 86 67
Terus nurse jerit panggil Dr.
Dr pun terus je seluk check berapa bukaan dan bukaan masih 1 cm soft.

Dr tanya kamu ada makan @ minum apa-apa ke? Macam air selusuh ke air zam zam ke
Aku pun jawabla saya minum air zam zam seteguk je nak batalkan puasa saya.
Keadaan masa tu kelam kabut sangat. Tapi aku cuba untuk cool je sebab tak rasa sakit.

Pukul 2 petang aku di bawa ke Labour Room dan suami masa tu tunggu dekat luar telah diberitahu oleh staff nurse.

Labour room di HAS sangat selesa sebab bilik besar dan seorang diri.
Dalam tu aku ditemani oleh seorang staff nurse dan seorang bidan.
Alhamdulillah mereka sangat baik melayan kerenah aku.

Alhamdulillah bacaan CTG baik 130 up and down.
Around 2.30petang Dr datang check dan pecahkan air ketuban guna alat yang Panjang macam lidi Cuma tetiba rasa air keluar siap tanya saya kencing ke Dr?
Haha noob je rasa. Dr induce masukkan air nak bagi bukaan cepat.

Setiap kali contraction datang, nurse datang genggam tangan. Nurse cakap kalau tak tahan sangat boleh minta ubat tahan sakit.
Aku tanya la selalunya kalau induce berapa cepat bukaan tu, then die explain selalunya 1 jam 1 cm, expectation aku dalam pukul 9 malam boleh la beranak dan ubat tahan sakit pun dah habis. Mintak la ubat tahan sakit dalam 3.30 petang yang dicucuk di atas punggung.

Dan bermula la episode aku mengantuk, staf nurse bagi tazkirah sambil aku dalam keadaan sangat mengantuk, Nurse cakap kalau nak minum air selusuh ke air anugerah ke air zam zam minum masa bukaan dah 9-10cm bukan awal sebab nanti baby stress nak keluar. Sangat bahaya untuk baby sebab laluan dia belum terbuka tapi baby dah stress nak keluar.

Pukul 5.30 husband cakap nak keluar solat asar kejap. Then aku yang tengah mengantuk pun okay je la.
Sedar dari tidur pukul 5.50 rasa nak terberak dan bagitau nurse, nurse cakap “subhanallah dan bukak 9 cm dah dik” nak teran ke nak tunggu suami?
Aku pun cakap teran je la.

Dengan keadaan aku yang masih lalai mengantuk, tak terasa sakit langsung, tak de rasa nak meneran.
Dekat setengah jam dok push je tapi still tak boleh, tak pandai nak kawal pernafasan. Sampai aku genggam tangan nurse pun tak Berjaya sampai cakap nurse saya tak boleh push, mengantuk sangat ni. Husband pun tolong bagi air kosong dengan sapu air dekat muka bagi hilang ngantuk dan segar sikit.

Around pukul 6.40 petang, finally, Dr dah ready untuk tolong aku beranak, dia cakap ibu push ibu, kepala baby dah nampak, cepat semua orang nak berbuka ni.

Alhamdulillah berkat pertolongan Allah, team Dr2 & nurse serta suami disisi tepat jam 6.50 petang, lahirlah seorang bayi lelaki yang dinanti-nantikan oleh kami serta seluruh keluarga.

Pengalaman kena episiotomy (jahit miss V) yang banyak sebab Dr tolong keluarkan si kecil itu. Huhu lama jugak dekat sejam Dr praktikal tu buat nasib baik tak de rasa apa. Cuma ngilu sehingga ke hari ini rasa dia. Hukhuk

Hidung ummi, bibir abi tapi banyak muka ummi la sebabkan baby boy. hihi

Muhammad Ali Iskandar Bin Mohammad Hannis
24.Mei.2018 - Rabu
SVD (normal)
6.50 petang
39w1d

Abi tengah azankan Ali sambil suara macam teresak. huhu
 okay cukupla. 
nanti share pasal baby jaundice pula. huhu

doakan muhammad ali iskandar membesar dengan sihat. 

ameen..



Wednesday, April 25, 2018

HARROGATE SULPHUR SOAP

Assalamualaikum.

Ramai yang tanya kulit muka semakin bersih.
Kalau tak, setiap minggu ada je jerawat yang muncul (sebab salah makan lagi2 ayam bandor)

Start bulan januari 2018, godek2 la skincare yang elok untuk kulit muka yang bermasalah.
Jumpa Post IG anak buah yang die guna produk harrogate. Memang beza muka dia dulu berjerawat tapi now dah bersih. haritu jumpa masa wedding dia tengok dah cantik dah kulit muka.
Terus cari agen/stokis yang boleh COD area bukit tinggi(dekat office).

Jumpa fb Anis Theharrogate Hi! Direct whatsapp Anis untuk order harrogate👉👉👉 wasap.my/60192787609




Terus contact anis dan tengahari dah dapat barang. Masa jumpa tu memang cantik orangnya. Penangan guna harrogate. eh .. hihi 


Rangkaian product harrogate 
                                   
Quick review

Produk yang cikwada guna.

1) Sabun cleanser. 



Ada 4 warna tapi semua sama cuma warna sahaja yang berbeza.

Diformulasi menggunakan sulphur water dari the natural sulphur spring di Harrogate Yorkshire England, Vit E dan juga Essential oils untuk SEMUA JENIS KULIT terutamanya mereka yang cenderung pada #eczema #psoriasis #acne dan pelbagai masalah kulit. 

Kongsikan kehebatan rangkaian produk #harrogatesulphursoap dengan keluarga dan kenalan anda supaya lebih ramai mendapat manfaatnya. 

🌸 NO STEROID
🌸 NO COAL TAR
🌸 REGISTERED WITH KKM
🌸 MADE IN ENGLAND
🌸 SUITABLE FOR FAMILY USE 


Bagi aku yang dah guna almost 4 months ni, sebabkan nak jimat so kite belah 3 >.<' Sepotong boleh guna sebulan lebih (kalau guna untuk muka sahaja) sabun ni boleh guna untuk muka dan badan.
Kesan dia sama je, no more acne.


2. Sulphur cream

Krim ni aku tempek dekat tempat yang nak hilangkan parut jerawat. kalau ada sebutir jerawat keluar memang terus letak. Bau dia bagi aku biasa ja. Tak wangi dan tak busuk.
Tapi kesan dia best.
Sapu nipis2 je.

So kena la tunjuk kesan kulit muka cikwada setelah penggunaan lebih 4 bulan ni.
Kena tunjuk sipi je sebab makyong membesar dengan jayanya.

tadaaa.. kesan parut lama masih ada tapi tiada lagi kesan jerawat baru. yeay!

Alhamdulillah kandungan dah hampir 36minggu.
semakin hampir harinya. 
Semoga dipermudahkan urusan kami. 
Ameen :)

Sunday, March 18, 2018

SCHOOL HOLIDAY MARCH 2018 AT MARC SERVICE RESIDENCE KLCC

Selamat hari isnin semua!
mulakan kerja seperti biasa. 
jalan tak jem sebab budak sekolah cuti! yey 30 minit sampai opis.. hihi

jadi cuti sekolah memilih untuk stay di hotel mandi-mandi bawa anak-anak kecil termasuk ibu bapa mereka. hihi
pemilihan penginapan oleh abang rizal. 
den setuju je sebab bila lagi kan kite nak lanje family. hihi
setuju sebab penginapan dekat sangat dengan klcc. 
kiranya percutian ke KLCC gitu. 
Family yang join kali ni ramai juga. cikwada, cikanum,cikelis,ciknoa,cikami, cikbaya, mak dan cikpatin. 
macam biasa bayaran kongsi-kongsi.
bawa makanan pun kongsi-kongsi
semua kongsi .. hihi 


landmark MARC KLCC. 3 minit je jalan ke KLCC.. hihi


rumah yang besar cukup untuk kami semua. 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Review : 
Facilities : dapur gas (tak boleh pakai), kad access parking (tak boleh guna), channel tv kureng varities. huhu tapi kami dapat atasi masalah ini dengan bawa periuk noxxa serba boleh. hihi dan semua kekenyangan. Alhamdulillah. 
Berharap owner dapat memperbaiki segala kekurangan dalam rumah tu. sebab customer bayar untuk services kan. hihi
kite bagi 3 bintang. hihi



semua memang dah ready nak mandi-mandi pool.
layan view klcc gitu
planning nak sambut birthday march babies. 
ramai birthday bulan 3 termasuk my husband. 
so sekaki la semua. hihi

nasib baik oven boleh guna. ayam tiga ekor. cikwada prepare bahan perap dia je. yang lain cikelis bawa. maceh 

thanks husband penyelamat tolong macamana nak guna oven. (kite tahu guna oven dekat rumah mak je) hihi

as per request! bubur nasi by ciknoa. gigih tau merealisasikan keinginan cikwada! maceh :)
 banyak je lauk yang dibawa tapi lupa nak snap gambar! sorry. huhu

kite ada cake klcc.. sedap katanya hahaha
 cikbaya beli deko-deko.
beli balloon. so kite hias dinding bagi cantik.


after celebration. 
jalan-jalan masuk suria klcc, pegi park klcc tengok air color-color then jalan kaki ke urban street dining . 
jauh juga la makyong menapak. ada la dalam 4 kilometer. 
semput mak oiii.. 

memasing gigih tau. haha
 sebelum balik pagi tu sarapan nasi lemak.
walaupun cikwada telah dikritik bawa bahan sikit. hahaha
tapi masih boleh masak dan habis.. hihi

snap sebelum pulang.
terima kasih semua !
yeay segalanya berjalan lancar.
kite tunggu next month punya pool!

yeayyy.. 

Monday, March 12, 2018

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Assalamualaikum. 
dah lama tak share resepi. 
kalini nak share resepi ayam panggang. 
sebab kakak den request. 
layankan ja. 

Bahan- bahan 
1) Ayam - 1 ekor * potong rama2 atau belah dua
2) sementara tunggu bahan perap siap, keringkan ayam + salut dengan garam dan kunyit

Bahan perap 
1) Bawang putih , bawang merah & halia *blender + air putih untuk jadikan sos ayam
2) 1 senduk besar sos barbeque jenama apa2 like kimball (lagi banyak lagi sedap)
3) 2 sudu besar sos tiram 
4) 4 sudu besar lada hitam *blend kering
5) 2 sudu kicap cair + pekat untuk naikkan warna
6) 1 kiub ayam knorr 
7) garam 
8) gula @ madu
9) serbuk perasa
10) mixed herbs
11) sos cili dan sos tomato

Hiasan tambahan 
1) bawang holand @ bawang merah 
2) kentang *sila rebus dulu 
3) lobak * rebus juga 
4) cili benggala pelbagai warna (nak naikkan seri ayam bakar) hehe gituu

Cara-cara untuk masak bahan perap.. 
1) panaskan minyak @ butter dalam pan @ kuali
2) masukkan bahan blender dan masak sehingga garing dan naik bau
3) masukkan lada hitam & mixed herbs
4) masukkan segala sos dan kicap 
5) masukkan kiub ayam 
6) masukkan yang lain2
7) rasa bahan perap mengikut kehendak diri.. bahan akan pekat dan likat
8) dan siap sejukkan sekejap dalam 10 minit then salut pada ayam .. 
9) perap sekurang2nya 1 jam or terpulang kepada kita. lagi lama lagi aumm 

panaskan oven mengikut oven masing-masing selama 10 minit.. 
saya guna 180' untuk 1 jam (30 minit dan terbalikkan ayam 30 minit)
nak dapatkan kulit ayam yang cantik dan licin, sebelum masuk dalam oven, sapu butter @ minyak zaitun pada kulit ayam. 

untuk sos gravy dekat ayam tu dah banyak dan cukup.. 
kalau x cukup buat sos gravy lada hitam 

bahan2
1) panaskan butter
2) masukkan 3 sudu tepung gandum dan kacau sampai berubah warna 
3) masukkan susu & air 
4) masukkan kiub ayam 
5) masukkan kicap untuk warna gelap
6) masukkan sos bbq dan lada hitam
7) kacau sampai larut
8) blend sos 




nampak tak


western vs eastern >.<'' 



Wednesday, March 7, 2018

BIRTHDAY CELEBRATION AT ME'NATE SHAH ALAM

Assalamualaikum .
Alhamdulillah umur makin meningkat tahun ni. 
huhu
seperti biasa 27.2.2018 macam nak makan benda yang teringin. 

1. Sushi ! haha ada kerja kena settle dekat pejabat pos. 
So alang-alang sushi king dah area tesco. so kite take away. 

wihuu! egg mayo. 
2. Dinner husband bawa ke ma'nate Steak Hub.
First time merasai kelazatan original of steak. selalu makan yang biasa je.
Me'nate ni terletak di Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor . 



Masa sampai pelayan akan pilihkan meja + ambil details (nama + no. phone) untuk rekod. 
Dah duduk then tak tahu nak buat apa tanya pelayan macamana nak order. 

He explained kena pergi counter bahagian pilih nak steak apa then they will take order. 
So husband and me pilih black angus sebab suggestion daripada pelayan situ. Kite pun mana ada experience kan. Boleh la untuk pertama kalinya. Range harga depends dekat kite. ada je sampai beratus ringgit. kitorang ambik yang berpuluh je. hihi 

mine. Black angus with black paper sauce (medium cook) 

husband. Black angus with herbs (medium well cook)
Untuk rasa. sedap cuma sebab dia tak masak well (garing) so tekak orang jawa ni kureng la. husband tak mampu untuk menghabiskan. nasib birthday girl habiskan juga. haha
gravy dia okay sedap.

Air free flow ada ice lemon tea and peach . hot water ada choc, mocha and etc.

Jimat tak payah order air.. hihi

Suasana pun meriah meriah je ada juga yang celebrate birthday sama dengan kite. so suami tumpang nyanyi untuk kite la kan. hihihi


cuba sembunyikan pipi pao .. hehe

nasib i nampak kurus tau. suka >.<

Anyway thank you husband for the treats.
Semoga Allah permudahkan urusan kita.
Ditambahkan rezeki dan kasih sayang untuk kita.

Love you !

#27weeks