Tuesday, February 23, 2016

Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 2


Previous Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 1

Hari kedua 17 Februari 2016 
Seawal pukul 8 kitorang dah turun breakfast. Untuk breakfast kitorang boleh pilih nak makan nasi goreng or roti bakar. Air teh o panas or kopi. Siap take away sebab ada budak tu tak nak makan. Hamboi.
Selamat pagi ibuk bapak

 Pukul 8.30 pagi dah bergerak ke Bandung Utara untuk ketempat shopping seterusnya. Jalan ke utara ni macam nak pergi ke tempat lawatan Kawah Putih. Supir tak suggestkan kitorang pergi situ sebab bawa mak dengan anak2 kecil. Dan korang kena bayar lagi fee lawatan dan hanya boleh 15 minit dekat situ. Sulfur katanya jadi kitorang decide tak pergi. Jalan ke situ sangat2 nyaman. Macam laluan ke Cameron highland. Cantik dan sejuk..

Dalam pukul 9.15 pagi kitorang sampai di Graha Persona Puspa.  Dekat sini banyak jual kain sulam yang pelbagai corak. Telekung, Kain pelekat semua ada dekat sini. Memang kitorang stay lama sampai pukul 1 petang jugak. Dekat sini ada kemudahan toilet yang bersih dan musollah yang selesa. Make sure korang kena faham dekat Indonesia memang lelaki dan perempuan solat campur. Kedai dia macam rumah banglo besar. Kebanyakan di sini, owner kedai orang Jakarta.
Sempat foto di hadapan kedai. Cantik perabot jati dekat sini.
Tengok belakang tu. Tinggal pilih ja
haa rambang mata kan
Si kecil ini juga tempah baju siap dua helai lagi
 Dekat sini ada perkhidmatan jahit kain pasang siap dalam sehari juga. Jahitan dia kemas dan cantik. Harga dia lebih kurang 200000 rupiah untuk sepasang baju. Baju budak pun sama.
Dekat sini kitorang dapat grab baju kenduri untuk family. Sepasang dapat 150000 rupiah. Paling murah kain sulam dekat sini korang boleh dapat 80000 rupiah.
*Kalau korang tak pergi dekat sini. Dia ada cawangan dekat Pasar Baru juga. So korang boleh survey dekat Graha Persona Puspa Pasar Baru Mall. Tailor dia pun dekat situ juga.

Jam 1.30 petang kitorang sampai di Floating Market sebab nak makan. Takut sikecil dua orang tu masuk angin lagi. Ingat nak ke Wisata Dusun Bambu tapi sebab kejar masa nak ke Cibaduyut jadi kitorang ke Floating Market Lembang je untuk menikmati juadah makan tengahari.
Bayaran masuk ke sini 20000 rupiah untuk orang dewasa. Tiket boleh refund air minuman. Cara pembelian makanan dengan belian token.

Tenang je. Dia sebenarnya seakan tasik
                                                                                 
Makan tengahari kami. Kebanyakannya sedap. Tempe tu best!
Baki serdak tempe goreng tu kakak alya bagi makan dekat ikan. Geli sebab ikan dia besar
Dalam perjalanan nak ke Cibaduyut tu, supir sempat bawa kami ke Cikole Kopi Luwak atau Kopi Musang. Tiada bayaran dikenakan. Rasa kopi dia memang lain daripada yang lain. Mungkin sebab musang tu yang makan kot. hahaha 

Proses pembuatan dia masih buat dengan tradisional sebab tu harga sepeket tu mahal. 
Dan paling2 aku suggestkan korang kalau nak minum dekat sini minum yang original. Kalau nak try yang ada perisa ginseng halia semua tu boleh, tapi sangat sukar untuk dihabiskan sebab rasa dia beza. Yang pasti original tu boleh jadi 3 kali rasa yang berbeza. Secawan kopi dekat sini harga dia 100000 rupiah. Acah-acah hipstur tau. 
Boleh dicuba. 
Penerangan daripada pihak sini.

yang original 
 Around 5 petang kami sampai di Cibaduyut. Mall yang famous menempatkan barangan kulit murah dan pelbagai. Bagi pengunjung lelaki ini syurga korang. Hahaha
Bagi pengunjung dari luar negeri boleh dapat diskaun 25% untuk barangan kulit beg, dompet dan kasut.
Setiap lantai ada jual jugak baju dan lain-lain.
Aku dapat grab sling beg dengan purse kulit. Siap dia bakar depan mata lagi.

Mostly barangan kulit dekat sini diperbuat daripada kulit kambing biribiri. Yang lain ade beli kasut kuit, capal dan lain-lain. Poning den nak memilihnya.
Yang pasti berbaloi compare harga kulit dekat Malaysia.

Sebelum sampai hotel kitorang singgah di kedai jual kerepek di tepi jalan je.
Borong kerepek pisang cheese yang paling famous dekat sini 20000 rupiah untuk 1 plastik. Kalau korang peminat kerepek tempe sampai ada 5 jenis perisa. Ada pelbagai lagi jenis kerepek yang korang akan rasa pelik macam kerepek anggur, kerepek belut. hahaha
Kat sini best sebab boleh je nak rasa semua. Makan sampai kenyang.
Kitorang beli banyak siap request dia masukkan dalam kotak untuk kargo sekali.

Ada dua budak sudah kesel

Hasil tangkapan kami.yuhuuu

Sebabkan semua dah penat malas nak makan tapi sampai hotel semua balun maggi sorang 1. hahaha
kemudian terus lena dibuai mimpi. 
Esok tak sabar nak ke Pasar Baru pula. hehehe

Next Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 3




Monday, February 22, 2016

Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 1

Assalamualaikum w.b.t
hai semua.
Hari ini nak acah-acah buat live update dari Bandung Indonesia. Haha

Sebelum itu nak habaq mai yang aku tak dapat bagi total segala perbelanjaan sebab percutian kali ini lebih kepada shopping dan jumlah peserta seramai 8 orang ( 6 dewasa 2 kanak-kanak).

Dan tips kepada yang nak shopping ke sini bagi bakal pengantin. hewhew

First, booked ticket flight setahun yang lalu masa AirAsia Promo return RM120+-
(sempat la setahun kumpul duit) haha
dan masa nak dekat2 fly tu, kitorang decide nak tambah lagi buggage 90kg (30kg=RM115)
jadi total buggage kiorang 130kg. Ya, memang banyak sebab niat dihati memang masing2 nak shopping barang dekat Bandung.

Aku booked hotel serta supirnya dengan total RM1500 except untuk fee masuk tempat lawatan.
Kami menginap di Hotel Asoka Jalan Lengkong No.62
Nak promote supir ni aku dapat recommended daripada jiran sebelah usm. Hahaha
Memang senang nak deal.
Korang boleh search di Facebook Jafra Tour
Driver Pak Tedi dan co-driver Pak Henry.

Hari pertama, 16 Februari 2015
3am: Bertolak dari rumah guna khidmat pakcik endong = RM150 *harga midnight
Flight kitorang ada 2 trip pagi aku, zu dengan mak dan petang baya's family dengan bila.
6.40am-8.45am: Selamat sampai.
Lapangan Terbang Husein Sastranegara

kami pergi tak ambil luggage so terus isi borang dan urusan imigresen terus jumpa supir yang tunggu kitorang dekat depan pintu keluar.
Salah eja pun tak apalah :P
Sampai terus beli simkad Simpati 20000 rupiah. Even internet jumlah 300mb tapi still lagi boleh survive untuk 3 hari. Laju pula tu. Kalau tak cukup pulsa. Boleh beli pulsa dekat mana2 Alfamart (seveneleven).


Sampai airport terus request nak ke tempat tempah baju pengantin.
D'Fashion kedai dia macam Jakel selesa sangat nak pilih.
Ada 4 lantai. Sampai je terus pekerja dia lekatkan no 4 untuk dapat diskaun 25%
Kitorang dibawa ke lantai 2 untuk pilih kain lace.
Menangis tengok range harga dia. Fully beaded lace dekat sini semeter RM80-RM100 je.
Yang lace tak ada beaded ada harga semeter RM20 keatas. 

MasyaAllah sangat2 murah.
Actually kain lace aku nak sama design dekat jakel tu aku dapat dekat sini.

Busy tunjuk design dekat tailor

Haritu survey dekat jakel harga set RM880 tanpa jahit
Kat sini RM480+- kain dan upah tailor
Kau cakap je nak design macamana, settle tailor dekat sini boleh siapkan dalam masa 1-2 hari.
Cumanya pastikan design yang korang nak bukan yang terlalu sukar untuk tailor siapkan dalam masa 1-2 hari.
Selalunya yang sukar dia ambil masa dalam masa seminggu. (bolehla stay lama sikit :P)
Mula-mula bajet macam nak tempah satu baju je tapi bila diteliti balik lace aku beli tu fully beaded, kalau jahit dekat Malaysia confirm RM800 ke atas, so decide terus jahit je lah dekat sini dengan upah 1 baju 700000 rupiah.

Aku dapat tempah 2 baju dan tambahan kain pasang.
mak aku siap beli border lace 50000 rupiah semeter.

Lepastu tengahari supir bawa kami ke Heritage yang jual baju sulam, telekung dll.

Tak banyak pilihan. tapi bolehla range harga dia berpatutan. 
Dekat sini mak grab 3 telekung untuk cucu kesayangan yang dah besar tu. Dan aku dapat beli telekung harga 185000 rupiah.

Tengahari tu terus ke hotel untuk checko in dan rehat sebentar sebelum ikut supir untuk jemput trip petang. Flight diorang delay 2 jam jugak la sebab trafic dekat lapangan terbang bandung agak sesak.
Siap kata kapal terbang pusing2 1 jam.

Sementara tunggu mereka. Selfie sikit. haha
Teh botol paling popular dekat indonesia ni. Banyak perisa tau. 

Selesai jemput diorang terus bergerak sekali lagi ke D'Fashion untuk tempah baju kakak aku.
Laju2 juga pilih sebab kedai tu tutup jam 9 malam.

Sebab semua dah lapar, supir bawa kami ke restoran makanan Padang. Kitorang request nak makan di tempat yang halal, bersih, sedap dan tidak terlalu mahal.
Hanya lauk yang korang pilih je akan dibayar.
Sambal hijau dia sedap woo. 
Total untuk makan malam lebih kurang 270000 rupiah.

Sampai bilik terus lena tidur sebab esok pagi nak ke Bandung utara pula. hewhew
Night


Next link  Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 2







Monday, February 8, 2016

Percutian ke Krabi Part 2

Sambungan Percutian ke Krabi Part 1
Day 3: 3 Februari 2016

Pagi ni kitorang plan nak cari sarapan orang aonang ni. So pusing2 jumpa kedai makan halal area masjid juga. Normally orang dekat sini makan pulut. Hahaha memang tak kena dengan tekak aku tapi bolehla merasai kelainan dia. Kuih2 mostly harga die satu 5bath. Aku beli 1 pulut pangang dan 1 lagi karipap. Air kosong suam dekat sini.
Harini kitorang kena checkout dari hotel 3 bees. So kemas barang terus letak beg dekat receptionist. Dan gerak ke Fossils Shell Beach untuk beli barangan cenderamata.
Tips beli barangan cenderamata
1) Area pantai mahal2 belaka tapi banyak pilihan
2) Area masjid: murah sikit dari area pantai
3) Area fossils: murah dari area masjid

Korang bargainlah selagi boleh.
Fossils shell beach ni agak jauh daripada tumpuan pelancong dan perjalanan ambil masa kira2 20 minit macam tu serta serius memang tak ramai orang. So memang banyak juga yang kitorang beli. Macam baju dewasa sehelai 80 bath, fridge magnet 50bath dan baju budak 2 helai 100bath. Yang murah die mestilah cengkerang. haha

Kitorang sempat la singgah ke Tesco Lotus untuk nunu beli kopi jenama Arabian. Katanya sedap. Haha sebab aku bukan penggemar kopi so tak minat sangat nak beli.
Kitorang balik terus cari gerai makan depan balai polis area pantai.
Order makan nasi goreng tomyam 50bath, nasi goreng ayam 50 bath, kuey tiaw pat thai 50bath. Air kosong disediakan free untuk pelanggan.




Haa kat sini famous Pancake Banana Nutella Yaminlah harga 40bath. Sedap dan lain rasa die dari area depan masjid. Dan sebab ramai pelanggan disebabkan penjual itu cantik. Hihihi

Singgah masjid sekejap lepastu stay dekat hotel untuk wifi. Hihi
Pukul 6 petang kami sempat ke pasar malam untuk cari kerabu manggi or mama seafood.
Pusing2 pasar dia dan sangat besar compare pasar batu8.
Dan finally jumpa kerabu manggi harga 50bath. Nak tahu rasa dia? Sedap wei. Banyak isi. Kalau boleh korang cakap less cili sebab kalau die bagi 1 sudu cili memang keluarlah asap daripada telinga korang. Haha
Beli air jus mangga dalam 20bath. Fatima beli buah-buahan tempatan nenas dengan mangga. Kemain. Zu beli seluar untuk adik2 dia. Aku tak ada. Hahaha

Malam gerak ke Krabi Town. Kitorang sampai dalam pukul 8.30 malam.
Sampai hotel terus jalan ke pasar malam beli drumstick 1 ketul15bath, cucuk2 15bath dengan air jus limau 20bath. Paling sedap air jus dia. Without added plain water and less sugar.

Balik hotel makan dan teruz Zzzz


Day 4: 4 Februari 2016

Our last day di Krabi.
Sarapan kami maggi. Kemain lapar pagi2 ni.
Owner hotel kata taxi akan pick up kitorang pukul 10.30 pagi. So tak sempat kemana2.
Sampai hotel habiskan duit yang ada. Sempat la beli maggi. Haha
Finally jam 5 petang sampai KLIA 2.
Yuhuuu rindu Malaysia.

*Terima kasih nunu dan zuzu sebab sudi jaga aku baik2. Hahaha even hp masuk air dan aku tetap tabah. LOL
Yang penting bajet kami RM420 seorang digunakan sebaiknya. Sangat2 budget. Banyak tempat yang kami tak pergi sebab fees dia agak mahal tapi bolehla untuk orang yang 1st time ke luar negeri. Hihi gitu

So korang plan la betul2. InsyaAllah senang je.
Follow ig : @syuhawada for any enquiry

Next ke Bandung, Indonesia pula kita. Wihuuuu

Percutian ke Krabi Part 1

Assalamualaikum
Sementara masih mood bercuti ni masih segar diingatan.

Percutian #bffgateway3.0 ke negara Thailand pula.
Lebih spesifik kami bertiga yang sepatutnya berlima ke Aonang, Krabi

Percutian selama 4 hari 3 malam ni 1st time aku ke luar negeri dan 1st time aku naik belon. Hehe
Disebabkan kami pergi masa peak period so harga normally mahal.

Total bajet setiap seorang
Flight return KL-KRB = RM90 per person
Total hotel di 3 bees hotel Aonang for 2 nights = 2200 bath for 3 person
Guest house di RC krabi towm for 1 night = 350 bath
Total transport :
 1) Airport to hotel = 150bath per person
 2) Scooter for rent = 200bath + petrol 50bath for 24 hours
3) Taxi to Krabi town = 500bath
4) Taxi to airport = 300bath

Total Phi Phi island package = 900bath + 400bath for national park = 1300bath per person included lunch + mineral water

Day 1: 1 Februari 2016
Flight pukul 5.05 pm dan sampai pukul 6.05 pm.
Terus beli tiket bas di kaunter dalam airport dan terus bergerak ke hotel.
Perjalanan dia sangat tenang sebab Krabi masih lagi macam kampung dan yang penting tak jammed okay.. hahaha
Perjalanan daripada airport ke aonang mengambil masa 45 minit.
Kalau naik teksi pun harga sama kalau korang pergi berempat 600bath per car.
Sampai hotel je terus bayar cash and check in.
Oh ya, Thailand ni sejam lewat daripada Malaysia tau. So masa tu agak panjang lah.
Malam tu terus contact hani yang kitorang kenal dalam Group FB Krabi Backpacker dan kitorang jalan agak jauh makan.

Di area gerai depan Masjid Aonang.
Malam tu makan Tom yam seafood Kung 60bath + nasi putih 30bath + Iced tea 20bath, pancake nutella 45bath (bajet tapi bolehla mengenyangkan perut dan yang penting halal)
Balik tu borong air mineral 40bath di seven eleven.

Day 2: 2 Februari 2016
Kitorang tunggu kereta tuk tuk untuk jemput kami depan hotel pukul 8 pagi. Lepastu ada pendaftaran ikut packages mana contohnya Hong Island, 7 island, phi phi island, 4 island dan macam2 lagi. Pilih je sebab setiap package harga yang berbeza. Macam kitorang pilih Phi Phi island sebab itu paling cantik dan jauh. korang boleh la pilih naik longtail boat or naik speed boat.
Dan scenery dia sangat2 cantik.


Tips: Beli waterproof casing untuk phone korang.
Tak perlu bawa makanan dan air mineral sebab korang tak rasa lapar pun.
standby plastik incase mabuk laut macam aku. Hahaha
4.30 petang sampai pantai dan terus dihantar pulang ke hotel.
Siap2 solat jama' lepastu minta orang hotel call untuk sewa motor.

acah

Sekali lagi tips di Krabi wajib sewa motor sebab nanti bosan stay dekat hotel.
Jangan risau dekat krabi ni banyak selfservices petrol pam tepi jalan je. Haha excited kemain.
So malam tu target lagi cari makan still lagi depan masjid nasi paprik 50bath, somtam papaya 50bath
Ronda2 pantai. Survey tempat.
Dan balik hotel terus Zzz

*gambar akan diupdate .
Boleh follow di instagram @syuhawada