Thursday, March 2, 2017

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLANDS 31 DISEMBER 2016 - 2 JANUARI 2017

Assalamualaikum semua..
hihi  bertemu kita kembali untuk cerita jalan-jalan di Malaysia. 
Banyak sebenarnya tempat menarik dekat cameron highland ni cuma nak pergi dengan tak je. 

Lepas kenduri 25/12/2016 kitorang decide untuk pergi honeymoon katanya sambil rehat-rehat cuti berdua kan. 
percutian ke CH selama 3H2M.

Hari Pertama 

1. Bajet 
Minyak pergi balik Klang-CH-Klang : Kereta Alza lebih kurang RM200 (jimat balik sebab turun bukit)
Makan : RM200 
Shopping : RM200
Hotel : RM360 (3H2M pick period)

 Kami bergerak dari klang pukul 10.30 pagi sebab husband budget nak sampai hotel pukul 2 petang.
so relax2 je jalan die.
Ikut jalan Tapah - CH. klang - Tapah : 1H45M Tapah-CH : 2H 
Jalan relax walaupun berliku-liku tapi suami maintain steady.. 

2. Tempat pertama kami singgah nak minum teh di Bharat Tea Cameron Valley

Pemandangan yang cantik dari Tea House. Hujan lebat masa ni

Suami peminat scone. Makan panas2 salut dengan jem strawberri. Memang sedap !

 3. Hillview Inn Cameron Highlands di Tanah Rata 

Kami memilih hotel ni sebab beli masa kebanyakan hotel di brinchang dah sold out semuanya. Tapi view dekat sini sangat menarik dan nyaman. parking kereta pun memang ada disediakan. sarapan disediakan. 


17'c memang sejuk oiii

English house. 

Best. hihi cuma tak ada cattle dengan tv kicik sikit. but kalau nak bercuti bukan duduk bilik je kan. hahaha >.<
 4. Makan Malam Di Nik Ikan Bakar Dan Tom Yam, Pekan Brinchang

Jenuh nak pusing cari nasi memalam ni.
Finally jumpa jugak.


Husband ordered Mee hon Tomyam dan si isteri nasi sup dengan telur dadar.
Total RM25. *kat CH mana ada laut. mahai sikit lah.hihi
 Pusing-pusing pasar malam di Brinchang sambil beli ayam bakar. Sedap!
Jalan-jalan Malam tahun baru di CH. Sesak tapi best!

Hari Kedua 

5. YZ Farm, Taman Sedia

Mari Rasai Scone Terbaik di Cameron Highland. 2 hari berturut kitorang sarapan di sini. 

(GPS : 4.4793501 , 101.3804055)


Scone die lembut sangat dan fresh. Wajib anda cuba. 

Suami memang peminat Scone. Nasib isteri tak tahu buat. haha 
 6. Big Red Strawberry dan Cactus Valley

Senang je nak cari ni. Guna Wazes memang sampai terus. hihi


Strawberry besar

Beli dulu cactus ada yang kirim. hehe

Fresh bau bunga ni. Love

Selfie dulu Laki /Bini 

Konon Diet. Heh Sepinggan RM5 isi sampai puas tapi tak boleh refill.

Yummysss tambah dengan hot chocolate strawberry 
 7. Ladang teh Sungei Palas

the best view yang paling si isteri suka.
Thanks husband !

Gabus sebab nak hujan. 
 8. Ladang Lavender 
Enterence fee RM8

Pusing-pusing tengok bunga purple dekat sini.


husband dan panda tak serupa pun. heh 



both of us 
9. Makan tengahari
Sedap sebab fresh. 

10. Makan Malam di  De Bamboo Steamboat & Grill Taman Sedia Cameron Highlands

Suami plan nak makan mahal sikit sebab ni malam terakhir kami di CH. Disebabkan cuaca yang dingin so kami prefer makan steamboat & grill di De Bamboo. 
Lokasi senang nak cari sebab tepi jalan je. 

Harga untuk RM25/head

Makanan di bab sayur semua fresh. Taste kita bagi 3 bintang.hihi


lauk kami makan. itupun tak habis.
11. Kea Farm
Memalam pergi kea farm cari jagung manis. dapatla beli terus RM70. Kemain >.<

Hari ketiga

12. Sarapan di YZ Farm lagi. 
Haha suami2 kemain dia nak juga makan scone dekat sini. si isteri teringin nak makan strawberry choc. Manis !

berebut dengan suami. huhu

Tudiaaaaa...

13. Shopping lagi Rebung hutan

Hai memang feveret kite la kalau dengan rebung hutan ni. on the way turun tapah tu cari rebung untuk mak. memang feveret kami aih.
orang asli yang jual. Suami pula beli petai.  sedap2...

Okay berakhirlah kisah kami di Cameron Highland.
Semoga menjadi rujukan di masa akan datang. HAHA



:)
Wada

3 comments:

  1. Terliur pulak tengok strawberi coklat tu..huhu. InsyaAllah ada rezeki sampailah ke Cameron lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. sampai cameron memang cari strawberi je sbb manis kan.. turun bawah dah masam..

      Delete
    2. Hii sedap nye! Tak sabar.. Haha

      Delete