Sunday, November 28, 2021

Kenduri Sukarelawan Kubur Meru

Sempena dinner tahunan sukarelawan kubur
Rumah kami jadi tuan rumah. Rezeki ada tanah luas tepi tu. Husband & kawan2 gigihla mesin rumput & trim rumput bagi pendek. 

Pasang juga khemah hari jumaat pagi dah naik. Mujur belum keluar rumah lagi sebab nak beli botless rack dengan date dengan mak ke ikea. 

Walaupun tuan rumah tak banyak kerja nak merewang tapi banyak benda nak kemas rumah. 
Mana yang sakit mata tu kita kasi clear. Masih lagi belajar mengemas rumah bagi cantik dan kemas. Mak mertua pun dah tolong basuhkan cadar & lapik bantal. Walaupun tetamu tak da pun masuk bilik2, kecuali tumpang solat bagi yang perempuan. Yang lelaki solat di surau darul akhyar sebelah rumah je. 

Hari sabtu tengahari tak tahu nak masak apa, ada daging jadi try la masak kari daging takda santan. Alhamdulillah menjadi. Seronok la husband kita. Wee tapi tetap tak boleh lawan kari mak mertua. Itu lagi marvelous weiii. 
sambil makan sambil layan karaoke. 

Malam sabtu.... Upacara yang ditungu tunggu. 
Anggaran tetamu 200 orang. 
Lauk semua catering yang diuruskan oleh haji mat : nasi putih, lemak nenas, keli kencur, ayam goreng berempah, ulam2, telur masin & sambal belacan
Ada kambing bakar, sosej 
Air : teh tarik, air sirap, air oren & air tebu manis 
Dessert: buah2 tembikai, dgn jambu batu 
ummi beli creampuff dekat cikgu esah dengan buah mata kucing 
Ada juga orang bawa macam2
(Tuan rumah makan kena cover 🤣)

Upacara tahlil
Makan2
Penyampaian hadiah buat sukarelawan kubur

Ramai juga yang join jadi sukarelawan kubur
Kebanyakan diorang ni potong rumput hari weekend. Ada juga buat kerja2 lain, potong pokok2 besar, gali kubur. macam2 aktiviti diorang ni. Jadilah drpd xbuat apa dekat rumah. 

Alhamdulillah settle majlis.
Maaf kalau ada yang terkurang ya. Tahun depan boleh buat lagi dekat sini. Hihi

Kitorang laki bini kan dah biasa dengan ramai2 orang ni. Suka tau sebab kaknong cakap tetamu ni datang bawa rezeki, balik diorang bawa semua yang -ve benda2 yang ada macam haiwan2 yang berbisa.