Monday, August 13, 2018

PENGALAMAN BERSALIN


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi atas anugerah anak lelaki kami.

Anugerah yang kami suami isteri tunggu-tunggu
Semoga hadiah ini menjadi amanah untuk kami berdua jaga sebaiknya.

Meh la ummi nak cerita tanda-tanda sebelum si kecil ni lahir.

23.05.2018 - Rabu

Bulan puasa ni kononla kan nak puasa penuh sebenarnya.. selalu masa otw ke office, baby dalam perut akan gerak2.. tapi sampai ke ofis rasa baby kurang gerak. 

Terus Whatsapp my sister tanya nak kena buat apa bagi baby gerak? 
Dia cakap p buka pose. huhu
demi baby ku gagahi jua minum air kosong + ada biskut sebungkus kecik dalam beg. huhu nasibla
tapi after makan still kurang tapi still maintain monitor berapa kerap mengeras dia.

24.05.2018 - Khamis

Lepas sahur baring-baring relax tapi perut still lagi rasa tak sedap,
Cakap dengan husband nanti kite pergi hospital ye checkup.
Dan whatsapp group company tak datang office dan semua macam terkejut sebab semalam okay je masa kat office. Haha depa tak tau hati debar semalam. 

Sebelum gerak ke hospital shah alam pukul 12.30 tengahari, niat dihati ingin berbuka puasa dengan air zam zam seteguk dan niat itu diteruskan.

Sampai di PAC daftar nama tunggu dekat dalam.
Ada la dalam 3 orang nurse sebab waktu lunch kan,
Patient pun tak ramai, ada dalam 3 orang.

Nurse panggil untuk IV dan suruh baring untuk check CTG.

Nurse pasang CTG then bacaan mula2 130 so okay la.
Bila check CTG ni akan tidak selesa sebab macam pakai tali pinggang then kena baring terlentang. Memang tak selesa sangat.
Aku pun gerak la mengiring ke kiri.

Tetiba…

Bacaan CTG drop 130 97 86 67
Terus nurse jerit panggil Dr.
Dr pun terus je seluk check berapa bukaan dan bukaan masih 1 cm soft.

Dr tanya kamu ada makan @ minum apa-apa ke? Macam air selusuh ke air zam zam ke
Aku pun jawabla saya minum air zam zam seteguk je nak batalkan puasa saya.
Keadaan masa tu kelam kabut sangat. Tapi aku cuba untuk cool je sebab tak rasa sakit.

Pukul 2 petang aku di bawa ke Labour Room dan suami masa tu tunggu dekat luar telah diberitahu oleh staff nurse.

Labour room di HAS sangat selesa sebab bilik besar dan seorang diri.
Dalam tu aku ditemani oleh seorang staff nurse dan seorang bidan.
Alhamdulillah mereka sangat baik melayan kerenah aku.

Alhamdulillah bacaan CTG baik 130 up and down.
Around 2.30petang Dr datang check dan pecahkan air ketuban guna alat yang Panjang macam lidi Cuma tetiba rasa air keluar siap tanya saya kencing ke Dr?
Haha noob je rasa. Dr induce masukkan air nak bagi bukaan cepat.

Setiap kali contraction datang, nurse datang genggam tangan. Nurse cakap kalau tak tahan sangat boleh minta ubat tahan sakit.
Aku tanya la selalunya kalau induce berapa cepat bukaan tu, then die explain selalunya 1 jam 1 cm, expectation aku dalam pukul 9 malam boleh la beranak dan ubat tahan sakit pun dah habis. Mintak la ubat tahan sakit dalam 3.30 petang yang dicucuk di atas punggung.

Dan bermula la episode aku mengantuk, staf nurse bagi tazkirah sambil aku dalam keadaan sangat mengantuk, Nurse cakap kalau nak minum air selusuh ke air anugerah ke air zam zam minum masa bukaan dah 9-10cm bukan awal sebab nanti baby stress nak keluar. Sangat bahaya untuk baby sebab laluan dia belum terbuka tapi baby dah stress nak keluar.

Pukul 5.30 husband cakap nak keluar solat asar kejap. Then aku yang tengah mengantuk pun okay je la.
Sedar dari tidur pukul 5.50 rasa nak terberak dan bagitau nurse, nurse cakap “subhanallah dan bukak 9 cm dah dik” nak teran ke nak tunggu suami?
Aku pun cakap teran je la.

Dengan keadaan aku yang masih lalai mengantuk, tak terasa sakit langsung, tak de rasa nak meneran.
Dekat setengah jam dok push je tapi still tak boleh, tak pandai nak kawal pernafasan. Sampai aku genggam tangan nurse pun tak Berjaya sampai cakap nurse saya tak boleh push, mengantuk sangat ni. Husband pun tolong bagi air kosong dengan sapu air dekat muka bagi hilang ngantuk dan segar sikit.

Around pukul 6.40 petang, finally, Dr dah ready untuk tolong aku beranak, dia cakap ibu push ibu, kepala baby dah nampak, cepat semua orang nak berbuka ni.

Alhamdulillah berkat pertolongan Allah, team Dr2 & nurse serta suami disisi tepat jam 6.50 petang, lahirlah seorang bayi lelaki yang dinanti-nantikan oleh kami serta seluruh keluarga.

Pengalaman kena episiotomy (jahit miss V) yang banyak sebab Dr tolong keluarkan si kecil itu. Huhu lama jugak dekat sejam Dr praktikal tu buat nasib baik tak de rasa apa. Cuma ngilu sehingga ke hari ini rasa dia. Hukhuk

Hidung ummi, bibir abi tapi banyak muka ummi la sebabkan baby boy. hihi

Muhammad Ali Iskandar Bin Mohammad Hannis
24.Mei.2018 - Rabu
SVD (normal)
6.50 petang
39w1d

Abi tengah azankan Ali sambil suara macam teresak. huhu
 okay cukupla. 
nanti share pasal baby jaundice pula. huhu

doakan muhammad ali iskandar membesar dengan sihat. 

ameen..