Sunday, December 6, 2015

Cara menyimpan duit bagi pelajar

Assalamualaikum.
Hee gatal tangan nak menaip memalam ni.

Actually as student paling susah nak simpan duit lagi2 yang fully guna duit daripada biasiswa atau pinjaman tanpa dapat duit belanja daripada family. (ye tak semua orang mampu) bertambah lagi keadaan kegawatan ekonomi sekarang macam mana.

Cara aku paling senang aku nak buat ialah aku wajibkan diri untuk simpan duit syiling dalam tabung(tak ada tabung spesifik,jadi simpan dalam bekas recycle) hihi asal boleh.

Even baki RM0.90 pun aku simpan juga. Kalau makcik cafe tu tanya ada duit syiling tak? Aku pun cakap tak ada. Memang selalu balik bilik je tak ada kerja lain nak buat kira duit. Aimaklumlah budak akaun memang macam ni. Ahaha

Haa gini la rupanya untuk semester baru ni


 Ada duit kertas tu lebih2 kalau rasa nak simpan duit kertas. Duit syiling semester sebelum ni pun ada lagi sayang kita nak tukar duit kertas. Pesanan ringkas: kalau nak tukar duit syiling sila tukar dekat kedai runcit dan pastikan korang dah label siap2 supaya senang orang kedai nak kira balik. Kenapa tak dekat mesin bank? Sebab selalu duit syiling yang rosak ke sumbing ke dia takkan detect. So rugi la korang (akaun student) hahaha

Mana tahu duit yang korang simpan ni boleh tolong korang bila sesak2 ke lagi2 hujung2 semester. Takkan makan maggi je kan. Sekurang2nya dapatla makan nasi dengan teluq. Syukur dah sangat kan :)

Semoga dapat amalkan cara ni sampai bila2 sebab kita tak tahu masa depan kita macamana.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hihi

Selamat malam semua.
Doakan sentiasa ditambahkan rezeki yang banyak. InsyaAllah
:)

Friday, December 4, 2015

How we met

Assalamualaikum .. hikss

Disebabkan perancangan  +-365 hari lagi (Over tau nak cerita sekarang)
hahaha
bagi can k :P

Cerita biasa-biasa je. tak de lah jumpa lepastu terlanggar dan terjatuh cinta.
haha mestilah bukan

Sebabkan ramai tanya macamana dan kenapa dengan Hannis(kengkawan panggil waksam tapi disebabkan dia kenalkan diri sebagai Hannis so sampai sekarang tetap Hannis kite :P)

Masa aku intern dekat EY kot dalam bulan 3 tahun 2015 (masih dalam tahun ni)
Ira faten Izzaty aka my bestfriend since sekolah tanya la ada orang nak berkenan (i was ewww pelis lah kite tak nak sebab tak pernah orang approach kita dan tetibe ada yang approach -,-)
Puas dipujuk boleh ke tak bagi my num dekat hannis ni, my answer masa tu, hmm kawan jela.

11 March 2015 at 5 pm (memory aku kuat tau)
Hannis whatsapp aku padahal masa tu aku dah tau unknown number tu sapa tapi sebelum dia whatsapp tu dia add friend dekat FB. haha kemain lagi

Mula2 whatsapp tu aku curious sangat asal dia ni nak sangat kawan dengan aku, padahal aku ni nothing kot (eceh -,-) *ni mesti ira dengan ijol(abang ira) berkomplot gula2 kan si hannis ni.

Apa yang buat aku terkesan untuk aku pilih dia sebab effort dia, dia sungguh nak jumpa my parent sebab dia rasa nak ada tanggungjawab. Sebab dia rasa dah tiba masa dia untuk ada 1 happy family. Even umur kitorang jarak 5 tahun, even dia ni sekelas dengan kakak aku (baya) dan even mak dia dengan mak aku sekelas juga masa darjah 1. (hahahahaha OMG) tapi aku tak pernah pun kenal dia.

Dan aku cakap je aku ada kawan masa tu. yes i admit sebab kalau menipu pun tak ada guna. I told him everything dan dia lelaki yang tak cepat melatah compare dengan aku ibarat langit dengan bumi.

Before aku bagi dia jumpa parent aku tu, aku discuss dengan akak aku (kak elis) sebab masa intern kan stay dengan kakak aku. nasihat dia yang aku sentap " Pilihlah lelaki yang approach dan suka kita lebih daripada kita suka" (kesalahan yang aku buat sebelum2 ni) dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kitorang.

Dia jumpa family aku, dan aku jumpa family dia.
dan
Family jumpa family *Love*

now everything look okay. Even selalu cikwada buat drama sinetron, maka si dia akan buat tak tahu je. (acah malas nak layan kita la tu)
perancangan dan persiapan masih berlangsung.
simpanan duit masih perlu diteruskan even aku masih lagi student.
habis degree insyaAllah bulan 6 dan aku akan terus je kerja apa2 yang boleh aku buat untuk persiapan di masa hadapan nanti.

Doakan yang terbaik
InsyaAllah ada rezeki untuk semua .*hug*


*p/s:  Ira will be marry next week (12/12/2015) with Fathan dan diorang kawan since Form 5 kot! i'm super happy with them. Semoga kekal selamanya. Dipermudahkan urusan bersama bermula berdua hingga endless :) Love you ira ^^