cikwada dah selamat bergelar Puan Syuhada.
Alhamdulillah dah 4 bulan dah dan masih belajar jadi seorang isteri.
Okaylah kita focus kepada majlis pernikahan #HWjournal ye.
Persiapan yang serba sederhana tapi bagi cikwada amat meriah sebab bonding hanya untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja. hihi
Pelamin
Untuk pelamin ni under budget sebab kalau boleh taknak membazir sangat. just nice untuk aku sebab harga RM250 pasang sendiri. Masa tu tunang ceq p ambil dekat selayang. haii jenuhh
alah comey je duduk pun tersipu malu. hikss
Berinai
Inai pun tak sempat nak petik daun inai buat sendiri. Kita beli online dekat Instagram je ha Inai celup ramai2 dengan anak2 buah kita. layannnn
haa sebelum bakal pengantin tidur berinai le kite dulu.
Hantaran kepada pihak pengantin lelaki
9 dulang vs 7 dulang .
1. Idaman hati PS4
2. Kawan kite zue belanja buah-buahan.hihi
3. Sling beg - beli masa dekat Bandung.
4. Jean shirt
5. Sireh daripada nana ! macehhh
6. Perfume. Sedap bau dieeee
yang ni hantaran daripada pihak lelaki.
Rewang
Perkara paling wajib untuk kenduri orang jawa.
Terima kasih makcik2 masak sedap2 semua.
rewanggg
Make up
Make up nikah kite paling suka tau sebab macam nice2 gitu. ini pun last minutes dapat mak andam.
thanks nana & zue gigih cari kan mak andam.
Ni nadja buatkan. aku request untuk bunga tangan artifical sebab boleh simpan sebagai kenangan.. maceh jaja !
Nikah
Acara yang dinanti-nantikan. mengikut jadual dengan tok imam kami bernikah jam 2 petang iaitu selepas zohor. Ingatkan masa sampai masjid At-Taqwa Bukit Kapar ada 2 pengantin. Rupanya rombongan lelaki sangat ramai. Diluar jangkaan jugaklah. Kesian orang rewang kelam kabut siapkan hidangan untuk tetamu.