Thursday, January 25, 2018

PENANG TRIP 2018

Assalamualaikum. 
Mak buyong berjalan jauh kalini tanpa ditemani suami 
Terima kasih my husband sebab bagi kebenaran untuk keluar dengan kawan-kawan kite. 
walaupun pelbagai la pesanan yang disampaikan. haha

Kenapa Penang lagi?
Sebab birthday girl yang teringin nak p tapi tak jadi p. 
Kalau tidak, ingat nak ke negeri Pahang. 
Takpa rezeki bulan 2 p Pahang pula. insyaAllah. 

Kami berempat (aku, nadja, farhana & zulaikha) yang sepatutnya Fatima join tapi bos dia buat hal tak dapatlah dia join. (sedih je orang tu :P) 
Gerak dari Bukit Kapar Jam 9.15 malam. Nadja drive dan i jadi co-driver. 
Should be malam tu tidur rumah kakak fatima, tapi since dia tak jadi join, malam tu masa on the way ke Ipoh terus cari Hotel budget. 
Dekat area town dapat cari di Agoda RM72 untuk 4 orang. Katil pun ada 2 queen. Memang selesa. 
Sampai di Hotel Lotte jam 12.30 malam. sampai je terus rehatkan diri sebab esok paginya kami akan gerak awal untuk bersarapan dan ke Penang. 

Sabtu 20.1.2018
Jam 7.30 pagi kami check-out dan direct bersarapan di Restoran New Holly Wood di Jalan Lee Kwee Foh. Walaupun mula-mula agak was-was nak makan situ tapi sebab ramai juga penjual Melayu so yakin la untuk makan. Banyak gerai-gerai pilihan hati untuk makan apa pagi tu. Aku dengan nana nak makan Chee Cheong Fun. Kuey tiaw memang diorang homemade sendiri sebab ada inti samada nak ayam atau udang. Sangat lembut dan rasa dia balance bila makan dengan kuah sup soy souce dan sambal merah dia. Rasa macam tak cukup je makan. >.< 
Nadja makan mee wantan goreng dan zu makan kuey tiaw goreng. Both rasa dia so-so bagi aku. Cuma sup wantan nadja tu sedap. rasa die simple je. I loike. 


Menu Sarapan kami pagi sabtu. 
Around pukul 8.45 pagi kami start perjalanan ke Penang pula. Perjalanan sangat smooth dan orang belakang kalau bosan memang karoke la kerja diorang. Diselang-selikan dengan gosip terkini. hihi

Sampai Penang terus direct ke Penang Hill. Around 10.45 pagi sampai. Ingatkan tak ramai orang. Sekali ramai sangat -,-
nak tunggu turn naik keretapi dia pun dekat 2 jam.
Nasib masih boleh sabar lagi. layankan je la..


Sampai atas tengok orang turun pun beratur. huhu
So kena makan kenyang-kenyang atas ni. haha
Kaki den memang dah lenguh habis. layan kan je.
ada saja orang kacau gambar kami. heh
Ni gambar dekat rooftop. Tempat baru untuk snap gambar. 
Sampai Penang Hill wajib la makan segala ice cream ke ice blend ke mango split ke.
Memang dah plan dgn zu nak sambut birthday nana dekat atas tu.
So kitorang beli mango choc split dengan deko semua dah beli siap2 kt klang.
Simpan dalam beg :D

Kemain replika dia sangat menarik jiwa


Ni la yang kitorang beli untuk makan sesama. Harga RM10

Happy Birthday Nana ! Semoga impian kahwin tahun ni tercapai. Ameen :)

Saya memilih untuk makan nasi sebab memang dah time untuk makan. Nasi Ayam RM7 

Me and 6 months. :) Semua cakap perut kite ticik. hihi I diet K :P
Settle makan & pusing-pusing kt penang hill. Masa untuk turun dan cari nasi kandar. 

Aku decide untuk ke Hameediyah sebab kedai dia bersih dah selesa. Compare yang lain kena lagi beratur. Ingatkan nak parking depan kedai tu tapi since ada Majlis Perbandaran Penang yang dah start clamp tayar, so kitorang jalan ke depan sikit ada kawasan parking berbayar RM5 per entry. Boleh la daripada kena clamp lagi haru nak membayarnya. 

Aku macam biasa nak nasi putih, kuah campur, ayam goreng dengan sayur bendi. 
Diorang ada ambik nasi beriani dengan ayam madu. 
Portion nasi dia tak de la banyak sangat. Standard untuk seorang makan bagi 1 pinggan. 
Memang licin sebab masih lapar. haha 
Dapat pula makan dengan papadom memang layan la kan. 
Bagi aku Nasi kandar dekat penang tetap tak sama rasa dia dengan dekat area klang or setia alam. 
Kuah dia tetap rasa lain. hihi
Tengok gambar pun rasa teringin lagi. hihi
Lepas je makan terus ke Chulia Heritage Hotel di Lebuh Chulia.
Suka hotel ni sebab ada parking then environment dia macam hotel mewah la.
Semalam dekat agoda RM227.

tak sempat nak ambil gambar proper. hihi
Sampai bilik terus baring. memang kaki aku dah bengkak. kena bebel dengan husband .. huhu
habis ni 1st time bengkak teruk kot maybe sebab berdiri lama masa nak tunggu nak keretapi dekat penang hill.

So planning nak ke Avatar Secret Garden tapi baca komen macam aku tak dibenarkan untuk pergi.
Cantik memang la tapi takut pula. Maybe next time boleh la kalau nak pergi.

Terus bawa dinner ke Persiaran Gurney.
Macam biasa order Pasembuq. Suruh diorang yang ambik. murah RM28 je. selalu ambik macam-macam sampai RM40. bagus juga jimat tapi tula makan berempat pun tak habis juga. Ummi teringin kangkung sotong dia. aumm sedap RM10 sepinggan.

ingatkan malam tu nak ronda Penang tapi mak buyong memang dah flat habis.
Ajak diorang balik hotel, sampai hotel terus ZZzzzz

tempting kannnn.
Ahad 21.1.2018
Pagi ni kami bersarapan di Roti Canai Gemas Road, Sabar Menanti.
hahaha
Roti telur dia sedapppp.. Cuma roti canai cheese die pelik sikit sebab actually dia roti canai biasa tapi tambah atas die letak cheese. haha punya la mudah kerja dia.
Kuah kalau nak campur pedas sikit compare yang asing.
apepun puas hati makan sini.

Datang lambat xde tempat duduk :P

yang banjir-banjir tu ummi punye dengan auntie nana :)

Muka pagian sangat ni without mandi + make up  :P

habis breakfast aku decide bawa diorang ke Penang Street art. Memandangkan masa tu masih awal dah tak de orang pun . So kitorang decided nak naik beskal.
Malas nak jalan jauh-jauh sebab penat semalam pun tak habis lagi. 
Diorang tak bagi eden bawa basikal so cari basikal yang duduk belakang. 
Kawtim harga dapat sejam RM15 drpd RM20 .. lagi 1 basikal biasa dapat RM5 daripada RM7 .. 
Sebab kami 1st customer kan. Rezeki kitorang la tu. hihi 

Terima kasih zu sudi bawa aku. dah rasa macam berat sangat aih.
tetiba harini rasa gems dah 

ada tourist ambikkan gambar kitorang lawa. hihi

kasi rondaaa 
kedai souvenir handmade.  

dapat beli fridge magnet cantik. 
rasa haus dah cari souvenir nak air. ada express mart.

fruit ice-cream RM7
Dah selesai ronda street art. Kami pulang ke Hotel.
siap-siap untuk checkout.

pukul 12 checkout then cari kedai laksa + cendol
Wazes Penang Road Famous Teochew Chendul
Sedap laksa dia. tambah makan dengan cendul. 
Yummyy

Jangan Telan air liur ! 

Fried Dumpling. Sedap juga !


Percutian kalini memang best. 
Sebab 1st time keluar jauh dengan member-member. 
lepasni dah keluar si kecik ni, bile lagi la nak merasa. 
Terima kasih korang sudi layan mak buyong elok-elok. 

So gambar last kite masukkan total belanja kitorang. 
Belanja tak termasuk dengan souvenir  + jeruk2. 

Still under budget. best! 


Ada rezeki jumpa lagi :)



Sunday, January 21, 2018

FAMILY DAY MELAKA SHOHARI CLAN 2017 PART 1

Assalamualaikum. 
bersiaran kita lagi dengan family day shohari clan tahun 2017. 
Pemilihan tempat penginapan diuruskan oleh kak anum & abg rizal
Pengurusan games semestinya cikwada & cikanis 

Setahun dah pemilihan tempat kemana kami akan pergi. 
Walaupun last minutes owner villa di Melaka cancelkan booking
Gigih juga la tukang mencari homestay kat mana nak stay. 

So jumpa juga homestay berdekatan dengan bayou lagoon & gold cost melaka. 
Best sebab homestay ni dekat dengan pool tu. 
Cuma, walaupun homestay ni ada 3 bilik dan 2 bilik air tapi die xdapat muatkan untuk lebih 50 orang. So kak anum dgn abg rizal on the spot cari another homestay untuk 3 family. 
Kedai nak beli bahan basah & runcit pun dekat so dapat jimat mana. 


 Sebelum hari kejadian. masing-masing sibuk buat persiapan. beli bahan kering & bahan basah (Sayur) untuk masakan sepanjang 3 hari tersebut.

Sabtu 23.12.2017
Seawal 8 pagi kami dah gerak. Perjalanan smooth je maybe sebab masih awal dan orang belum nak keluar lagi.
1st check point kami adalah di Pantai Dayang, PD.
Untuk bersarapan pagi dan mengunjungi muzium tentera di Lukut.


 Perjalanan ke PD yang dapat join sekali 4 family termasuk mak.
so gigih juga la cikwada bangun pukul 5.30 pagi goreng ayam segera dengan nugget.
kak anum masak lauk bermacam-macam untuk lunch dan kak elis bawa roti sosej & macaroni goreng.
Semua sedap sebab lapar.
Lepastu diorang jalan ke Pulau Burung nak snap gambar. cikwada duduk je. malas nak jalan-jalan. haha

Seterusnya kami ke Muzium Tentera di Lukut.
Bawa budak-budak ni tengok sejarah.
Last pergi 5 years back masa tu arwah abah ada lagi.
Mengimbau kenangan la. huhu

Sekarang dah boleh naik kapal yang ada dekat situ.
Ada staff yang jaga dan ada box disediakan untuk sumbangan ikhlas.

Kemain budak-budak ni enjoy duduk dalam tu. 

Cikanis pun ada kurangnya nak juga join sekali. 

Tengok tu budak banyak mulut kemain berani lagi nak naik kapal udara. 
 Around sejam lebih kami dekat sini.  Ada lorong bawah tanah untuk merasai macamana tentera dulu duduk situ. rasa macam tak cukup nafas je. maybe sebab ruang udara dan oksigen yang kurang.
Tapi pengalaman yang menarik untuk kami semua. hihi

family photo
pukul 12.30 tengahari kami keluar untuk destinasi seterusnya iaitu Melaka.

yeahh
here we goooo