Sunday, November 12, 2017

Pregnancy Journey : 1st Scan Baby


Hi Assalamualaikum semua, 
last week tetiba rasa nak buat scan baby. 
sebabnya rasa tak selesa di bahagian bawah perut. 
rasa sakit-sakit. huhu

balik otw ke rumah call Klinik Adibah untuk tanya bila boleh scan. 
then sampai rumah ambik husband terus ke klinik.

disebabkan pernah ada pengalaman before this nak scan tapi doktor tak bagi scan sebab masa tu baru 6 weeks belum nampak apa, then this time kitorang pergi lepas 10 weeks. 

syukur Alhamdulillah baby dah start gerakkan badan, tangan & kaki dia. 
Alah mak dia yang over rasa nak nangis. 
doktor cakap disebabkan ni 1st pregnant, normally akan rasa baby gerak masa 20 weeks nanti. 
alahai tak sabar kite. 

nah kite belanja scan baby. doktor cakap perkembangan baby sama dengan week kandungan. 
Alhamdulillah semoga baby baik-baik je. 

tengah main bola ke tengah menari tu? ewah
berkenaan dengan Alahan, Alhamdulillah alahan aku sangat kurang. 
rasa loya ke mabuk ada cuma kadang-kadang
makan still maintain cuma tak boleh nak makan banyak. 
nurse KK pun suruh maintain consume Folid acid dan minum susu (lazz + kurma)
lain-lain kalau ada buah makan la. 
untuk aku yang jenis kadang-kadang je membuang memang kena makan pisang selalu. jadi ia sangat membantu. 
lain-lain tu jangan stress ( aku kalau stress jadi pening kepala yakmat) so try to avoid . 
banyakkan rehat. nak jalan lama pun malas. haha 

okay itu sahaja setakat ni. 
nanti kite cerita lain. 

doakan si kecil ni membesar dengan sihat & sempurna. 
ameen :)





Pregnancy Journey : 1st Checkup buka buku pink

Assalamualaikum.

My 1st trimester will end this wednesday !
Alhamdulillah semoga perjalanan ini sentiasa dipermudahkanNya.

so masa dah 10 weeks decided untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan.
Since klinik kesihatan Meru ada buat renovation, kena pegi Klinik Desa Jalan Kopi.
syarat kena daftar berdasarkan alamat rumah + no rumah tak silap.

so husband and me apply cuti hari rabu untuk settlekan semua.
gigih pukul 7.30 dah terpacak di KK
tanya nurse dekat kaunter boleh tak buka buku harini?
then die cakap tak boleh sebab tak buat blood test. kena datang hari khamis katanya
so cuti hari rabu sia2. huhu T_T

hari khamis cakap dengan bos masuk lambat sebab tak settle lagi kes semalam.

dokumen kena bawa
1) IC original
2) sijil nikah Original
3) bil air/elektrik untuk pastikan alamat rumah betul

lama juga la nurse temuramah
dari pukul 8-9.30 baru settle

lepas KK kena pergi check gigi. terus shot ke Klinik Gigi belakang KK meru
pukul 10.15 dah settle.

terus sampai office pukul 11.30.
agak memenatkan sebab rushing.

moral dia sebelum nak buat buku kena confirmkan dengan KK bila hari yang boleh buat semua sekali dalam hari yang sama.

:)


Thursday, October 12, 2017

PERJALANAN SEPANJANG TTC

Assalamualaikum.
lama tak bercerita kat sini. hihi

Alhamdulillah lepas cerita keguguran tahun 2016
jadi 2017 start dengan Try To Conceive (TTC) or nak hamil la.. gituu

so step pertama yang kena buat adalah buat research
banyak dah blog or other website yang share about this.

aku mulakan pembelian untuk OPK
sejenis alat yang guna untuk check LH kita tinggi atau rendah.
kalau tinggi maksudnya waktu itu tengah subur.


atau 


recommendation mana yang okay. strip OPK dari Deaifa lagi lebar dan senang nak nampak haa. jelas la nak tengoknya 
kalau yang OPK murah 80 sen tu seller die sangat tegas tapi buat kite lagi faham bila waktu sesuai kena guna OPK. 3 hari berturut tau check pukul 11 pagi, 2 petang dengan 7 petang. die siap printkan jadual untuk keep track OPK kite hari2. 

guna OPK ni mungkin sedikit penat sebab kena puasa 2-3 jam sebelum check untuk pastikan resultnya jelas. 
tak boleh juga nak kata hari ke-14 kite mesti subur. 
sebab aku pernah je hari ke-25 baru subur. pergh ingatkan time tu ngandung tapi subur rupanya. huhu
lepas aritu baru sedar -,-

sebab itu nak guna OPK ni kena sabar. 
enjoy je. kalau tak berjaya cuba lagi bulan seterusnya. 

mengikut pengalaman aku yang TTC hampir setahun ni. 
meh share sikit apa yang kite boleh buat as ikhtiar untuk hamil. 

1) pastikan period regular or mesti kena keluar everymonth.

2) amalkan acid folid hari2. ada je dekat caring farmasi RM8.50 100 biji . kalau jenama appeton mahal sikit tapi sama je fungsi dia. boleh suruh laki hang makan juga. kena sama2 k

3) amalkan susu kambing. aku beli lazz kambing + kurma

tak ada bau hamis. sekotak kalau xsilap RM40 kot
3) guna OPK strip
dakwat pen pun dah segan nak hidup. hehehe


5) korang boleh tahu bile korang subur akan keluar cecair jernih & miss v akan rasa lembab je dalam 2 hari. haa masa tu kena BD sungguh2 dalam 3 hari berturut atau selang.

Image result for cecair semasa subur


6) rezeki anak tu tuhan bagi. aku pernah minta dulu bila dah stabil baru nak anak. huhu
jadi korang jangan sama sekali niat macam tu. huhu ingat anak tu pemberi rezeki

7) jangan stress2 itu paling penting. enjoy your life. sementara masih berdua ni pergila mana2 bersama sebab ada anak kecil nanti terhad pergerakan kite kan.

8) kalau ada kelapangan buat pemeriksaan Pap smear. p check laman web LPPKN ada promosi. alah masukkan mulut itik tu ja. huhu sekurang-kurangnya bila kite dah check kesihatan kita baru kite tahu apa step yang kite patut buat seterusnya kan. haa gitu

itu saja. 
doakan si kecil ini membesar dan lahir dengan sempurna serta semua yang baik untuknya. 

berusaha sentiasa insyaAllah ada ganjaran daripadaNYA :)




Wednesday, September 27, 2017

#HWanniversary at Penang 2D1N PART 2

AHAD
pagi-pagi ajak my sister cari sarapan memandangkan yang lain masih diulit mimpi.
cari roti canai road transfer.
meriah ramai orang tau.
tapi rate kat sini eden bagi biasa je.
haha
entah maybe pernah makan roti canai yang lagi lembut.
harga die kalau roti canai biasa singgit tapi kalau ada ayam sampai RM7 .

hamboi makcik 

roti goyang inul eh

roti canai dia. liat2 gitu, biasa je

baby-baby yang follow 

ada je tukang masuk dalam gambar ni. 
kami lunch ke Hameediyah Restaurant.
Ingatkan nak ke Deen Dekat Jelutong tapi macam jauh je.
so decide dekat town je la.
sedap juga. harga pun okay la kot.
Total makan RM120 untuk 8 orang.

nasi beriyani die sedap. yang penting tempat bersih
after lunch teruskan perjalanan ke bukit bendera
gaduh dengan orang kaunter sebab mak tertinggal ic.
nak juga pulak tu.
so salah sendiri lupa nak ingatkan kena bawa ic.

kemain angah berani dia. 
disebabkan dah lama tak naik bukit bendera.
dah cantik macam2 ada.

abaikan orang belakang tu. hahaha 

Add caption


sesi wajib makan kat sini adalah abc die.
memang kena dengan cuaca yang super panas.


sweet sour, manggo, lai chi kang

susah betul nak ambik gambar helok. >.<


thanks you joined kami

kemain yang depan tu. 
turun daripada bukit bendera siap2 dekat masjid negeri
singgah beli jeruk pakli.
memang borong banyak.

apapun holiday kali ni relax2 je.
happy-happy
moga ada rezeki mana tahu babymoon pula ke.
doakan semuanya selamat ye :)


Tuesday, September 26, 2017

#HWanniversary at Penang 2D1N

Alhamdulillah dah genap setahun dah perkahwinan kami 17/9/2017
masih baby lagi baru nak belajar bertatih dalam mengharungi alam rumah tangga. 

so planning kami kira nak honeymoon la. 
tapi honeymoon reramai. 
ingatkan nak roadtrip perak je tapi husband ajak ke penang nak makan dekat penang, ceh 
bini on je. 

jumaat malam gerak meru-tapah
tidur rumah my sister pastinya sebab dah lama nak jalan tapah. 

cikanis bawa iman tengok baby kambing. haha
Sabtu 16/9/2017
gerak ke penang pukul 11 pagi
dah lewat juga tapi kitorang saja nak santai2
jalan pun clear je sebab penang xramai yang datang.
ada banjir dekat area ayer hitam.

pukul 1.15 sampai penang terus ke hameed pata special mee.
as usual mee sotong dekat sini paling terbaik




besar RM7 kecik RM5 dengan makan abc + coconut shake. 
tempat makan mee sotong. 
lepas makan tengahari terus ke Ar-raudah suites & hotel terletak dekat dengan street art.
kami booked suite apartment.
booked dekat agoda RM288 dan deposit RM50

macam berek polis pun ada 
okay layan la suite kami ni. hihihi




katil single. haha sejuk la tidur sini



rehat-rehat pukul 4 petang kami keluar jalan2 tengok apa yang ada. 
rupanya dekat dengan nasi kandar beratur & street art. 

terus ajak laki kami sewa basikal 
kalau single RM7/2hour & double RM15/2hour 

rasa tak sanggup pula nak suruh laki kami bawa kami. haha
memang kayuh sendiri la jawabnya sampai peluh2















ni kedai sewa beskal
di sebabkan macam famous je iceball ni.
so kite pun try la ambik perisa sarsi
tapi hmm takminat kot nasib la sebiji RM3 je.
susah nak makan. >.<





dekat street art tu ada orang lukis2. sangat kreatif.


muzium batik




muzium camera

before balik tu ada taman muzik.
mula2 lalu memang xde apa2 bila balik lalu ada student2 art dekat sini

ada la dalam sejam kitorang layan
memang merdu

taman ni depan bangunan Georgetown heritage




selfie semestinya
 pukul 8 malam semua dah sampai.
member husband & kakak yg shot dari cameron.
bawa diorang ke gurney drive untuk melayan makanan popular.
pasemboq
memang penuh malam tu dengan manusia.


pasemboq dia kite bagi A+

sotong kangkong. yum yum
sebelum balik round penang. lepak dekat padang kota lama sampai ngantuk
esok sambung na

banyak tempat nak jalan lagi.hihi