Wednesday, July 24, 2019

CARA BERCAKAP DENGAN ANAK

BERAPA MINIT BERCAKAP DENGAN ANAK SEHARI?

Kajian di United Kingdom pada tahun 2017 ke atas 2000 ibubapa yang mempunyai anak berusia 4-16 tahun mendapati:
Walaupun ibubapa berada bersama dengan anak selama 8 jam sehari tetapi ibubapa BERCAKAP dengan anak hanya selama 44 minit sehari iaitu kurang dari 10% masa bersama anak.
10 minit sebelum anak ke sekolah
14 minit selepas anak balik dari sekolah
10 minit ketika makan malam
10 minit sebelum tidur (bedtime)
BERCAKAP bagaimana tidak dinyatakan.
-----------------------------------
1) Berapa lamakah kita BERCAKAP dengan anak dalam sehari?
Cuba kira.
Cukupkah?
Wajarkah?
2) Adakah kita bercakap DENGAN anak atau bercakap KEPADA anak?
'Talk WITH a child' berbeza dengan 'talk TO a child'.
3) Adakah kita banyak bercakap perkara positif seperti gurauan, nasihat, kata-kata semangat, pujian, bercerita ataupun percakapan kita dipenuhi teguran, kritikan, sindiran, sarkasm, bebelan dan tengking?
(Ingat lagi 5:1 Magic Ratio yang saya kongsikan?)
Mari kita renung bersama-sama.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Kredit from @parent Connect

Friday, July 19, 2019

Ali Iskandar dah mula berjalan

Assalamualaikum..

setahun Sebulan lebih sikit 
Ali dah mula bertatih selangkah dua.
kemain muka bangga tu tak tahan.

dah banyak akal
muka selamba je kalau kena marah >.<

 semoga Ali sentiasa sihat
dan sentiasa menyenangkan semua orang
gigih jalan-jalan dengan abi
minggu depan dah berlari la dia ni..
selamat mengejar abi ummi..

hihihi

Monday, July 8, 2019

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU - PART 1

Assalamualaikum..

Harini nak share result permohonan rumah selangorku. 
almost everyday aku akan buka website check permohonan aku. haha
ni aku check 5/7/2019 (jumaat) status dari menunggu ke ditawarkan rumah

kesimpulan nak cepat dapat (dengan mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan. 
1) waktu bila nak apply? - bila diorang buka je permohonan terus mohon. 
2) call developer tanya unit rumah banyak lagi tak, if yes peluang untuk mohon masih cerah
3) rajin update
4) bila dah rezeki insyaAllah dapat


http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=stcheck_idcheck

ni projek latest di setia alam. ada type B je. Okay la for the 1st time nak memiliki rumah.
Semua support untuk aku beli rumah ni.
nak cari 100k untuk bina rumah tu bile entah. insyaAllah akan datang memang plan untuk bina rumah sendiri. doakan kami!

so masih menunggu surat dari LPHS untuk proses seterusnya.
korang doakan kitorang ye supaya proses semua dipermudahkan.

byeee