Wednesday, July 19, 2017

JJCM 2017 NASI ARAB MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum. 
bertemu kembali kite di segmen JJCM 
Kali ini kami ke Nasi Arab Marhaban Bikum di Dataran Nilai, Negeri Sembilan. 
Ini kali pertama kami ke sana tapi adik beradik lain dah kali ke banyak kali.
minat sungguh mereka. 
sebab murah dan sedap. 


Boleh wazes : Nasi Arab Marhaban Bikum Dataran Nilai. 
Sekarang ke menu dia. 

Catering

pilihan Set. 


Western.. sedap sebab aqil makan. hihi

Western. 

Snack plate. 

Noodle & Rota. Sedap

Side Dishes

Dessert

Air



Menu Pilihan kami Semestinya Set A: Nasi Kambing Kabsah RM58.50 termasuk air, buah dengan murtabak ayam/ daging. Kalau murtabak kambing add RM4.00 tapi sila cuba murtabak kambing dia. Sangat sedap. 

Berebut nak bahagian tetel sebab lemak banyak.
Ada Nasi + Kambing + Sup + arca tomato + salad

Lepas makan dapat set murtabak. murtabak dia bukan macam yang kite beli dekat paso. kat sini isi die dekat luar dan ranggup je bila kunyah.
Kuah dia pun sodapp.

Ni la dataran nilai. kalau bawa anak kecil boleh la ke taman permainan sebelah. redup sebab bawah pokok.

Gembira je mereka. hai la anak-anak.. pantang nampak gelongsor.hihi
Terima kasih cik amie & cik amir belanja kami.
Terbaik nanti kami nak mai datang lagi.

Dengar cerita mereka nak buka branch dekat bangi. memang nak kena singgah lepasni.


uish masa menaip pun terliur ni. T_T



Wednesday, July 5, 2017

SYAWAL 2017

Assalamualaikum..
masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya semua..
hihi
pertama kali raya sebagai seorang isteri
pertama kali raya tanpa abah di sisi
pertama kali raya jauh
pertama kali raya bersama keluarga mertua
mixed of feeling.
but alhamdulillah Allah know everything yang terbaik kan :)

OOTD kami raya pertama. jimat tak payah beli baju laki i. >.<


brownies kemestian untuk buat. Alhamdulillah menjadi 

Buka terakhir kami. Best


Bersama abah dan mak mertua ku

Semata sangat gambar dengan moto die tu..

Raya kedua bersama emak ku sayang

Al-fatihah Abah.. 
 Raya ketiga-kelima kami ke batu pahat untuk beraya.
Jauh tapi macam-macam pengalaman dapat.

rumah nyayi kakni.. tido ramai2 dekat ruang tamu. sejuk die sampai ketulang tak hingatt



ke kubur arwah nenek. Al-fatihah

keluarga mertua.. yang ambik gambor tak ada dalam gambor..hihi

raya ke 7 baru dapat berkumpul adik beradik.


Alhamdulillah.. 
semoga syawal dan ramadan akan datang lebih baik untuk kite semua. 
Jemput la mai rumah kami..hihi



Saturday, July 1, 2017

My Skin Specialist : DR Hasseenah

Assalamualaikum.

Entry baru sebab dah lama tak menaip (padahal assignments belambak kena buat) :D
Ada la beberapa orang tanya tentang pengalaman guna produk skincare Dr Hasseenah.

Alhamdulillah dah 4 tahun aku consume walaupun kekadang aku skip bila dah habis pakai sebab kena tunggu duit biasiswa masuk, haha biasa lah student. 
tapi Pencuci muka memang aku tak pernah skip guna produk lain. 

Sebenarnya ada entry dekat blog lama masa muka aku sebelum consume Dr Hasseenah. 
Kalau nak compare dulu dengan sekarang memang banyak perubahan sangat even tak flowless sebab aku kekadang skip (self behaviour).


Produk yang aku pakai hari2. 
Lebih baik. Jerawat sekarang tumbuh comel2 gitu sebab aku selalu makan tak jaga (ayam, ikan keli dengan air bergas)
Sebab duduk hostel jadi hari2 hadap telur pun tak boleh kan. jadi kadang seminggu tu 2 kali makan ayam :(
nak hilangkan parut jerawat pulak!

Satu set lengkap untuk kulit yang sensitif :D

Acne Gel Cleanser : For those yang muka berjerawat sesuai pakai cleanser yang kurang berbuih.
Max penggunaan hanya 2 kali sehari (pagi & malam)
p/s : Sebab muka kita tak ada kuman so jangan guna lebih 2 kali sehari.
Lepas cuci muka boleh guna moisterizer yang mana fungsi dia untuk melembabkan kulit yang kering .
Aloe Vera Soothing Gel best sebab tekstur dia sangat lembut dan bila tempek dekat muka terus sejuk.
Penggunaan yang sapu seluruh kulit muka.
P/S: tak guna banyak pun selalu :D 

sunblock paling best setakat ni. memang setia sampai sekarang. bau limau purut


benzac & tidact. dekat farmasi pun ada juai
vitamin


bila jerawat mai hang dap dap je 





Serum untuk hilangkan parut jerawat. guna selang sehari sebab agak pedih kalau hari2 apply

Sekarang pun for me dah cukup syukur tak keluar jerawat pelik2. 
even tak peloles tapi kulit masih terjaga daripada guna produk merepek. 
ramai orang suggestkan guna itu ini tapi aku masih sayangkan kulit. 

so sayangi kulit kita semua ya.