Tuesday, January 27, 2015

Program Penyatuan 5 Al-Hanafi

Assalamualaikum w.b.t

Hamboi tajuk kemain kau. Hihi
Sebenarnya nama pendeknye reunion.

Alhamdulillah seronok je rasanya bila dapat jumpa dan berkumpul dengan rakan sekelas masa tingkatan di SAM Nurul Iman. Walaupun hanya 15 orang yang hadir daripada 24 orang tapi seronoknya. Kemain kau ye syuhada gembira. Hehe
Mana taknya ukhuwah kami Alhamdulillah kuat sebab kitorang memang sekampung then ada yang kawan dari sekolah rendah. Thats why rapat.

Tentatif jam 2.30 petang tapi biasalah nak ambik kawan nak cari parking memang menguji kesabaran depa. Cik wada relax je sebab parking kat SCCC . hikhikhik
Jam 3.40 baru semua ada dekat kfc setia city mall. Tempat dekat so ni je kitorang senang nak kumpul.

Gelak punya gelak. Makan sambil selfie. Hmm perempuan okay. Hahaha

After solat asar tu kitorang buat bulatan kecil dekat tengah padang scm. Haha malu pun ada tapi seronok tengok orang lain main belon. Hikss

Bercerita kenangan manis dengan kenangan pahit dan setiap sorang kena bercerita. Hahaha sumpah masa saber cerita semua sakit perut gelak. Memang kenangan part dia cerita. Haha

Last pukul 7 bersurai.

Dan terima kasih korang. Nampak kita gelak2 tapi ade peringatan bersama. Ibarat berkumpul di taman taman syurga. Bulatan kecil seperti usrah. Sharing is caring kan.
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.
Terima kasih dan harap maaf kalau ada yang terasa hati. Moga Allah redha kehidupan kita ��

Love
Cikwada
9:58 @ 28/1/2015

Sunday, January 18, 2015

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Hihi *skema ayat kita ni. Hihi

Yeah Alhamdulillah finally tamat sudah semester 5 (2014/2015)
Semoga dapat result lip lap lip lap bercahaya. Hihi

Hari khamis malam tu cepat terus gerak balik klang.
Habis exam ambil segala beg lepastu kawan2 ajak main bowling  haa layan
Siap sebelum naik bas tak tahu nak buat apa terus survey tengok tiker wayang.
2 jam 40 minit tengok filem hobbit.

Sampai klang pukul 6 pagi.
Tetiba kak biela tanya kau kenapa tanya kat rumah ada orang ke tak. Ceh rupanya dia pun balik. Hehehe punyalah busy sampai lupa nak tanya.

Sampai rumah tanya mak nak masak apa?
Hee mesti suruh cikwada masak la tu.

Kebetulan abah masuk hospital lagi, jarum  untuk hemodialisis dia tercabut dekat leher. ��

Dan doktor bagi pilihan untuk kami untuk buat CAPD.

Nanti cikwada tulis pasal CAPD ye. InsyaAllah.

Apa-apa pun semoga semua selamat dan Allah bagi petunjuk yang terbaik kepada kami. Ni cikwada cuti 2 minggu sebelum masuk praktikal. Takpa offer diri nak jaga. Tapi ganti2 dengan kakak sebab kami cuti sama tapi dia lama sikitla belum praktikal lagi. Esok abah nak x-ray pergelangan tangan yang patah. Walaupun tahu yang tulang untuk orang tua tak akan bersambung balik tapi harap Allah bagi yang terbaik.

Doakan kita ya. Doakan abah kita cepat sihat balik. InsyaAllah Ameen ��

*dapat berita ada pakcik sedara meninggal. Ziarah sekejap tadi arwah sebab memang kebetulan turn teman abah malam ni.Armarhum Hj Ismail. Al-Fatihah.

-Love-
Cikwada
18012015 @ 19:14
HBTAR Klang

Monday, January 5, 2015

Petua rambut gugur

Assalamualaikum,

hai semua. hehe
sihat semua ya?
cikwada sihat alhamdulillah sebab baru habis 50% paper exam.  Dan berita sedih abah masuk wad balik. hmm besar dugaan Allah bagi. Moga Abah tabah ya.
Doakan abah kita :)

so nak share la petua ni.
actually kawan cikwada bagi petua ni untuk muka tapi disebabkan kulit cikwada memang sangat2 sensitif so stop guna dekat muka dan try guna dekat kulit kepala.

sebelum ni memang tengok rambut gugur macam sakit ja. banyak !
then cuba petua orang kampung dengan berbekalkan kurang daripada RM15.
Alhamdulillah hasilnya membantu sangat. tak stress dah tengok rambut tak ada gugur.
sebelum ni kadang sampai tak berani nak sikat rambut sebab banyak sangat gugur dan guna tangan pun ada gugur.

kita share ya kat semua.

Bahan:
1. 1 sudu teh serbuk kayu manis (cikwada beli dekat giant RM2.90)
2. 1 sudu teh madu (pastikan yang tulen beli dalam botol kaca yang kecil RM10)
3. 1 sudu teh minyak Zaitun (optional)
4. Sedikit air kosong atau air paip

Cara:
Campurkan bahan 1,2 dan 3 dengan nisbah 1:1:1
bahan 4 hanya dimasukkan dengan beberapa titis sahaja untuk mengelakkan ramuan ni terlalu cair.
Kacau semua bahan tersebut

Cara memakai:
letakkan ramuan di kulit kepala sebelum mandi atau basuh kepala
sekurang-kurangnya pakai dalam masa 15 minit sebab nak bagi ramuan meresap dekat kulit kepala.
tapi macam cikwada suka pakai lama. terpulang lah ya kalau ada masa lebih boleh sahaja.
basuh kepala. guna shampoo bagi mengelak ade ramuan yang masih terlekat di kulit kepala.

mudah

gunakan ramuan ini sekerap kali.
3 kali seminggu.


semoga anda berjaya !
good luck



Love
Cikwada
6/1/2015 @ 1543

Friday, January 2, 2015

Tambah sikit

Assalamualaikum.

haa sebelum magrib

Alhamdulillah selesai 1 paper. another 5 papers.
moga Allah redha

cuba letakkan semuanya pada Allah

Aku juga insan lemah. kekadang malaih kemain

tapi nak lulus nak above 3 pointer
hehe ! insyaAllah

Salam maulidurrasul nabi junjungan kami Nabi Muhammad .
selamat tahun baru 2015.
new version of life,


doakan kite :)

love
Cikwada
7:18 @ 2/1/2015