Tuesday, May 23, 2017

2D1N The Grand Beach Resort Port Dickson, Port Dickson

Wee bertemu lagi kita jalan-jalan ke Nogori pulek.
Percutian kali ni sempena hadiah perkahwinan kami..
Terima kasih abang Rizal (abang ipar ceq) for sponsored us!

The Grand Beach Resort Port Dickson, Port Dickson

Kami gerak ke PD pun lewat sebab husband kena p hantaq kete service dulu.
around 4 pm baru gerak dari Meru. Itu pun isteri dia dah dok berleterrr tanya bila nak balik rumah.
disebabkan Highway ke PD sangat jem sebab ada accident dekat persimpangan Nilai - JB
so kami decide masuk KLIA ikut waze bawa kami.huhu
Pukul 6 dah sampai.


wah dah sampai. 
Sampai pun hujan mengiringi kami. tak dapat la nak mandi pantai. huhu

suka tengok senibina resort ni. sangat melambangkan negeri sembilan sebab bentuk minang kabau.
rate sini semalam tak silap RM160.

bila abang ipar ceq xpilih yang katil queen. haha terpaksa la kami sambungkan. haha
sebelum sampai dah tapau KFC sebab lapo benor. layan


ceteka ni apa? haha
malam tu kami cari kedai makan. 1st kedai makan tu ramai orang sampai tak de waiter nak ambil order kami. so kami pun berhuhuhu keluar dan cari kedai makan lain.

Menu malam ni ikan siakap steam, kerabu mangga, tomyam campur dengan kangkung belacan.
Total makan malam ni untuk 4 orang RM55.
murah.. hihi

Next day before checkout semestinya layan pantai & kolam.
ada private pantai. teringin nak naik banana boat tapi tak kesampaian.
No picture sebab tak bawa casing kalis air. huhu

but we are enjoy together.
hihih
bye bye.. jumpa lagi yee
check out pukul 12. cari kedai mamak makan dulu.
balik singgah sunway settle hutang.

then finally pukul 4petang home sweet home.

percutian yang sangat santai.
no pressure at all.

thanks for the gift.

love.

Friday, May 12, 2017

PART 4 KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH 4 HARI 3 MALAM

Hari ni hari ke-4 kami di negeri bawah bayu
dan hari terakhir kami di sini. 

check out jam 10 pagi dan meneruskan perjalanan ke pasar karangkraf untuk beli barang kiriman orang di rumah . 
Beli keropok amplang & kuih cincin. 
bilis kepala besar pun beli untuk order kak elis. hihi murah





wajib minum! sedap wei
 1. Muzium Sabah
RM2/person . dah balik ni baru aku tahu ruginya tak pusing muzium Sabah.
tak tengok galeri perkampungan warisan. huhu ruginyaaa..
so korang kena la jalan sini. tengok sejarah sabah.
tak rugi tambah ilmu. best





pakaian untuk adat perkahwinan pelbagai kaum


rangka paus terdampar di pulau gaya. 

Ada juga kereta api lama
Makan tengahari di Kak Nong. 


ayam penyet dan nasi ayam
 Lapangan terbang KK
tunggu owner ambil kereta.


cukup lah kan 2 beg untuk pulang
 sebelum flight sempat lagi encik suami join busker.
Siap buat temu ramah lagi

okay sekian sahaja cerita kami.
kalau ada rezeki kami lagi kite jalan-jalan lagi ye.
doakan kami. :)



PART 3 KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH 4 HARI 3 MALAM


Hari ketiga, hari terakhir kami di kundasang sebelum ke Kota Kinabalu. Wihuuu
Check out pukul 8 pagi sebab nak direct ke jesselton point. 

wajah di pagi hari. 
Otw turun ke Kota Kinabalu, husband cakap tank kereta dah merah. then bini pun pandai cakap isi dekat bawah je. dalam perjalanan memang senyap je la. jauh lagi perjalanan ni . memang tawakal je la.. nasib suami pro bab kereta ni. waktu turun bukit free gear je.
Finally jumpa stesyen minyak dekat Tamparuli. lega. isi la RM20. haha

1. Jambatan Tamparuli Sabah
tak jangka pun nak ke sini, tetiba terlalu je. plan asal nak singgah masa pergi tapi tak jumpa pula.

sejarah jambatan tamparuli..huhu berhantu ke idok

nampak bawah tu hanya 1 laluan je untuk 1 masa,.
2. Jesselton Point
Disebabkan kami sampai lewat jadi parking berbayar full. terpaksa pusing-pusing cari parking. huhu
kena ingat dekat sini strict untuk kena saman parking.huhu
nasib baik la owner kereta belanja saman kami RM30. huhu

Jadi kami beli tiket untuk ke Pulau Sapi. Kami cadang ke 1 pulau je sebab bajet untuk 1 je. hihi
Pergi ke kaunter untuk 1 pulau RM37 (termasuk snorkelling tools dengan jacket)
Nanti dah sampai Pulau kena bayar fee RM3 . so total untuk seorang RM40 . nanti decide la nak balik pukul berapa. dia akan catat dan bot tunggu kita.



3.Pulau Sapi
lebih kurang 20 minit perjalanan. masa pergi bot laju je. seram eden
tapi kalau yang pregnant kena bagitau pemandu bot.

Kami dah tapau siap2 nasi dekat jesselton point. lebih murah berbanding beli dekat pulau.
beli juga roti untuk ikan-ikan makan. memang ikan nak dekat korang je tau..
layannnn

napa husband kite tuuuu

nampak tak ikan banyak.. hihi
4.Halo Hostel
 Kami check in di budget hotel. hotel untuk backpacker. ramai foreigner stay sini.
tak recommended untuk yang mencari ketenangan. malam bising betul. haha
dengar orang karoke la. haha biasala hidup di bandar katanya.
untuk semalam kami cuma bayar RM79.50 . boleh search di booking.com

5.Tanjung Aru
Datang sini nak tengok sunset sambil layan tongkeng + kepak madu +satay.
memang layan beb.


lapar lagi ke tu..hihi


nak juga la..
kalau nak makan malam dekat sini pun okay. 
banyak kedai makan dekat sini. 

6. Pasar Kg Air

Kami ke pasar untuk borong butang baju melayu dengan beli brooch. 
bagi aku sini lagi murah berbanding Pasar filipin. 

bukti eden shopping. 3 kali masuk bank.haha

makcik borong brooch. fuh biasalah adik beradik ramaikan. haha

7. Pasar Kraftangan



lobster masak sambal . RM54

Sotong goreng tepung. sedappp RM7


Balik hotel terus Zzzz 

Thursday, May 4, 2017

PART 2 KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH 4 HARI 3 MALAM


Hari kedua kami di sini. 
Terjaga daripada tidur. Tetiba tengok luar dah terang, terloncat dari katil ingatkan bangun lambat. 
Rupanya dah pukul 5.30 pagi. kelam kabut siapkan diri. 

Plan harini memang nak jelajah kundasang dan ranau kaw kaw punya. huhu
Pagi-pagi buat air milo 3in1 sebab cuaca masih dingin. 

breakfast

pemandangan dari atas. siap bekalan jajan uolls
1. KINABALU PARK
cuaca sangat baik harini. Kami mulakan destinasi kami ke Kinabalu Park, nak tengok gunung kinabalu lebih dekat. RM3/person 
bayar di pintu masuk

bergambar di Kinabalu Park. 
Actually bagi pandangan kami, better pergi Desa Dairy Farm dahulu sebab suasana di sana lebih cantik dan menarik.

2.DESA DAIRY FARM
Dari pekan kundasang menghala ke ladang lembu. Orang kata New Zealand Malaysia. Cantik..
Jalan ke sana agak berbukit-bukit, so hati-hati guys.
Entrance fee : RM5/person
Sempat bergambar berlatar belakangkan gunung kinabalu di entrance desa dairy farm ni. 

Love


alahai omeynye

kami pilih 2 yougut dengan coklat. better coklat tu sedap. haha
Jam 8.45 kabus dah mula tutup gunung kinabalu. so memang kena datang awal kalau nak tengok secara live ni.

3. PASAR TAMU
pukul 9.30 pagi kami dah turun dari Desa dairy farm untuk ke tempat lain.
Perut pun dah lapar kan. Jadi kami menuju ke pasar tamu.


Baru nampak view bila siang. 


Serious Satay ni sedap. wajib korang cuba tau. 
4. KUNDASANG WAR MEMORIAL 
Lokasi tempat ni berdekatan dengan pasar tamu. 
Entrance fee: RM3/pax




Boleh la baca sejarah macamana british masuk ke sabah ni.



5. PORING HOT SPRING

Kami meneruskan perjalan ke daerah Ranau, about 45 minutes dari Pekan Kundasang. Jalan dia memang kampung sunyi je. Sebab nak ke kawasan air terjunkan. 
Entrance fee: RM3/pax

Tempat kolam mandi air panas. Kami berdua decide untuk tak mandi situ sebab cuaca panas jadi tak de la. Bagi yang bawa anak kecik boleh berkelah di sini. Rugi la kitorang tak bawa baju mandi. haha

So motif ke sini nak Naik Jambatan gantung atau Canopy Walk. 
Entrance: RM3/pax + RM5/camera

Perjalanan lebih kurang 1km. 
ada 5 checkpoint untuk melalui canopy walk tu. Gigih juga la sebab last hiking masa zaman degree hiking dekat bukit jambul. Ibu mengandung elakkan lah eh. hihi


Muka peluh-peluh sangat. haha

Nampak tak atas uolls

view ke bawah. Sapa tak gayat..huhu
Lepas dari poring hot spring tu kami ingat nak pegi makan. ingatkan nak makan dalam tu tapi bila tengok set makanan dia agak mahal dan tidak pelbagai. Jadi makan lah depan hot spring tu.
Banyak kedai makan . total Makan harini RM23

Nasi goreng ayam paprik. Sedap

Nasi goreng pattaya. 
6. FISH SPA KG LUANTI, RANAU 

Entrance fee : RM5/pax
Makanan ikan : RM0.20/pax

Dekat sini, suami paling happy la bagi ikan makan. aku letak sikit je kaki. sebab geli..huhu
seorang peserta boleh main dengan ikan hanya 15 minit je. sekejap sangat..huhu tapi encik suami lama-lama sikit sebab tak puas katanya. huhu


haa ada ni tengah main dengan ikan. huhu
tengok tu ada keli besor. nganga je mulur die suruh orang masukkan makanan. 
7. SABAH TEA GARDEN 

Terletak sebelah tagal fish je. Walaupun dah penat sangat tapi gigih semata nak ambil gambar je. keadaan di sini agak panas. jalan pun tak berapa  rata. Tiada entrance fee dikenakan.







masing-masing dah kepenatan. 

Jadi kami pulang dengan kepenatan dan mencipta memori terindah bersama. 
Padahal sampai resort pukul 5 petang. masih awal tapi masing-masing dah penat. 

Jadinya dinner maggi dengan air milo panas. 
Okay tamatlah cerita kami di kundasang. esok pagi nak  gerak dah ke Kota Kinabalu pulak. wihuuu