Tuesday, February 23, 2016

Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 2


Previous Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 1

Hari kedua 17 Februari 2016 
Seawal pukul 8 kitorang dah turun breakfast. Untuk breakfast kitorang boleh pilih nak makan nasi goreng or roti bakar. Air teh o panas or kopi. Siap take away sebab ada budak tu tak nak makan. Hamboi.
Selamat pagi ibuk bapak

 Pukul 8.30 pagi dah bergerak ke Bandung Utara untuk ketempat shopping seterusnya. Jalan ke utara ni macam nak pergi ke tempat lawatan Kawah Putih. Supir tak suggestkan kitorang pergi situ sebab bawa mak dengan anak2 kecil. Dan korang kena bayar lagi fee lawatan dan hanya boleh 15 minit dekat situ. Sulfur katanya jadi kitorang decide tak pergi. Jalan ke situ sangat2 nyaman. Macam laluan ke Cameron highland. Cantik dan sejuk..

Dalam pukul 9.15 pagi kitorang sampai di Graha Persona Puspa.  Dekat sini banyak jual kain sulam yang pelbagai corak. Telekung, Kain pelekat semua ada dekat sini. Memang kitorang stay lama sampai pukul 1 petang jugak. Dekat sini ada kemudahan toilet yang bersih dan musollah yang selesa. Make sure korang kena faham dekat Indonesia memang lelaki dan perempuan solat campur. Kedai dia macam rumah banglo besar. Kebanyakan di sini, owner kedai orang Jakarta.
Sempat foto di hadapan kedai. Cantik perabot jati dekat sini.
Tengok belakang tu. Tinggal pilih ja
haa rambang mata kan
Si kecil ini juga tempah baju siap dua helai lagi
 Dekat sini ada perkhidmatan jahit kain pasang siap dalam sehari juga. Jahitan dia kemas dan cantik. Harga dia lebih kurang 200000 rupiah untuk sepasang baju. Baju budak pun sama.
Dekat sini kitorang dapat grab baju kenduri untuk family. Sepasang dapat 150000 rupiah. Paling murah kain sulam dekat sini korang boleh dapat 80000 rupiah.
*Kalau korang tak pergi dekat sini. Dia ada cawangan dekat Pasar Baru juga. So korang boleh survey dekat Graha Persona Puspa Pasar Baru Mall. Tailor dia pun dekat situ juga.

Jam 1.30 petang kitorang sampai di Floating Market sebab nak makan. Takut sikecil dua orang tu masuk angin lagi. Ingat nak ke Wisata Dusun Bambu tapi sebab kejar masa nak ke Cibaduyut jadi kitorang ke Floating Market Lembang je untuk menikmati juadah makan tengahari.
Bayaran masuk ke sini 20000 rupiah untuk orang dewasa. Tiket boleh refund air minuman. Cara pembelian makanan dengan belian token.

Tenang je. Dia sebenarnya seakan tasik
                                                                                 
Makan tengahari kami. Kebanyakannya sedap. Tempe tu best!
Baki serdak tempe goreng tu kakak alya bagi makan dekat ikan. Geli sebab ikan dia besar
Dalam perjalanan nak ke Cibaduyut tu, supir sempat bawa kami ke Cikole Kopi Luwak atau Kopi Musang. Tiada bayaran dikenakan. Rasa kopi dia memang lain daripada yang lain. Mungkin sebab musang tu yang makan kot. hahaha 

Proses pembuatan dia masih buat dengan tradisional sebab tu harga sepeket tu mahal. 
Dan paling2 aku suggestkan korang kalau nak minum dekat sini minum yang original. Kalau nak try yang ada perisa ginseng halia semua tu boleh, tapi sangat sukar untuk dihabiskan sebab rasa dia beza. Yang pasti original tu boleh jadi 3 kali rasa yang berbeza. Secawan kopi dekat sini harga dia 100000 rupiah. Acah-acah hipstur tau. 
Boleh dicuba. 
Penerangan daripada pihak sini.

yang original 
 Around 5 petang kami sampai di Cibaduyut. Mall yang famous menempatkan barangan kulit murah dan pelbagai. Bagi pengunjung lelaki ini syurga korang. Hahaha
Bagi pengunjung dari luar negeri boleh dapat diskaun 25% untuk barangan kulit beg, dompet dan kasut.
Setiap lantai ada jual jugak baju dan lain-lain.
Aku dapat grab sling beg dengan purse kulit. Siap dia bakar depan mata lagi.

Mostly barangan kulit dekat sini diperbuat daripada kulit kambing biribiri. Yang lain ade beli kasut kuit, capal dan lain-lain. Poning den nak memilihnya.
Yang pasti berbaloi compare harga kulit dekat Malaysia.

Sebelum sampai hotel kitorang singgah di kedai jual kerepek di tepi jalan je.
Borong kerepek pisang cheese yang paling famous dekat sini 20000 rupiah untuk 1 plastik. Kalau korang peminat kerepek tempe sampai ada 5 jenis perisa. Ada pelbagai lagi jenis kerepek yang korang akan rasa pelik macam kerepek anggur, kerepek belut. hahaha
Kat sini best sebab boleh je nak rasa semua. Makan sampai kenyang.
Kitorang beli banyak siap request dia masukkan dalam kotak untuk kargo sekali.

Ada dua budak sudah kesel

Hasil tangkapan kami.yuhuuu

Sebabkan semua dah penat malas nak makan tapi sampai hotel semua balun maggi sorang 1. hahaha
kemudian terus lena dibuai mimpi. 
Esok tak sabar nak ke Pasar Baru pula. hehehe

Next Shopping di Bandung untuk 4 hari 3 malam - Part 3




5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya nak tumpang tanya, tempah baju di Graha Persona Puspa harga dia 200,000 hanya untuk tempahan atau termasuk kain?

    ReplyDelete
  2. Salam bole bg num tailor tu tak..i nak ke bandung..sepasang dia amik brp rp yer...tq😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam farrah aziz. saya takde num tailor tu sebab kedai tu memang provide tailor sendiri. kami just bagi details hotel je masa nk arrange penghantaran. u boleh try search Graha Persona Puspa maybe ada.. harga kalau xsilap masa RM50-80

      Delete
  3. Salam sis..yang pisang salai sis bawak kargo tu kan..kite nak bawak Malaysia boleh bawak maksimum berapa packs? Kena tax dekat kastam airport Indonesia dgn Malaysia x sis?

    ReplyDelete