Tuesday, October 16, 2018

MAJLIS AQIQAH UNTUK ALI ISKANDAR

Assalamualaikum.. 

selesai majlis aqiqah untuk anak kitorang..
Alhamdulillah 
walaupun banyak juga rintangan die tapi majlis selesai dengan jayanya..

Terima kasih semua yang sudi membantu!

So ummi ali letak gambar je senang la..malas nak cerita panjang 😂😂

buat kad jemputan online je 🙊
seminggu sebelum kenduri kami prepare goodies. 
bajet je goodies 
beg kertas + yassin + air kotak + jajan + bunga telur. 

so askar2 tolong ali bungkuskan goodies untuk 200pax
semua habis masa hari kejadian. hihi

rajinnya makcik bawang.. hihi

then abi ali settlekan bahagian kambing aqiqah 2 ekor.. seekor RM800 = RM1600
mula2 fikir nak buat bbq tp bile fikir guest kitorang ramai so tukar plan dua2 ekor masak palembang.
dan hasilnya memang sedap. 

mmbeeekkk😋😋
khemah macam biasa order dengan sepupu rumah sebelah. 
request yg biasa je tak letak pun langsir2.. hihi 
yang penting orang kenyang makan dan selesa.
Alhamdulillah cuaca pun baik je. risau pulak takut hujan..

2 khemah settle
team rewang banyak bantu lagi2 masterchef iaitu mak la..

so menu yang disediakan. 
1) Kambing masak palembang
2) ayam goreng berempah
3) tempe goreng berempah
4) keluban pucuk ubi
5) sambal taun kulit
6) kerabu mangga
7) ulam2 + sambal belacan
8) nangka masak lemak 
9) kuih muih 
10) aiskrim malaysia
11) air sirap sejukkk

bertungkus lumus siapkan makanan dari pagi sampai ke pagi 💪💪

ni haa siapkan barang untuk gunting rambut ali.. kekeke

ni kuih lemper. lama nak siapkan dia tp sekejap je habis. haha

OOTD ali.. kameja batik tu beli dekat bali. 
 ootd kitorang semua dari bali.
Belikan kameja abi dengan ali .. ummi dpt kain batik lepas then minta nenek jahitkan..
baju beli dkt GM je.. hihi
bolehla tema ala-ala white dengan blue. ali lain sebab ali special 💓💓
Team marhaban ada 3 kumpulan.
Team surau sebaya
Team jaya setia
Team nurul ummi 

gabungan team marhaban mak dan mak mertua memang rumah full house tau.
majlis dimulakan dengan bacaan tahlil- marhaban dan alunan nasyid.

siap ada alunan bunyi2 muzik nasyid lagi. kerlas tau untuk ali ni.. 

full house dalam dengan bahagian luar. 
                                   
haa yang ni kemain nak join jugak main..

muka ali tu baru bangun tidur.. lepastu pelik orang gunting rambut die. hihi


tenkiu nenek ali masakkan sedap2..
hari kemuncak yang ummi tunggu2 ..

botakkan ali..😹😹
mula2 cikbaya, cikbila dengan cikcha gunting2 rambut ali bagi senang nak cukur
then cikman dengan abi cukurkan die
kemain muka tu ada senyum..

tengok tu muka die.. geram ummiiiii😛

tadaaaa.. budak botak 😉😉
itu jela nak taip dah..
hihi belum ada mood menaip dan bercerita.

Terima kasih semua!
jumpa nanti kite post pegi cuti dkt bali 😇😇