Thursday, December 15, 2022

3D2N KE HATYAI THAILAND 2022 (PART 1)

Trip ala-ala backpackers with Le familia (14pax). ke hatyai, Thailand . (3 days 2 night) 1)Ets - Sungai buloh- padang besar( return) beli 3 bulan awal jadi dapatlah seat pandang depan 👍 parking di KTM sg buloh- RM16.10/24hours by tng https://online.ktmb.com.my/ 2)simkad- better beli dekat ktm padang besar sebab harga RM25. beli dekat hatyai 250 bath(RM31) **kata org dekat imi Thailand 200bath 3) teksi/grab - sebab sekarang tak ada train Dari padang besar- hatyai jadi naik la teksi. - ktm-imi Malaysia - RM40(2 kereta) -imi malaysia-imi Thailand - RM40(1 van) -imi thailand- hatyai - THB 1500(return) -imi thailand- ktm - THB900(3 kereta) -tuktuk deal dengan PAKWAN tuktuk(fb) -THB10,000 (2 tuktuk) 4) hotel lee garden plaza - 2 malam (RM394.52) deposit THB2000( 1 bilik THB500) 5) tips tukar duit- tukar sikit dekat Malaysia, balance tukar dekat hatyai. untung sikit. *kena duit note RM100 @ RM50 sahaja 6) insurans trip care 360 - silver - RM49.14/ family . . . Day 1: ETS- 11.15 pm-4.18am tapi kami kena sidai naik train pukul 12.30am xsilap jadi sampai padang besar pukul 5.30am mcm tu. dalam train susah ye nak tidur sebab terang. jd lepas ni kena bawa penutup mata 😎 . sampai KTM, beli simkad siap2 & solat subuh. sedih betul dengan toilet & surau di ktm padang besar. rasa daif betul. dengan masalah air. wajiblah pihak ktm selenggara fasiliti di KTM padang besar dengan sebaiknya lepas ni. walhal ramai je pengguna ets & KTM. . pukul 6.30 mencari grab tapi langsung x ada. Tanya abg yg niaga van terus ke hatyai (RM30/pax) katanya teksi ada jam pukul 7. lambat lah. so kena tunggu group yg ramai2 settle baru la ada abg yg buat grab ready utk hantar kami ke imi Malaysia. . sampai Imigresen Malaysia. kena beratur hampir 30 minit sebab passport anak2 Sy xboleh baca online. kena tunggu pegawai settlekan. . siap dah cop, cari van yg boleh hantar ke imigresen Thailand. walaupun 1 km tapi idokle teman nak jalan kaki bawa anak2 & org tua jalan. jauh 🤣 bayor jela RM40(RM5/pax- kire dewasa) . sampai di imigresen Thailand. tengok semua org pegang white card. tapi kami xde sapa nak bagi. jadi tunggu driver Thailand sampai baru dia bagi. kena selit rm2 katanya dkt passport tapi ada yg x selit okay je xminta pun. 😵‍💫 macam confius kalau org yg datang sendiri mana diorang collect white card tu. **yang naik flight ke hatyai tak perlu white card. . hampir lebih 30 minit selesai teruskan perjalanan ke hatyai lebih 40 minit. cuaca hujan ye sepanjang 3 hari kami di sana. relax je penduduk pakai baju plastik naik moto 😆 xde yg berhenti bawah jejantas mcm kite dkt sini 😅 . sampai di area town, tukar naik tuktuk pula. kitorang request nak ke cabura dimsum. kebetulan sampai tu tak perlu kami beratur. order macam2. somtam seafood & bubur dia terbaik . anak2 makan nasi goreng seafood sedap juga tapi portion utk sorang je tak boleh share. ada banyak jenis dimsum tapi bagi aku personally dimsum dekat zaina dimsum sedap lagi sebab berkuah. dimcum cabura sedikit kering. dekat sini habis dalam THB1043. murah, sebelah cabura ada 7e. jadi shopping haul sikit 🤣 . pukul 10.30am kami sampai di hotel. dah request awal dengan hotel untuk check in awal. mula2 dapat 1 bilik (total 4 bilik) jadi relax2 semua dkt 1 bilik. tak sampai 10 minit receptionist call 2 bilik dah ready. jadi kami rehat2 di bilik sementara tunggu yg lelaki ikut solat jumaat. . pukul 3 macam dah bosan jadi kami pusing2 jalan kaki di area lee garden. hujan renyai. then singgah shopping haul 1.0 me 7e. hihi tapau pancake Pisang. makan dekat hotel. di hatyai ni bersepah orang jual2 makanan tapi xde tempat nak duduk makan 😅 jadi makan dekat hotel sajelah. . malam kami ke ASEAN night market. sekali lagi makan malam pula. macam2 beli. suito, udang, nasi goreng, nasi khomok, kerabu maggi. air kelapa (4 biji beli sebab Manis teruk airnya sedap) sementara tunggu makngah sampai Dari airport hatyai, banyak shopping baju, survenior dekat sini. harga kalau pandai tawar dapatlah diskaun. paling ramai jumpa orang Malaysia dekat Sini. hehe jersi pun member borong sebab murah 😆 . balik bilik sambung makan udang galah 😆 besor2 seafood dia dekat sini.. . okay jumpa day 2 nanti. #familytrip #hatyai2022 #thailand #jjcm

No comments:

Post a Comment