Monday, January 5, 2015

Petua rambut gugur

Assalamualaikum,

hai semua. hehe
sihat semua ya?
cikwada sihat alhamdulillah sebab baru habis 50% paper exam.  Dan berita sedih abah masuk wad balik. hmm besar dugaan Allah bagi. Moga Abah tabah ya.
Doakan abah kita :)

so nak share la petua ni.
actually kawan cikwada bagi petua ni untuk muka tapi disebabkan kulit cikwada memang sangat2 sensitif so stop guna dekat muka dan try guna dekat kulit kepala.

sebelum ni memang tengok rambut gugur macam sakit ja. banyak !
then cuba petua orang kampung dengan berbekalkan kurang daripada RM15.
Alhamdulillah hasilnya membantu sangat. tak stress dah tengok rambut tak ada gugur.
sebelum ni kadang sampai tak berani nak sikat rambut sebab banyak sangat gugur dan guna tangan pun ada gugur.

kita share ya kat semua.

Bahan:
1. 1 sudu teh serbuk kayu manis (cikwada beli dekat giant RM2.90)
2. 1 sudu teh madu (pastikan yang tulen beli dalam botol kaca yang kecil RM10)
3. 1 sudu teh minyak Zaitun (optional)
4. Sedikit air kosong atau air paip

Cara:
Campurkan bahan 1,2 dan 3 dengan nisbah 1:1:1
bahan 4 hanya dimasukkan dengan beberapa titis sahaja untuk mengelakkan ramuan ni terlalu cair.
Kacau semua bahan tersebut

Cara memakai:
letakkan ramuan di kulit kepala sebelum mandi atau basuh kepala
sekurang-kurangnya pakai dalam masa 15 minit sebab nak bagi ramuan meresap dekat kulit kepala.
tapi macam cikwada suka pakai lama. terpulang lah ya kalau ada masa lebih boleh sahaja.
basuh kepala. guna shampoo bagi mengelak ade ramuan yang masih terlekat di kulit kepala.

mudah

gunakan ramuan ini sekerap kali.
3 kali seminggu.


semoga anda berjaya !
good luck



Love
Cikwada
6/1/2015 @ 1543

No comments:

Post a Comment