Sunday, December 6, 2015

Cara menyimpan duit bagi pelajar

Assalamualaikum.
Hee gatal tangan nak menaip memalam ni.

Actually as student paling susah nak simpan duit lagi2 yang fully guna duit daripada biasiswa atau pinjaman tanpa dapat duit belanja daripada family. (ye tak semua orang mampu) bertambah lagi keadaan kegawatan ekonomi sekarang macam mana.

Cara aku paling senang aku nak buat ialah aku wajibkan diri untuk simpan duit syiling dalam tabung(tak ada tabung spesifik,jadi simpan dalam bekas recycle) hihi asal boleh.

Even baki RM0.90 pun aku simpan juga. Kalau makcik cafe tu tanya ada duit syiling tak? Aku pun cakap tak ada. Memang selalu balik bilik je tak ada kerja lain nak buat kira duit. Aimaklumlah budak akaun memang macam ni. Ahaha

Haa gini la rupanya untuk semester baru ni


 Ada duit kertas tu lebih2 kalau rasa nak simpan duit kertas. Duit syiling semester sebelum ni pun ada lagi sayang kita nak tukar duit kertas. Pesanan ringkas: kalau nak tukar duit syiling sila tukar dekat kedai runcit dan pastikan korang dah label siap2 supaya senang orang kedai nak kira balik. Kenapa tak dekat mesin bank? Sebab selalu duit syiling yang rosak ke sumbing ke dia takkan detect. So rugi la korang (akaun student) hahaha

Mana tahu duit yang korang simpan ni boleh tolong korang bila sesak2 ke lagi2 hujung2 semester. Takkan makan maggi je kan. Sekurang2nya dapatla makan nasi dengan teluq. Syukur dah sangat kan :)

Semoga dapat amalkan cara ni sampai bila2 sebab kita tak tahu masa depan kita macamana.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hihi

Selamat malam semua.
Doakan sentiasa ditambahkan rezeki yang banyak. InsyaAllah
:)

No comments:

Post a Comment