Monday, March 12, 2018

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Assalamualaikum. 
dah lama tak share resepi. 
kalini nak share resepi ayam panggang. 
sebab kakak den request. 
layankan ja. 

Bahan- bahan 
1) Ayam - 1 ekor * potong rama2 atau belah dua
2) sementara tunggu bahan perap siap, keringkan ayam + salut dengan garam dan kunyit

Bahan perap 
1) Bawang putih , bawang merah & halia *blender + air putih untuk jadikan sos ayam
2) 1 senduk besar sos barbeque jenama apa2 like kimball (lagi banyak lagi sedap)
3) 2 sudu besar sos tiram 
4) 4 sudu besar lada hitam *blend kering
5) 2 sudu kicap cair + pekat untuk naikkan warna
6) 1 kiub ayam knorr 
7) garam 
8) gula @ madu
9) serbuk perasa
10) mixed herbs
11) sos cili dan sos tomato

Hiasan tambahan 
1) bawang holand @ bawang merah 
2) kentang *sila rebus dulu 
3) lobak * rebus juga 
4) cili benggala pelbagai warna (nak naikkan seri ayam bakar) hehe gituu

Cara-cara untuk masak bahan perap.. 
1) panaskan minyak @ butter dalam pan @ kuali
2) masukkan bahan blender dan masak sehingga garing dan naik bau
3) masukkan lada hitam & mixed herbs
4) masukkan segala sos dan kicap 
5) masukkan kiub ayam 
6) masukkan yang lain2
7) rasa bahan perap mengikut kehendak diri.. bahan akan pekat dan likat
8) dan siap sejukkan sekejap dalam 10 minit then salut pada ayam .. 
9) perap sekurang2nya 1 jam or terpulang kepada kita. lagi lama lagi aumm 

panaskan oven mengikut oven masing-masing selama 10 minit.. 
saya guna 180' untuk 1 jam (30 minit dan terbalikkan ayam 30 minit)
nak dapatkan kulit ayam yang cantik dan licin, sebelum masuk dalam oven, sapu butter @ minyak zaitun pada kulit ayam. 

untuk sos gravy dekat ayam tu dah banyak dan cukup.. 
kalau x cukup buat sos gravy lada hitam 

bahan2
1) panaskan butter
2) masukkan 3 sudu tepung gandum dan kacau sampai berubah warna 
3) masukkan susu & air 
4) masukkan kiub ayam 
5) masukkan kicap untuk warna gelap
6) masukkan sos bbq dan lada hitam
7) kacau sampai larut
8) blend sos 




nampak tak


western vs eastern >.<'' 



1 comment: