Sunday, January 21, 2018

FAMILY DAY MELAKA SHOHARI CLAN 2017 PART 1

Assalamualaikum. 
bersiaran kita lagi dengan family day shohari clan tahun 2017. 
Pemilihan tempat penginapan diuruskan oleh kak anum & abg rizal
Pengurusan games semestinya cikwada & cikanis 

Setahun dah pemilihan tempat kemana kami akan pergi. 
Walaupun last minutes owner villa di Melaka cancelkan booking
Gigih juga la tukang mencari homestay kat mana nak stay. 

So jumpa juga homestay berdekatan dengan bayou lagoon & gold cost melaka. 
Best sebab homestay ni dekat dengan pool tu. 
Cuma, walaupun homestay ni ada 3 bilik dan 2 bilik air tapi die xdapat muatkan untuk lebih 50 orang. So kak anum dgn abg rizal on the spot cari another homestay untuk 3 family. 
Kedai nak beli bahan basah & runcit pun dekat so dapat jimat mana. 


 Sebelum hari kejadian. masing-masing sibuk buat persiapan. beli bahan kering & bahan basah (Sayur) untuk masakan sepanjang 3 hari tersebut.

Sabtu 23.12.2017
Seawal 8 pagi kami dah gerak. Perjalanan smooth je maybe sebab masih awal dan orang belum nak keluar lagi.
1st check point kami adalah di Pantai Dayang, PD.
Untuk bersarapan pagi dan mengunjungi muzium tentera di Lukut.


 Perjalanan ke PD yang dapat join sekali 4 family termasuk mak.
so gigih juga la cikwada bangun pukul 5.30 pagi goreng ayam segera dengan nugget.
kak anum masak lauk bermacam-macam untuk lunch dan kak elis bawa roti sosej & macaroni goreng.
Semua sedap sebab lapar.
Lepastu diorang jalan ke Pulau Burung nak snap gambar. cikwada duduk je. malas nak jalan-jalan. haha

Seterusnya kami ke Muzium Tentera di Lukut.
Bawa budak-budak ni tengok sejarah.
Last pergi 5 years back masa tu arwah abah ada lagi.
Mengimbau kenangan la. huhu

Sekarang dah boleh naik kapal yang ada dekat situ.
Ada staff yang jaga dan ada box disediakan untuk sumbangan ikhlas.

Kemain budak-budak ni enjoy duduk dalam tu. 

Cikanis pun ada kurangnya nak juga join sekali. 

Tengok tu budak banyak mulut kemain berani lagi nak naik kapal udara. 
 Around sejam lebih kami dekat sini.  Ada lorong bawah tanah untuk merasai macamana tentera dulu duduk situ. rasa macam tak cukup nafas je. maybe sebab ruang udara dan oksigen yang kurang.
Tapi pengalaman yang menarik untuk kami semua. hihi

family photo
pukul 12.30 tengahari kami keluar untuk destinasi seterusnya iaitu Melaka.

yeahh
here we goooo


No comments:

Post a Comment