Monday, February 13, 2017

Abah - Rawatan HD & CAPD

cerita yang aku kongsikan daripada my sister blog 

* Entri yang panjang
* Gambar2 diambil pada masa yang berlainan.


Penghujung 2005, pada mulanya abah sering demam. Selera makan berkurang. Bawa ke klinik beberapa kali tapi doctor cakap demam biasa. Muka dah Nampak bengkak. Sehinggalah bawa ke Klinik AnNur dan masa tu Doktor Zainal check. Doktor kata ada simtom kegagalan buah pinggang. Doktor bagi surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Bawa abah ke Kecemasan dan Trauma. Tak secepatnya lah masuk wad.. seingatnya masa tu abah dimasukkan ke wad G3.. masa tu wad G3 ni baru buka. Sangat selesa dan bilangan pesakit pun tak ramai. Ber’air cond’ dan sangat sejuk hingga demam2 abah di sana.

Ujian demi ujian abah hadapi. Tak ingat berapa hari lah abah di sana. Masa ni adik beradik menjaga dan melawat abah. Ada satu tengahari tu nurse bertugas menghubungi saya ketika di pejabat, menyatakan abah asyik meyebut anak2 sambil meracau2… terus minta kebenaran dari bos untuk ke hospital. Sampai di sana, pesakit yang berhampiran abah cakap abah meracau2 dari pagi dan menulis sesuatu di atas note pad. Allah… abah demam rupanya. Kesian abah sebab masa tu takde sapa di sisi abah huhu.. 


Ada pakcik tu cakap, kesian abah takde sapa jaga… huhu.. Allah datangkan mesej yang terkesan di hati. Kami leka.. maafkan kami abah..
Akhir tahun 2005, abah didiagnostik dengan kegagalan buah pinggang (chronic renal failure). Doktor cadangkan buat  vascular acsess evaluation di GHKL atau di klinik swasta. Since appointment di GHKL urology pada 7.3.2006, kami mengambil keputusan untuk buat di Arunamari Specialist Medical Centre atas cadamgan doctor. Penilaian dibuat pada 17.12.2005 dan pembedahan AVF pada 17.02.2006 dengan kos RM850.00

Sehingga AVF tu betul2 matang, abah buat haemodisis (HD) di Caring Dialysis Center (Meru) Sdn Bhd. Dalam masa yang sama, kami menghantar borang permohonan rawatan dialysis di Pusat Zakat dan MPK. Pusat Dialisis bagi panduan dan kami isi dan hantar borang yang berkaitan ke Pusat Zakat. Masa belum dapat bantuan, abah pernah cakap, buat lah apa yang patut.. abah nak cuci. Kalau duit takde, juallah kebun abah. Ya Allah… begitu kuat semangat abah untuk meneruskan hidup.


Alhamdulillah permohonan diluluskan. Abah buat dialisi di Meru sehingga Disember 2007. Masa ni sayalah yang hantar pagi2 dan petang cik Nora yang ambil. Takpun adik beradik lain yang hantar dan ambil. Kemudia abah dihantar pula ke Pusat Dialysis LZS (MAIS) di Seksyen 3, Shah Alam selama beberapa minggu sebelum dihantar ke Pusat Rawatan Dialysis LZS (MAIS), Jalan Kapar.

Walaupun abah mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan HD 3 kali seminggu, Alhamdulillah, abah dapat mengerjakan haji pada tahun 2008. Pelbagai ujian dan rawatan dijalankan sebelum abah dibenarkan mengerjakan haji. Masa tu bawa mak dan abah pergi medical checkup di Klinik Kesihatan Jalan Berkeley.

 Adooiii, yang tak boleh lupa Doktor Faez dari Arab Saudi telefon minta surat  perubatan abah sebab sebelum buat prosedur dialysis di sana. Rupanya abah tak bawak surat rujukan doctor padahal doktor dan nurse  di pusat dialysis dah pesan. Kami anak beranak pulak tak aware. Encik Lutfi dari Tabung Haji Malaysia juga minta surat yang sama. Agaknya doctor dari Arab Saudi ada hubungi pihak Tabung Haji. Gigih malam tu juga pergi cari nurse. Nasib baik ada simpan nombor nurse kalau tak mana nak cari malam2. Minta nurse faxkan ke Arab Saudi dan Tabung Haji Malaysia.

Alhamdulillah, abah dan mak pulang dengan selamat Cuma abah dibawa ke Hospital Putrajaya sesampainya di airport. Perjalanan yang mengambil masa dan abah masa tu dah beberapa hari tak buat dialysis.  Syukur semuanya selamat. Cik Ami dan Cik Amir uruskan  masa tu.




Sepanjang 10 tahun abah menjalani rawatan dialysis ada beberapa kali dimasukkan ke HTAR kerana demam. Biasa nurse akan hubungi ibu atau Cik Nora, waris terdekat. Gigih bawa ke Kecemasan. Di wad biasa tak lama, kurang dari seminggu. Ada sekali tu tahun 2013 kalau tak silap, abah dimasukkan ke ICU. Masa tu beberapa hari selepas kami balik dari bercuti di Johor. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan abah kepada kami untuk berbakti.


Akhir tahun 2014, sekali lagi abah diuji. Nurse di Pusat Dialisis MAIS call, cakap abah demam, badan gigil2. Tangan plak bengkak. Masyaallah, bila tengok tangan abah menakutkan. Merah dan membengkak. Masa tu abah di wad 8A. Malam tu tukar shift.. adik Wan jaga. Cik Baya dan pakcik Man yang hantar kalau tak silap. Tetiba darah memancut dari AVF abah. Malam tu juga buat surgery untuk stopkan pendarahan.

Beberapa hari dihospital abah semakin baik dan tunggu appointment di GHKL untuk AVF yang baru di lengan kiri. Perancangan Allah tiada siapa tahu. Abah jatuh pula dari kerusi malas dan tangan kiri abah patah. Untuk baik akan ambil masa sementelah usia abah yang semakin meningkat. Untuk meneruskan kehidupan abah masih kena teruskan buat rawatan dialysis.

Doktor bagi option… kiranya takde option lain pun hahaha.. buat dialisis air Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) bermula akhir Januari 2015. Kateter kena dipasang di lapisan perut. Yang ni kena wat pembedahan di HTAR sahaja. Since CAPD dilakukan di rumah, kena ada seorang ‘misi’ tetap untuk pantau. Emaklah jadi misinya. Seminggu emak kena kursus di Wad CAPD. Mula2 nurse macam tak percaya emak boleh buat.. tengoklah mak sapa.. sampai nurse cakap kat ‘misi’ lain yang makcik ni buat dengan baik.


Dalam masa yang sama kena beritahu Pusat Zakat atas pertukaran rawatan HD ke CAPD. Ada surat rujukan kena buat dan serah kepada WAD CAPD. Mereka akan uruskan semuanya. Alhamdulillah. 

Bermulah perjalanan atuk buat CAPD di rumah, 4 kali sehari. Buat CAPD ni mobile, malahan atuk boleh pergi konvo Kak Nong di UPSI bawa peralatan. Juga bercuti2 kemana2.. asalkan ada tempat yang bersih dan sesuai, insyaallah rawatan CAPD boleh dijalankan.


Abah dimasukkan 4 kali sebelum ini ke Wad CAPD jika berlaku jangkitan (air kotor). Masa ni antibiotic akan dimasukkan dalam cecair baxter untuk matikan kuman. Yang terakhir seminggu lepas (Khamis, 26.01.17) apabila kuman masuk dalam perut. Cik Wada dan Cik Hanis hantar abah ke hospital setelah dimaklumkan kepada Wad CAPD untuk bawa terus ke Kecemasan. Sampai 2 kali mereka telefon kenapa abah tak sampai2 lagi. Perihatin nurse2 dan doctor di HTAR. Terima kasih Ya Allah, kerana bawakan mereka2 yang hebat. Terkesan bila mak cakap Nurse Ju tanya kenapa tak bawa siang tadi.. mak cakap takde sapa yang angkat.. anak2 kan ramai, masing2 kerja huhu 😢😢


Oh ya… Jumaat malam tu saya ganti emak jaga abah. Kesian emak dah 2 hari di hospital. Tengah malam tu tahun baru cina. Meriah hospital dengan bunyi bunga api sampai jam 2 lebih pagi. Tidur2 ayam je sebab kejap2 abah kata lengu kaki,lenguh tangan. Betulkan kedudukan kaki, sandal dengan bantal, dengan selimut. Tangat plak urut2.. bila dah lega abah tidur. Jam 4 pagi bersihkan diaper abah,, masih ada darah.. abah berak darah. Abah kata teringin makan limo (limau).. gigih 4 pagi turun ke mart beli sebiji.. sampai atas abah lena.. simpan dulu limau tu.

Pagi Sabtu 28.01.17, doktor pakar nephrology bagitau kena buang kateter dan pasang AVF sementara untuk HD. Kena buat haritu juga sebab jika buat HD dulu baru buang kateter akan berlaku pendarahan sebab bila buat HD kena suntik ubat cairkan darah. Tengahari tu gerak ke KL, Cik Elis baru sampai. Sebelum tu bersihkan abah dulu.. Cik Zie tolong angkat.. masih ada fresh blood. Inform doctor bertugas.Jam 7 pm lebih abah masuk OT. Masa ni Cik Biela tunggu. Pembedahan bejalan lancar, Alhamdulillah. Dan ahad petang abah buat HD di wad 8A. Masa ni Kak Nong yang tunggu. 


Isnin siang Cik Ana tunggu plak.. mak sampai petang tu. Tunggu sehingga Rabu. Isnin malam tu mak soh sapa2 hantar diapers abah. Sayalah hantar. Naik sorang2. Inche Jalan Rebung dok dalam kereta sebab bukan boleh masuk ramai2 pun. Sampai di wad, abah tidur lena. Mak pun sama. Kejutkan abah jap… salam cium bagai… sembang sket2 dan cakap nak balik. Tetiba abah cakap BABAI sambil tangan melambai2.. heheh kuat pulak tu sampai patient dan waris katil depan pun dengan dan senyum2.. kalau lah tau itu BABAI abah yang terakhir, akan ku peluk cium kuat2 huhu L
Rabu malam sehingga Khamis, Cik Biela pula jaga… Jumaat malam sehingga Sabtu tengahari pula Cik Fatin. Kemudian 2 jam sebelum abah menghembuskan nafa, Cik Wada yang temani abah. Kisah terakhir abah pada penulisan CikWada di FB L

Ringkasan tentang HD dan CAPD dari kacamata anak pesakit.

HD buat di pusat dialysis 3 kali seminggu dengan pantauan nurse2 dan doctor (10 tahun ). Bila pulang dari HD, abah akan rasa lemah dan tidur/berehat. Esoknya baru aktif.
CAPD 4 kali sehari buat di rumah dengan pantauan ‘nurse rumah’. Sebulan sekali kena ambil darah dan jumpa doctor pakar.  Kebersihan bilik rawatan perlu sangat diambil berat untuk mengelak dari sebarang jangkitan.

Sepanjang 12 tahun abah menjalani rawatan HD & CAPD abah adalah seorang yang aktif. Pergi kebun, bersihkan kebun, Buat rumah, bertukang rumah. Pagi pergi medang… petang medang lagi. Kehidupan abah adalah normal seperti orang lain. Merokok huhu.. bila sakit kat hospital cakap akan berhenti, tapi bila sihat merokok lagi.. adoii… tabiat yang tak boleh dielakkan. Ke hulur ke hilir naik motor.  Pergi belanja barang dapur naik motor. Ambil duit pencen naik bas. Walhal telah ditegah anak2 sebab anak2 boleh hantar.. lambat katanya. Kami memikirkan keselamatan abah jer huhu..

Kegagalan dan rawatan buahpinggang tidak pernah mematahkan semangat abah untuk terus hidup dan memastikan anak2 cukup makan, pakai, tempat tinggal.


Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan kami insan yang sangat hebat..
Abah pergi di usia 71 tahun pada 04.02.2017 (sama hari kelahiran Isyraf)
Bakti kami tak pernah cukup.
Menjaga abah tak pernah habis.
Semoga abah tenang di sana.
Syurga tanpa hisab buat abah.
Al-Fatihah.

Thursday, January 19, 2017

PERNIKAHAN HANNIS & SYUHADA 17 SEPTEMBER 2016 (SABTU)


Assalamualaikum..

hai semua lama kita tak bertemu. hihi

cikwada dah selamat bergelar Puan Syuhada.
Alhamdulillah dah 4 bulan dah dan masih belajar jadi seorang isteri.

Okaylah kita focus kepada majlis pernikahan #HWjournal ye.
Persiapan yang serba sederhana tapi bagi cikwada amat meriah sebab bonding hanya untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja. hihi

  •  Pelamin 

Untuk pelamin ni under budget sebab kalau boleh taknak membazir sangat. just nice untuk aku sebab harga RM250 pasang sendiri. Masa tu tunang ceq p ambil dekat selayang. haii jenuhh

alah comey je duduk pun tersipu malu. hikss 

  •    Berinai

Inai pun tak sempat nak petik daun inai buat sendiri. Kita beli online dekat Instagram je ha Inai celup ramai2 dengan anak2 buah kita. layannnn

haa sebelum bakal pengantin tidur berinai le kite dulu. 

  •  Hantaran kepada pihak pengantin lelaki
9 dulang vs 7 dulang .
1. Idaman hati PS4

2. Kawan kite zue belanja buah-buahan.hihi

3. Sling beg - beli masa dekat Bandung. 

4. Jean shirt
5. Sireh daripada nana ! macehhh

6. Perfume. Sedap bau dieeee
                                   
yang ni hantaran daripada pihak lelaki. 

  • Rewang      
Perkara paling wajib untuk kenduri orang jawa.
Terima kasih makcik2 masak sedap2 semua.
                           
rewanggg
  •  Make up
Make up nikah kite paling suka tau sebab macam nice2 gitu. ini pun last minutes dapat mak andam.
thanks nana & zue gigih cari kan mak andam.

haa nak promote juga yang tinggal area klang, selangor boleh guna khidmat kak zah ( https://www.facebook.com/azizah.milin?fref=ts )
yang duduk area meru, klang cari kak zah 
Haa kite suke sangat sebab tu senyum je. kihkih

  • Bunga Tangan

Ni nadja buatkan. aku request untuk bunga tangan artifical sebab boleh simpan sebagai kenangan.. maceh jaja !

  • Nikah
Acara yang dinanti-nantikan. mengikut jadual dengan tok imam kami bernikah jam 2 petang iaitu selepas zohor. Ingatkan masa sampai masjid At-Taqwa Bukit Kapar ada 2 pengantin. Rupanya rombongan lelaki  sangat ramai. Diluar jangkaan jugaklah. Kesian orang rewang kelam kabut siapkan hidangan untuk tetamu.
Get ready :D
hi abang
                                     
Alhamdulillah dah selamat diijabkabulkan. precious !

sebak kite ! anak bongsu mak dah nikah :')

Tulang belakang yang kuat , terima kasih korang !
family cikwada lagi nak ucap terima kasih bagi kite nikah awal :)
Keluarga besar kami. Moga Allah balas segala kebaikan anda. 

  • Outdoor
    Lokasi: Taman Buluh belakang Surau Sebaya, Bukit Kapar

kite suka baju nikah kite. Ni la yang kite tempah dekat Bandung tu. Simple je kan. hihi

Eceh >.<

Maka cerita nikah kite dah tamat. Nanti Kite Sambung cerita Sanding pulak.
Pengantin lama asyik sanding je ni haaa >.<


Thursday, May 19, 2016

Final year student at Universiti Sains Malaysia


Dear friends since 2012, 
My beautiful and handsome friend.

Thank you  for precious moments together even we are not too close to 1st and 2nd year but now we have good bonding together. 

Walaupun perjalanan kita tidak selalu indah tetapi kita akan merindui dan mengingati setiap detik bersama. 
Untuk tahun terakhir di USM, aku doakan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. 
Semoga segala yang baik itu datang dariNYA dan yang buruk datang daripada kelemahan aku sendiri. 
Moga ukhuwah kita mesti keep in touch lepas ni. 

Terima kasih lecturer yang susah payah mengajar bagi ilmu, tolong naikkan carry marks :') 
Semoga jasa kalian Allah balas dengan kebaikan. InsyaAllah

Doakan kejayaan kami, InsyaAllah 



Tuesday, April 12, 2016

Trip to Langkawi Island 2016

Assalamualaikum. 
Yuhuu kami baru ja balik dari bercuti di Langkawi.
Percutian yang sangat owesome selama 3 hari 2 malam seramai 14 orang. 

Sebelum itu kitorang dah siap bahagi segala perbelanjaan yang diperlukan. 
Total harga untuk homestay dan 2 buah avanza= RM800 (*still consider murah daripada stay di hotel) 
Homestay : Terletak di Ulu melaka. Strategik sebab dekat tengah antara Pantai Cenang dan Pekan Kuah serta hanya ambil masa dalam 10 minit je sampai ke airport.
Tiket feri dari kuala perlis ke langkawi : RM36 pergi balik untuk seorang (Sila jangan beli on the spot kerana kemungkinan akan penuh itu pasti jadi better booking online siap2) 
Parking kereta berbumbung dan ada kawalan keselamatan : RM10 per day (Tanya orang di kaunter, elakkan daripada ulat tiket untuk keselamatan kenderaan anda)

Day 1
Kami bergerak daripada USM ke Kuala Perlis sebelum jam 7.30 pagi dan tiba di Kuala Perlis jam 9.45 pagi. Nasib baik plan naik feri jam 10.45 pagi. Sempat la sarapan pagi di Laksa House. 

Aktiviti wajib berkumpul di padang kawad USM
 Feri tiba di Langkawi lebih kurang jam 11.30 pagi.
Arrived
 Teruskan aktivi untuk island hoping di jeti bersebelahan dengan Pekan Rabu. Island hoping kami deal dengan Pak ku yang mana ambil contact daripada owner homestay dan dapatlah harga RM30 untuk seorang compare harga biasa RM35 seorang. Pergi 3 pulau tapi Egle feeding island xde pun burung helang :(
haa kami berpecah 2 bot
 Kami ambil masa yang agak lama di beras basah sebab nak naik sofa. Serius patut dicubaaaaa! 4 orang harga RM100. Dengan laju dan lama sampai tangan sakit2 sebab tak ada skill yang betul memang best woo.
Pulau pertama beras basah
 Seterusnya ke Tasik Dayang Bunting. Bayaran untuk RM3 seorang.
Peringatan :  ada banyak monyet. pastikan jangan jinjit Handbeg, botol air, makanan dan HP.
Sebelum sampai di tasik kena la mendaki 63 anak tangga. haa excersise sikit. hehe

Memandangkan kami orang terakhir sampai jadi bolehla berlama-lama dekat sini.
Wajib pakai life jacket sebab kedalaman air tasik lebih kurang 90 kaki.
Ada yang naik itik kayuh RM10 seorang
dan ada yang berkayak RM5 seorang
yang lain jadi dayang. hihi
Kami naik itik.. kuekk kueekkk



Gambar keluarga kecil di USM
Sampai di jeti balik lebih kurang jam 6.30 petang. terus check in ke homestay dan siap-siap untuk makan malam. 
Makan malam di restoran Kak Yah di pekan Kuah
Day 2

Kami Keluar homestay seawal 7.30 pagi. haha 
harini target untuk ke cable car shopping dan lepak di pantai chenang

Sangat sedap. Gerai sebelah Masjid Ulu Melaka
 Kami tiba di Cable car around 8.40 pagi. memang paling awal sebab kaunter buka pukul  pagi.
Sediakan mykad dan duit RM30. kalau nak jalan di sky bridge tambah RM5

Senarai package

haa Gunung Mat Cincang


Baju kena sama. dan bergambar masih wajib. haha
 Kami turun dari cable car around 10.45 am
Dan sebelum perjalanan pulang tu singgah bergambar di Habour Park Langkawi.
Gambar memang cecantikkk tau
hyee


 Tengahari kami singgah makan di restoran depan homestay. terkenal juga sebab lauk makan tengahari dia memang pelbagai dan sedap. *Gambar tak ada sebab lapaq oii

Lepas selesai solat tu terus ke Pekan Kuah untuk membeli coklat.


Kompleks Haji Ismail Group

Hadiah untuk bonda di rumah 

Beli-beli sampai rambang mata.

 Total lost di HIG lebih kurang RM200

Lepas tu kami terus ke Pantai Chenang untuk aktiviti santai
Ada yang naik banana boat, ada yang jalan2 je.
Lepastu ada sukaneka sikit. tiup belon lepastu lari sambil kepit :P
haha sangatla meriah tauu..


 Malam kami makan di area chenang. Kiranya makan besar.
Total RM202 tapi kawan boleh deal sampai dapat RM180 je.
Patut bawa ain ni p makan mana-mana. hahaha

Day 3
Hari ni tiada aktiviti sangat sebab flight aku dengan mizah jam 1 petang dan feri juga naik pukul 1 petang.
bersarapan pagi di area chenang sebab nak ke airport dekat. dan mereka terus berjalan ke Dataran Helang. wuuuu kami naik belon je :D


Belon airasia 
Tiba di KLIA 2 jam 2 petang dan sampai di rumah 3.30 petang. 
yang tiba di Penang lebih kurang jam 6.45 petang. 

Alhamdulillah semua selamat. 
Terima kasih korang. 
Lepasni habis belajar di USM belum tentu dapat gathering sesama kan. 
Moga ada lagi event reunion selepas 10 tahun dengan semua lagi. hahaha

Bye jumpa lagi :)