Wednesday, July 24, 2019

CARA BERCAKAP DENGAN ANAK

BERAPA MINIT BERCAKAP DENGAN ANAK SEHARI?

Kajian di United Kingdom pada tahun 2017 ke atas 2000 ibubapa yang mempunyai anak berusia 4-16 tahun mendapati:
Walaupun ibubapa berada bersama dengan anak selama 8 jam sehari tetapi ibubapa BERCAKAP dengan anak hanya selama 44 minit sehari iaitu kurang dari 10% masa bersama anak.
10 minit sebelum anak ke sekolah
14 minit selepas anak balik dari sekolah
10 minit ketika makan malam
10 minit sebelum tidur (bedtime)
BERCAKAP bagaimana tidak dinyatakan.
-----------------------------------
1) Berapa lamakah kita BERCAKAP dengan anak dalam sehari?
Cuba kira.
Cukupkah?
Wajarkah?
2) Adakah kita bercakap DENGAN anak atau bercakap KEPADA anak?
'Talk WITH a child' berbeza dengan 'talk TO a child'.
3) Adakah kita banyak bercakap perkara positif seperti gurauan, nasihat, kata-kata semangat, pujian, bercerita ataupun percakapan kita dipenuhi teguran, kritikan, sindiran, sarkasm, bebelan dan tengking?
(Ingat lagi 5:1 Magic Ratio yang saya kongsikan?)
Mari kita renung bersama-sama.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Kredit from @parent Connect

No comments:

Post a Comment