Assalamualaikum w.b.t
Hari ahad 10.08.2019 ada terima email yang menyatakan jemputan untuk semakan dokumen dan cabutan unit de cemara di Setia alam welcome center (apposite SCM)
So kami gerak pukul 9 pagi. Dekat je 10 minit meru ke setia alam.. hihi
Kami sampai dah ramai. Tu pun dapat angka giliran ke-110.
Sebelum kami hadir ke sana ada beberapa dokumen yang perlu disediakan antaranya:-
Checklist |
- Salinan ic suami isteri
- Salinan gaji suami isteri
- Salinan sijil nikah
- Ccris report (Ramci/BNM)
- Salinan kwsp
Kaunter Checklist |
Jadi aku tawakal je la. Moga dipermudahkan.
Kaunter CCRIS |
Settle je checklist staff bawa ke bahagian dalam untuk proses seterusnya.
Tunggu giliran |
1) Kaunter pihak LPHS
A. Dokumen-dokumen diperlukan oleh pihak LPHS:
1) SALINAN MYKAD (SUAMI & ISTERI)
2) PENYATA KWSP (SUAMI & ISTERI)
3) SIJIL NIKAH / SURAT PENGESAHAN BUJANG DARI MAJIKAN (BERSAMA KEPALA SURAT)
4) SLIP GAJI (1 BULAN TERKINI SUAMI & ISTERI)
5) PENYATA CCRIS (SUAMI & ISTERI)
6) SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL-BELI (JIKA PUNYAI RUMAH DI LUAR NEGERI SELANGOR)
Kalau pernah buat pengeluaran KWSP kena standby siap2 surat tu sebab nanti dia suruh attachkan.
2) Kaunter cabut undian
Jeng jeng jeng
Sebab ummi masih muda maka ummi terpilih la dapat tingkat 13. Member dapat tingkat 15.
Hihi rezeki ummi la dapat unit mengadap belakang.
Alhamdulillah..
nervous masa ni. |
B. Dokumen diperlukan oleh pihak pemaju (JIKA DILULUSKAN OLEH PIHAK LPHS):
1) SALINAN MYKAD – 4 KEPING
2) SURAT KELAYAKAN PINJAMAN (BAGI KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA)
3) PENYATA KWSP
Masa ni dia akan printkan SNP untuk kita.
So ummi cross nama abi. Just letak nama ummi.
Kena sign juga
4) Kaunter pihak bank
C. Dokumen diperlukan oleh pihak bank (JIKA DILULUSKAN OLEH PIHAK LPHS):
1) SALINAN MYKAD – 1 KEPING
2) SLIP GAJI (3 BULAN TERKINI)
3) PENYATA KWSP
Staff akan bagi listing contact panel bank untuk kita apply
1) Maybank
2) CIMB
3) BSN
4) Hong Leong
5) Bank Rakyat
Kalau ada contact lain boleh je terus contact as long guna panel bank.
Jadi sebelum 23.09.2019 kena maklumkan kepada staff Setia untuk bagitau loan approved atau tidak. Kalau nak cancel permohonan ni pun kena maklumkan dekat staff tersebut.
Lepas ni akan ada perjumpaan dengan peguam untuk sign agreement. Kena bawa cash RM800 untuk legal fee.
eh ni la jiran kite tu.. hihi |
Ni contoh rumah kami. Ada 2 blok (A & B)
ada 15 & 14 tingkat. Ni Unit ummi pilih tu.. |
Alhamdulillah dipermudahkan
Nanti saya update untuk cerita loan pula.
Semoga dipemudahkan ..
No comments:
Post a Comment